Kali ni jalan-jalan cari makan di Melaka. Dah la seharian duduk dalam kereta jem di highway. Lapar jangan cerita la. Asyik bedal kerepek je. Jangan la angin plak perut ni. Maklum perut manjaaaa...Hahaha
Kononnya nak cari kedai makan Dato Khathy. Tapi tak jadi sebab tak da parking kosong. Malas nak bertawaf banyak kali, perut pun dah keroncong, so bergegas la ke kedai Asam Pedas JR@2 (popular katanya di Melaka ni). Meh kita terjah. Betol ke tidak sedap sangat asam pedas kat sini.
(Berhadapan Menara Taming Sari)
06-2820740, 016-6711124
Kedai Asam Pedas JR@2 ni ada 2 tempat. Satu lagi di Newton Culture Food Village (berhadapan Dataran Pahlawan dan bersebelahan Mahkota Parade). Aku pilih depan Taming Sari sebab tak suka tempat yang bersesak-sesak. nanti nak makan pun tak tenang.
Masuk ja restoran, bila tengok lauk pauk yang banyak mula la perut ni jadi tak keruan nak pilih mana satu. Semua nampak sedap. Hahaha...
Belum sempat duduk staf restoran dah tanya nak minum apa? Adoi dek, akak belum duduk, belum dapat tarik nafas lega lagi. Ko dah tanya itu ini macam-macam. Bawak bersabar ya. Hehehe...
Ada 3 pilihan air ja. Sunquick, Sirap dan Teh O ais. Harga RM1. Dek kerana haus yang melampau aku order 2 cawan air. Manis giler wei sunquick dia. Sedap sangat. Tu yang polon sampai 2 gelas pun tak perasan. Ais krim pun ada jual. Sejuk ja tekak nampak ais krim tu.
Masa nak minum, tetiba ada semut dalam sunquick tu. Geng-geng kata, minum ja la Kak Meed. Buang je semut tu. Owh maaf la ya, aku memang tak kan minum. Aku panggil staf dan mintak diaorang tukar air baru. Ya la kita beli beb. Kalau diaorang berkira, kita mestilah berkira jugak kan? Setuju tak?
Dalam masa yang sama mata aku ikut je ke mana staf tu bawak air aku. Mana la tau diaorang tak tukar dan celup jari buang je semut atau ludah ke sebab aku cerewet sangat. Aaahh..pandai plak takut kan? Tapi nasib baik diaorang jujur. Ya la kita nak mintak tukar pun mesti ada cara kan? Jangan bossy sangat.
Masa nak pilih lauk tu lagi la confuse sebab banyak sangat pilihan. Nak pilih ikan pari tapi dah rasa macam biasa makan. Ikan parang malas nak makan sebab banyak tulang. Walau pun sedap dan manis tapi tak kuasa nya aku nak terkial-kial buang tulang tu. Akhirnya aku pilih tenggiri ja la.
Bila kita dah pilih ikan atau apa2 la yang korang pilih kat situ diaorang akan siramkan je kuah asam pedas dalam tu. Jadi tak yah nak sebok sangat duk kat tepi tu ramai-ramai eh. Dah pilih terus duduk kat meja tunggu ja nanti hidangan datang depan mata.
Selain ikan, ada jugak ketam, udang galah, kupang, ulam dan aneka sambal. Pilih ja yang mana satu nak.
Mula tu aku pilih jugak ketam. Tak tengok pun harga terus bawak kat meja. Tetiba mata terpandang harga ketam tu. Bila confirm tanya harga dengan staf tu aku agak terkejut jugak la sebab seekor ketam tu RM18. Mak aih...tak berbaloi betol nak ambil.
Apa lagi, letak balik la. Tukar dengan ayam kampung plak. Tapi tetiba mata terpandang udang galah. Walau tau harga mahal tapi ambil jugak la sebab dah terasa di tekak nak makan. Teringat masa kat Sarawak makan lobster ni. Besar, murah dan sedap. Manis isinya. Berbaloi-baloi...
Lambatnya sampai makanan ni. Bukan ke letak je kuah terus hidang ke? Awat sampai 15 minit jugak tunggu ni? Orang tak ramai pun masa tu. Hmmm...
Sampai ja makanan depan mata terus rasa kelaparan yang tak boleh diungkap. Macam setahun tak jumpa nasi. Huhu...
Lobster dipotong dan ayam kampung macam keras lagi. Asam pedas ikan tu plak diorang letak dalam kuali kecik. Comel jer. Tapi kalau buat kat rumah macam ni mesti kena marah dengan mak sebab letak kuali atas meja. Maklum orang tua-tua dulu macam tu la. Cerewet. Yang kita ni pun bila dah nak veteran ni pun dah mula cerewet jugak dengan semua benda. Merasa la kan.!.
Tengok nasi plak macam tak bermaya je. Lembik. Bau wangi beras siam pun kurang. Diaorang letakkan sekali timun dan telur masin kat nasi tu. Nak buat macam mana. Telan je la.
Setakat yang aku makan kuah asam pedas tu memang tak dapat menandingi asam pedas Johor la. Memang serius setakat ni belum ada yang dapat tanding lagi asam pedas Johor. Tak caya, meh datang Johor. Cuba makan dulu baru tau.
Bagi aku harga amatlah melampau mahal kat sini. Bukan berkira sebab tak da paksaan pun kan makan kat situ. Cuma nak habaq ja rasa tak puas hati. Harga mahal tak setanding rasa. Agak-agak la wei. Sorang makan harga macam tu. Kalau bawak famili mau rabak poket. Baik makan western. Huhuhu.
Apa pun kena la macam slogan restoran tu "we make its so different". Haa...terbukti memang berbeza pun dari segi harga dan rasa dengan restoran yang lain. Buweeks...!.
Rata-rata blog yang aku baca semua kata makan kat sini murah dan sedap. Mana ada la. tak mo tipu-tipu. Dosa tau, tak baik. Hahaha...
Okay aku faham maybe diaorang kata murah sebab rata-rata blogger datang dari Kuala Lumpur yang memang kita tau harga makanan dan minuman kat sana macam mana. Sebab tu la aku tak marah dan faham kalau pada diaorang harga yang ditawarkan kat restoran asam pedar JR@2 tu adalah murah yang amat. Memasing punya pilihan la kan. Tepuk dada tanya selera.
Pernah jugak makan kat restoran asam pedas lain kat Melaka tu, harga memang mahal jugak la . Tapi ada satu kedai dulu tu aku tak banyak bunyi mahal sebab masakan dia sedap. Tu boleh di terima. Lupa plak nama kedai tu. Lain kali cari la ya. Sori..
Kalau korang rasa sedap dan nak cuba buat kat rumah boleh la beli sebab diaorang ada jugak jual pes segera asam pedas tu. Harga RM15 ya.
Dah kenyang dah ni. Jadinya bole jejalan shopping la plak kat Mahkota Parade. Harap-harap adalah jualan kasut, handbag atau jam tangan murah-murah. Lama dah tak beli koleksi ni. Uwaaa....