/**/
Subscribe Twitter

Sejuk Nyaman Dengan Lotion Mustajab Pati Halia Dunia Herbs



Korang mesti cuba ni. Best tau...!!!


Mulanya nak buat entry review hotel tapi gambar belum siap watermark so beralih ke entry ni dulu la ya.

Kali ni nak share hasil dan pengalaman guna lotion mustajab pati halia dunia herbs ni.

Dulu aku pernah beli dan guna lotion mustajab pati halia warna kuning, hijau, merah.




Warna kuning dan hijau tu ok lagi. Boleh tahan lagi rasa kepanasan tu.







Warna merah tu mak ai terlalu panas dan pijar. Guna 2 kali ja lepas tu aku bagi pada akak aku. Dia selalu sakit lutut masa tu jadi tenyeh je la kat lutut dan kaki tu sampai habis. Tak serasi kot sebab tu tak baik-baik lagi kaki dia masa tu.




Lotion mustajab pati halia ni di keluarkan oleh syarikat Dunia Herbs. Sekarang dah bertambah dah produk yang dikeluarkan.

Aku cuba produk baru ni. Memang best la kali ni. Aku beli ni masa beli saing lotion anugerah. Tapi guna lotion anugerah dulu sebab bau dia wangi macam epal. Dah habis aku guna plak lotion ni.




Terdapat 3 losyen mustajab yang baru tapi aku beli 2 je sebab lagi satu dah kehabisan stok. Uwaa...

Losyen mustajab pati halia rose @ mawar.

Losyen mustajab pati halia jasmine
.




Harga tiap satu adalah RM24 tapi macam biasa aku dapat RM20 ja sebotol. Kalau korang lagi pandai mengayat dari aku silap-silap korang bole dapat RM18 sebotol. Akan aku usahakan ke arah tu untuk dapat harga lebih menarik. Wakakaka...





MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !!



Lotion mustajab rose tu aku letak di ofis. Kalau rajin aku sapu la kat mana-mana yang patut. Kekawan pun selalu guna kalau diaorang tengah pening atau sebagainya. Aku ni jenis tak kisah. Korang nak pakai dipersilakan asal jangan membazir sudah.

Macam yang korang sedia maklum fungsi lotion-lotion ni semua untuk membakar lemak, melangsingkan badan, mengurangkan selulit, mengurangkan sakit sendi dan otot.

Tambahan kebaikan lotion pati halia mawar ni adalah aroma bau yang wangi dan sejuk ja bila sapu kat perut.

Geng bas sekolah aku mintak pakai sikit bila diaorang tengah senggugut waktu haid.

Dan yang bestnya lotion ni bila sapu aku rasa segar yang tak tau nak explain macam mana rasa tu. So korang guna lah ya kalau nak tau perasaan tu. Hehe..




Lotion mustajab jasmin aku letak kat rumah. Memang guna sebelum keluar bekerja atau nak tidur. Nyenyak je tidur sebab lotion ni memang membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Jangan risau gunakan waktu tidur sebab bau tidak mengganggu orang sebelah.

Mulanya aku tak perasan kesannya. Tapi bila aku ingat balik kenapa semalam aku dapat tidur nyenyak ek? Aku pakai apa? Bila dah dua hari guna baru perasan yang aku sapu lotion tu sebelum tidur.

Bila baca semula fungsi lotion kat botol baru la aku tau rupanya lotion tu memnag membantu tidur yang nyenyak. Gitew...(biasa la, aku ni kan kurang pemerhatian. Kalau beli produk jarang nak baca lagi la kalau tulisan tu kecik-kecik). Yang aku tau aku cium bau wangi tu je dah kira ok. Hahaha...

Selain bau wangi korang akan rasa sejuk, nyaman je. Tu yang bole buat tido lena tu beb. Tak caya korang cuba la.

Ada sekali tu tangan aku berbintat kena gigit nyamuk, aku sapu krim ni dalam 20 minit bintat tu mengecil. Amazing la...




Yang aku tak sempat cuba lagi lotion pati halia delima. Katanya untuk menyihat dan melindungi sel kulit. Bole juga membantu sistem pencernaan. Dah habis nanti aku beli la nak cuba pakai plak bagus ke tak.

Kalau aku rasa bila pakai tu macam biasa ja aku tak share la. Kalau aku pakai nanti ada rasa kelainan, aku pasti share dengan korang. So tunggguuuuu...!

Apa pun tahniah pada dunia herbs sebab dapat keluarkan produk yang bagus ni. Membantu dan mewangikan pengguna. Kipidap...!


Pijar tak lotion tu Puan? Ngeh...ngeh...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak