Hai korang, kali ni aku nak review Hotel kat tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.
No. 55, Jalan Maharajalela
50150 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22739933
Emel: reservation@mandarincourthotel.com.my
Check In jam 2 ptg dan check out jam 12 tghr ya.
Standard Queen Room (non window) - RM134.19 Per Night
Hotel ni berdekatan dengan station monorail. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai.
Sepatutnya suasana mestilah bising kan?. Tapi aku tak rasa macam tu. Sebab apa? Nanti aku cerita kat bawah. Bikin suspen sket. Huhu.
Macam biasa, parking adalah di atas hotel. Parking berpusing untuk naik ke tingkat 2.
Turun lif semula untuk ke lobi hotel (lalu depan coffe house hotel) untuk naik ke tingkat 14 menuju bilik aku menggunakan lif lain.
Aku pilih deluxe room kali ni.
Masuk je bilik terus rasa hampa. Bilik kecik sangat tak sama dengan gambar yang aku tengok.
Bau karpet mendap satu hal. Haish...
Old fashion la perabut dan sebagainya kat dalam bilik ni.
Wei malu la pada pelancong yang datang. Patut upgrade la sket barang kat dalam tu. Malu la sebab hotel tengah bandaraya besar.
Tengok ja la TV dan sebagainya, macam barangan hotel murah plak.
Takda tingkap plak tu. Hmmmm....(ni la dia alasan sebab yang aku kata tak bising kat atas tadi). Hahahaha...
Keadaan luar bilik ruang teramat sempit dan berdekatan sangat antara deretan bilik. Kalau orang sebelah atau depan keluar masuk bole dengar.
Lagi la kalau yang keluar bilik suka menghempas pintu, mak ai rasa nak marah plak. Bising dan mengganggu ketenteraman.
Tapi bab aircond memang aku puji sebab tersangat la bagusnya. Sejuk sangat sampai tidur pun aku tutup dan tak guna aircond tapi still bole rasa hawa sejuk tu.
Strika pun tak disediakan. Sila la berjemaah ramai-ramai gosok kat luar area lif ya. Ada strika kiri kanan disediakan kat situ.
Nak bawak lari masuk bilik kejap pun tak boleh. Dah melekat kat situ. Huhuhu.
Jangan la ada orang mabuk lalu, ada di peluknya kita yang tengah ralit menggosok ni. Tapi cuba la kan kalau nak kena bahang strika ni kat muka. Kah2.
Dalam bilik air pun tak da hair dryer. Waaa...nak nangis rasa. Tapi hose jamban bole dipuji. Mantop. Huhuhu....
Bath up mandi tu punya la sempit. Pancuran air tu betol-betol rapat dengan pemegang bilik mandi. Kalau la orang yang mandi tu gemok dan berisi memang sempit dan tak boleh bergerak la.
Silap-silap bole jatuh gedebuk ke bawah.
Air pancuran pun tak berapa kuat dan rosak terlentok sana terlentok sini.
Nak mandi berendam pun tak puas uolls...rasa nak tukar bilik ja tapi malas plak nak angkut barang segala.
Kalau korang malas nak turun, order ja la nanti makanan akan sampai depan pintu. Kui-kui.
Yang buat aku suka hotel ni sebab amat dekat dengan shopping complex yang gah-gah gitew. Malas drive bole la naik monorail.
Dekat sangat sampai tak sempat nak rasa sakit kaki tau. Hehe...
Boleh la korang pergi Central Market, KLCC, Taman Tasik Perdana, dan banyak lagi la. Sila jumpa Pak Google ya.
Ok lah cukup sampai sini je review untuk hotel kali ni. Jumpa lagi di lain siaran. Daaa....