/**/
Subscribe Twitter

Review Palm Seremban Hotel, Negeri Sembilan




Welcome MEED...


Hai korang, kali ni aku nak review Palm Seremban Hotel yang terletak di:

Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan (tanya pak waze gerenti dia hantar betul-betul depan pintu hotel haha).

Tel: 09-7680088

Fax: 06-7680099

Emel: reservations@palmseremban.my

sales@palmseremban.my

Deluxe Room - RM199.31 Per Night


Check in dan check out macam biasa la kan. Sendiri tau la eh.




Satu aku tak suka tentang parking kat sini adalah terpaksa parking kat tingkat atas bangunan. Bukan tak biasa tapi pelik sikit.

Dah la tinggi, nak naik ke parking tu terpaksa bawak kereta hati-hati sebab lorong kecil berpusing-pusing.

Teringat dulu masa baru dapat lesen eksyen nak cuba naik parking yang pusing-pusing tu.

Haa dah separuh jalan menggelabah. Nak undur dah tak boleh. Dok tekan brek ja la. Maklum kereta manual.

Alhamdulilah sampai jugak kat atas. Tahniah untuk keberanian diri sendiri. Bhahaha...







Masuk ja bilik, waa bestnya aku rasa...cantik sangat. Besar, lapang, tenang je aroma wangi masuk dalam hidung. Hehe.

Hotel baru katakan. Cantik sangat ni. Rasa malas pulak nak keluar bilik. Nak goleng-goleng atas katil je rasanya.

Suka lantai yang macam ni tak berkarpet sebab kalau berkarpet tu bau terkepam ntah debu brapa banyak dalam tu.







Tersangat suka sebab ada sterika dalam bilik. Tapi macam biasa, walau ada iron pun tetap nak gosok semua sekali dan sangkut. Senang nak guna. Ambil dan pakai terus.

Sebab tau bila dah berjalan meronda ni balik mesti penat. So kita gosok sekali harung untuk 3 hari terus.




Order makan pun cepat sampai.











Dan yang lagi bangga ada hair dryer. Waa sangat mantap hotel ni.







Bilik air selesa. Kedudukan toilet (lupa plak nak ambil gambar) memang best sebab hose senang guna dan air besar.

Tempat bersiram pun best, di asingkan. Berangan beb nak buat bilik air macam ni kat rumah satu hari nanti. Ececeh...!




Kiranya amat berpuas hati dari segi ruang dalam bilik dan katil yang besar. Bantal 4 biji untuk satu katil. Haa, cuma bantal je yang aku kurang puas hati sebab teramat tinggi dan tebal.

Tak selesa dan sakit leher. Tak pa maafkan sebab bantal baru kan. Lagi pun bila dah tido dah tak ingat dan tak rasa dah semua benda tu. Huhu...




Kawasan luar pulak luas dan sunyi. Tenang ja kalau nak berehat.



















Ok la ni ja yang aku nak share kali ni. Bagi 3 dari 3 bintang. Aku rekomen korang stay sini. memang tak menyesal punya. Keselesaan setanding harga. Babai....



Imagine kalau kat Msia ada hootel macam ni...huhu!
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak