Hai korang, jumpa lagi kat entry jalan-jalan cari makan.
Plan awal nak makan di Fuego Sky Dining dalam bangunan Troika sebelah KLCC tapi tak kesampaian sebab kena booking dulu rupanya.
Tak boleh main terjah je ya.
Kebetulan time tu weekend so tempat dah penuh.
Jadinya kerana nak merasa jugak makan kat tempat tinggi jadi tanya lah Pak Google dan disarankan aku ke tempat bernama The 39 Restoran.
Area KLCC jugak la. Jadi la kan.
The 39 Restaurant
PNB Darby Park
10, Jalan Binjai, Kuala Kumpur.
GPS : 3.1568784, 101.7167035
Tel: 03-74903333
Waktu Operasi: Setiap hari
Makan Tengahari: 12 tghr - 2.30 ptg
Makan Malam : 6.30 ptg - 10.30 mlm.
www.pnbdarbypark.com
Masuk adalah free, kecuali korang makan kena la bayar. Wakakaka...buat lawak jap la ya.
(Pakaian harus la kemas. Makanan halal. Boleh guna kad kredit. Boleh buat tempahan atau datang terus je. Cewah detail tak akak bagi. Huhu...)
Niat tu memang la nak makan kat tempat tinggi, tapi dalam masa yang sama rasa takut jugak.
Tambah pulak tengok langit mendung macam nak hujan. Risau dong.
Dalam lif lagi aku dah kecut perut bila lif gerak naik ke atas. Tergoyang-goyang. Cuak sudah. Haha...
Tapi bila sampai kat atas, rasa suka plak tambah lagi bila tengok restoran tu tersangat la besar dan luas.
Cantik, kemas susun atur meja dan bilik tersedia besar dan kecil ikut tempahan pelanggan.
Konon nak merasa sambil makan tengok sunset tapi tak kesampaian sebab hujan turun daaaa...Adey !.
Nak buat macam mana redha je la kena masuk makan kat dalam. Huhu...
MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !! |
Sebelum hujan turun, sempat la jugak berposing kat sekitar restoran tu.
Sekurang-kurangnya nanti dapat tengok perbezaan suasana waktu petang dan malam.
Gayat jangan cakap la. Nak berpinar bijik mata den.
Maklum la kat atas bumbung katanyer, harus lah tinggi kan?
Dah sama tinggi rasa nak capai je bumbung bangunan tabung haji tu.
Nasib baik sempat pose keliling, hujan pun turun tanpa henti. Semakin lebat dan kilat semua ada.
Terhenti kejap selera aku nak makan.
Masa waiter datang ambil order, aku dah serabut dah fikiran tak tenang. Haha, memang dasar penakut katanya.
Layanan staf baik dan memuaskan. Order pun cepat sampai. Kredit kat situ.
Menu biasa je tapi harga macam melampau aku rasa mahalnya. Tak pa la dah duduk kan kena la order jugak. Lagipun bukan selalu.
Tu ja la modal cover. Heee...
Kelakar pulak bila tengok nama-nama makanan kat situ. Macam-macam gelaran. Padahal makanan biasa je. Tak pa jom kita tengok bila makanan sampai nanti.
Sementara tunggu order, posing plak dalam restoran. Nyaman jugak tempat ni. Tak bising, tenang je suasana.
Suka la kalau dapat makan kat tempat yang tak serabut dengan bunyi bising ni. Aman je rasa. Makanan pun senang je nak masuk perut. Haha...
Tempat pun romantika de amor je. Best sangat.
Ada satu couple tu makan senyap je tak dengar pun diaorang borak cuma sudu garpu je kuat berbunyi. Kampung mari ke ?. Kih-kih...!
Makanan dan minuman aku rasa macam biasa je. Nasi adalah ciput je. Kalau kat kedai luar tu memang murah la harganya.
Tapi kreativiti dan susunan tu kot yang agak cantik jadikan makanan tu mahal.
Apa tunggu lagi, meh kita rasa. Dah rasa, macam biasa la, sama ja macam yang ada kat tingkat bawah tu. Biasa-biassa sajok. Hehe.
Harga macam tak setanding rasa. Aku tak rekomen la ke sini kecuali dah banyak duit tak tau nak habiskan kat mana, sila lah makan selalu kat sini. Kui-kui.
Setel makan posing kat luar bangunan untuk lihat pemandangan waktu malam pulak. Masa tu hujan rintik-rintik je.
Sebelum balik, macam biasa, acara wajib mesti dijalankan. Melaram ala model la katanyer. Huhu.
Babai jumpa lagi di lain siaran. Nyum..Nyum...!!!
1 comments:
Thx sbb bg info psl restoran ni..mmg duk cari2 menu nye...hihi