/**/

Pages

Subscribe Twitter

Pemandangan Indah di Forest City, Johor Bahru


Jom ke hutan buatan PEN HA...

Penutup cuti sekolah kali ni anak aku heret jalan-jalan ke Forest City, Nusajaya, Johor.

Tengah sedap tengok TV tetiba anak aku ajak jejalan. Apa lagi kalau dah memang suka merayap, terus la bertukar baju apa ja yang ada terus pakai dan bersiap.

Boss besar tak nak ikut cuaca panas katanya malas nak keluar. Tinggal la ya jaga rumah jap kami nak pergi merambu. Yahoo....


Forest City
Jalan Forest City 1, Pulau Satu
Johor Bahru

1-300-80-0888

GPS:N01.33398 E103.59174

9pg - 6 ptg (dalam bangunan)
9pg - 8 mlm (area pantai)





Aduhai tersangat la jauhnya dari rumah. Kalau aku nak drive memang tak la semata-mata nak ke sana. Kalau ada driver yang bawak memang aku suka sangat la. Hehe...

Sampai je rata-rata tengok bangsa asing yang jadi pak guard dan pekerja bahagian pembersihan dan sebagainya.

Eh bukan bangsa asing la tapi erti kata lembut adalah PEN HA...perkataan PATI dah lama dah tak diguna pakai. Nak tau apa tu PenHa? Tengok la citer Korea nanti korang tau apa maksud PEN HA. Kih-kih.....

Tapi bagus diaorang ni, baik aje tingkah lakunya. Siap angkat tangan kalau kereta lalu depan mata. Respek tu...





Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi



Cuaca dah la panas menyengat tapi nak tahu keadaan tempat punya pasal, sanggup redah tu. Dah sampai harus lah pergi sekodeng semua tempat kan.

Suasana pantai tersangat la tenang, nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa. Mata kuyu rasa nak tido jer. Hahaha...

Silap hari la pergi waktu cuti. Ramai sangat orang sampaikan nak bergambar pun susah.










Banyak replika yang comel-comel kat situ. Ada Pen Ha kat situ kata, banyak lagi replika akan sampai. Belum siap sepenuhnya. Kalau dah tambah replika lagi aku rasa mesti meletop kebabom tempat tu. Kalah Country Garden Danga Bay.

Tapi bila perhati betol-betol memang ada mirip Country Bay susunan bangunan dan sebagainya, maklum la satu kontraktor dan idea. Apa pun ni terbaik la.

Kedai makan minum pun belum banyak lagi dibuka. Setakat ni memang besar la kawasannya. Silap-silap patah kaki korang nak berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Uwaaa....

Peringatan, sila pakai kasut rendah ya kalau tak nak sakit kaki. Tak payah nak melaram sangat la dengan high heel bagai kat sini ya nanti sendiri merana. Jaga kesihatan kaki, penting untuk jejalan. Kih-kih...
















Puas melepak kat tepi pantai, ronda plak area hutan belantara kat situ. Cantik betol hutan ciptaan kat sini. Suka tengok. Damai je. Menghijau..bagus untuk mata tu.










Ada jugak kolam renang kat tengah-tengah kawasan tu. Bestnya kalau boleh berendam tengah panas ni. Lama jugak la melepak kat situ. Nasib baik tak bawak makanan dan minuman, kalau tak, harus dah berpiknik kat situ. Gitew...







Dalam kawasan bangunan baru la rasa best. Sejuk ber aircond. Hilang sikit peluh yang menitik kat muka dan badan ni.

Banyak betol replika bangunan yang bakal didirikan di kawasan tu nanti. Cantik dan memukau mata.

Cuma yang aku rimas ramai sangat orang. Bersesak-sesak. Ada yang jakun pegang replika tu macam tak pernah nampak plak benda-benda comel yang kiut miut tu kat kedai mainan. Mentaliti orang sekarang tak boleh nak tolong dah. Huhu...

Sekejap ja aku kat situ sebab rasa rimas dan pening dek ramai sangat makhluk. Tak termasuk bau diaorang lagi. Nak muntah pun ada. Uweeek...

Hahaha jahatkan ayat?. Nak wat cam mana redho ja la dik non. Kah-kah...



















Ok la sampai sini je cerita kali ni sebab tak da apa yang menarik pun nak bagitau sebab rasa lebih kurang macam kat Country Garden, Danga Bay je.

Jumpa lagi. Daaa.....


Replika baru...terbaik JDT...Huhu.!
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai