Setel kat FINAS, aku bergegas ke tempat makan yang dah di plan. Makan kat dalam kontena plak.
Ke mana lagi kalau tak ke Gaffe Coffee Cafe di Garage Kuala Lumpur.
Cafe hipster kot kalau budak sekarang panggil. Kalau kita yang dah nak veteran ni panggil cafe butik.
Bertempat di:
Lot 841, jalan Hillview
Taman Sri Ukay, Ampang
Kuala Lumpur
(Sebelah MMR2, jangan naik fly over DUKE, korang buat U-turn kat bawah dan sebelah kiri tu je cafe ni. Ditutupi pokok sket la. Kena alert.). Ala Pak Waze akan letak korang betul-betul depan tangga cafe. Huhuhu.
Tel: 019-2787505, 019-4444022
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat - 12 tgh - 1 pg
Sabtu - Ahad - 9 pg - 2 pg
Facebook : The Garage KL
Instagram : @thegaragekl
Garage KL ni ada 15 kontena yang disambung menjadi kedai makan dan kedai jualan.
Berjenis kedai korang dapat jumpa kat sini dengan rekaan yang unik ikut kreativiti owner masing-masing.
Kawasan parking memang luas dan besar. Tapi masa aku datang tu penuh sesak dengan kenderaan.
Mana tak nya sebab bertembung dengan majlis harijadi dan geng-geng mat motor yang datang makan malam kat situ.
Haish, jenuh cari tempat kosong nak park kereta. Sudahnya park je kat tepi jalan selit-selit dengan kereta lain.
Sampai je depan kedai, terpana jap. Confuse pun ada jugak. Mana satu kedai makan, mana satu kedai jualan? Eh jangan jakun sangat bole, jom redah.
Hairan la tengok orang beratur plak kat atas tangga ni. Eh, kena join beratur jugak ke? Adoyai, perut dah lapar ni.
Sementara suruh geng-geng beratur, aku pergi ke belah dalam kedai untuk survey la kononnya. Padahal kedai makan kat situ satu tu ja. Haha...
Join semula geng dan dalam masa yang sama pekerja datang ambil order dengan kitaorang.
Kira tak lama jugak la kitaorang beratur menunggu sebab ramai yang reti bahasa, dah habis makan terus balik tak duk bersembang lama kat situ. Bagus.
Sambil tu aku perhati la keadaan sekeliling. Dapat jugak aku kira kontena yang ada. Dalam 15 kontena jugak la melekat kat situ. Semua dibuat kedai jualan macam-macam.
Memang ada kelainan dari biasa la. Unik.
Kedai dibahagikan pada 3 bahagian.
Tingkat bawah ada galeri kereta, kedai gunting rambut dan tandas. Ada jugak bas lama yang digunakan sebagai cabin jual cenderamata.
Tingkat 1 ada 2 ruang makan ( panas dan berhawa dingin), kedai vape, butik dan kedai kain.
Tingkat 2 ada pejabat, surau dan tempat berBBQ. Siapa gayat dinasihatkan jangan naik eh nanti jatuh buat orang susah plak. Huhu...
Kerusi dan meja unik sangat. Tapi boleh tak alas tempat gelas tu, dah berkulat la.
Tempat cuci tangan pun ada kelainan jugak. Cuma susunan je agak berterabur sket. Serabut nampak.
Macam-macam menu kat sini. Harga boleh tahan la. Tak pa la sekali sekala kan. Bukan senang nak datang dari Johor. Jauh tu. Berjam-jam. Heee...
Sambil tunggu order sampai, aku pun berpusing la keliling kedai. Naik tingkat atas semua. Tapi kat atas sekejap ja sebab ramai sangat mat motor melepak.
Masa tu aku sorang je perempuan naik atas. Malunya. Nak turun cepat dah tak boleh sebab dah terkepung.
Nak tak nak konon ambil gambar sana sini nak cover bengang sesorang kat tingkat atas tu.
Tak tahan dengan asap BBQ dan asap rokok. Lemas rasa. Fuh....
Sebelum turun semula sempat aku snap gambar pelakon Rozie Rashid yang kebetulan ada kat situ makan-makan dengan geng dan anak dia.
Kecil molek je orangnya tak jauh berubah masa aku jumpa dia zaman budak-budak dulu.
Kat ruang tengah tu aku ronda keliling dapur. Agaknya owner ni minat star wars kot sebab banyak giler koleksi star wars dia.
Yang tak tahannya tulisan "Tapir Melintas". Lawak giler. Ditujukan untuk sapa tu Encik Owner?.
Masa aku sampai tu makanan belum ada. Awat lambat sangat ni? Aku tengok balik kat kertas order yang tertera jam berapa kita order.
Maksud sekarang dah hampir setengah jam tak sampai lagi.
Pekerja dia perasan dan cepat-cepat datang bertanya pada aku. Haa, nasib baik kalau tak siap la korang kena marah dengan akak. Kui-kui.
Sementara tunggu tu aku dok perhati lagi la keliling jugak.
Ada la sorang minah ni bertudung tapi hisap rokok selamba je. Adoi, sedih la.
kalau ya pun tak da rasa malu, cover la sket dik oi. Ops, sori la terkepoh pulak. Haha...
Bila makanan dan minuman sampai, aku terus terkam air dulu sebab dah kering sangat tekak ni. Lepas tu baru la aku melantak makanan pulak.
Puas hati dengan rasa terutama salad di cicah lemon. Sedap sangat wey. Bole buat kat rumah. Kalau tak, memang tak laku la sayur kat rumah.
Harga dan rasa setanding. Kredit kat situ.
Memang la disediakan live band kat sini. Sekitar jam 9 malam biasanya diaorang start menyanyi. Sesiapa yang nak nyanyi pun bole.
Aku tak berapa suka sangat bila makan dalam suasana bising ni. Muzik terlalu kuat. Nak bercakap pun payah, tak dengar.
Aku harap owner bole alert sket bab ni sebab bukan semua pelanggan suka bingit-bingit macam ni.
Sebelum balik sempat berposing area kedai. Acara wajib katanyer. Huhuhu...
Singgah restoran Bamboo untuk snap gambar je. Takut nak masuk sebab gelap sangat.
Cuma tengok restoran ni macam ala-ala kat Medan, Indonesia je gamaknya.
Aku rekomen korang datang makan kat sini. Gerenti tak menyesal. Best sangat !.
Ok jumpa lagi di lain keluaran jalan-jalan cari makan di Kuala Lumpur. Tunggguuuuu....!