Macam yang aku pernah bagitau, aku ni memang tak suka dan tak minat kalau kena hadap makanan steamboat & grill.
Sementara nak menunggu masak tu, jenuh la jadi lapar balik dan kekadang tu macam dah malas nak makan. Patahkan selera betol.
Kecuali la ada bibik yang sanggup melayan membakar, merebus dan memanggang segala. Tu lain cerita la. Suka ja kalau makanan dah sampai depan mata. Hehe..
Dek kerana satu malam tu tak tau nak makan kat mana, anak aku suggest makan kat Meletop steamboat & grill. Tapi siap berjanji dulu la kalau diaorang rajin nak layan sediakan makanan depan mata, aku on ja la.
Meletop Steamboat & Grill
No 12, Jalan Enau 3, Taman Teratai
Skudai, Johor
013-7448634
Bermula dari 4 ptg - 12 mlm.
Dewasa RM22 (hari biasa). RM25 (hujung minggu). RM27 (cuti am).
Hidangan secara buffet. Makan la sampai kenyang atau perut korang meletop. Hahaha...
Sampai ja kawasan kedai tu sesak dengan orang. Aku ni kan kalau bab makan-makan suka situasi yang tenang dan tak hiruk pikuk. So aku batalkan ja nak duduk makan kat situ.
Plan nak ke kedai makan Aidil Zafuan, tapi dalam kepala dok teringat kambing golek yang aku nampak kat Meletop tu. Suruh anak aku patah balik dan pergi ke kedai tu semula. Nasib baik anak aku nak melayan karenah ibu dia ni. Terima kasih ya anak-anak. Saaaayaaangg anak-anak ibu ketat-ketat.
Kali ni tak banyak songel terus cari tempat duduk dulu. Ada yang booking awal. Korang call ja la ya.
Korang kena buat bayaran dulu di kaunter baru la korang bole ambil makanan.
Makanan tu ambil la sikit-sikit ya, jangan membazir kerana bayaran RM5 akan dikenakan untuk 100gm makanan yang dibazirkan.
Macam-macam makanan dan minuman yang terhidang. Tak tahu nak pilih mana dulu nak makan.
Dengan berlaga badan orang lagi. Dengan asap lagi. Aduhai sesak rasa. Itu pun aku pilih duduk meja luar kalau kat dalam lagi la rasa nak muntah.
Seperti yang dijanji aku duduk diam-diam je jaga meja. Hahaha mem besar katakan!.
Sementara tunggu sempat la snap sekitar restoran. Sayangnya terlupa snap gambar kambing golek dipanggang seketul besar tu. Alahai...
Pekerja punya la ramai. Mana taknya bila pelanggan dah bangun semua benda dibiarkan bersepah macam orang yang tak bertamadun makan. Memang pantang aku kalau lepas makan bersepah-sepah. Apa lah salah korang tolong bersihkan sikit-sikit biar senang sikit pekerja kemas. Hmmmm...tak tau la nak kata apa dah.
Tiap meja ada disediakan tempat pemanas dan tong gas sekali. Pandai-pandai la korang adjust api tu sendiri ya. Jangan salah adjust kang meletop pulak sama macam nama kedai tu MELETOP sudah...Huhu...
Rasa makanan macam biasa. Harga pun berpatutan la sebab masa aku datang tu harga memang di up kan sebab diaorang tambah menu kalau musim cuti sekolah (kambing golek).Tapi puas hati sebab semua ada. Pilih ja la apa yang nak dimakan. Yang pasti aku telan semua yang ada kat situ. Hahaha...
Ok la ni ja yang aku nak kongsikan kali ni. Tata titi tutu....