Hai...nak share sikit program "Tanya FINAS" bersama Ketua Pengarah FINAS yang diadakan pada :
26 Febuari 2016 jam 8 malam berlangsung di:
Unit G09 & G10, Auditorium Content Malaysia
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
Kebetulan esoknya aku ada kursus drama bersiri so sekali harung la jawabnya bila dah ke KL tu.
Aku tiba lewat la dalam jam 8 malam. Sebabnya adalah aku pergi check in hotel dulu dan bertawaf mencari tempat yang bernama FINAS ni.
Tapi dalam pada berpusing-pusing tu terkesima jugak la tak sangka la KL Sentral tu begitu gah sekarang. Besar giler kot kawasan dia.
Cuma yang tak best kawasan tu sunyi sket dan agak gelap di beberapa bahagian.
Cuba letak lampu yang cantik-cantik biar terang sket tempat tu macam lampu yang dipasang keliling bangunan PWTC. Haaa...baru la nampak lagi hebat. Tak gitew..!
Orang lain parking kat tempat berbayar, aku selamba je parking kat tepi jalanraya area teksi ambil pelanggan. Ada aku kisah? Janji boleh parking. Kenyit mata je sket dengan pak guard bangla tu. Kih3.
Bila dah kat dalam bangunan pun masih lagi nak berposing padahal dah lambat tu. Tak pa, kawan lain boleh cover. Huhu...!
Masuk-masuk je dewan dah start pun Dato Kamil berucap. Staf kat situ suruh aku makan dulu tapi aku tak nak sebab dah plan nak merayap jalan-jalan cari makan kat sekitar KL pulak.
Setel berucap, sesi soal jawab diadakan untuk acara seterusnya. Ada yang minta beratus ribu riban untuk buat filem, drama dan sebagainya.
Kelakar pun ada jugak sebab ada pertanyaan yang tak masuk akal.
Ada jugak beberapa pelakon antaranya Kismah Johar, Abu Bakar Omar dan yang lain yang aku tak pasti nama diaorang. Sori la ya next time aku alert sket nama korang pelakon Malaysia ni ya.
Minat dengan Kismah lepas tengok dia berlakon drama Keluarga Iskandar. Sempoi sesangat sebagai seorang mak. Memang realiti hubungan mak dan anak macam tu. Ni baru betol berlakon.
Setel berucap, ramai yang berebut nak berfoto dengan Dato Kamil.
Aku & grup CGM relax je. Borak-borak sesama sendiri.
Tak sangka plak Dato Kamil bole datang ke arah kami dan terus berborak. Tak payah tarik-tarik dia ajak join. Maklum grup kami dah terkenal kot. Ngeh2...
Cahaya lampu bertukar warna, kejap terang, kejap gelap, kejap romantik d amor, makanya gambar pun jadi la macam kat bawah ni.
Apa lagi sakan la dia bertanya itu ini dan lagi tak sangka bila dia tegur aku dan kami borak agak lama jugak la.
Macam-macam dia tanya, adey lemah lutut den nak jawab. Hahaha...
Rupanya Dato pernah datang JB sebab ada kolaborasi dengan UTM. Patut lah macam pernah nampak.
Fuh ayat biasa didengar, biasa nampak. Hahaha.
Dalam sejam jugak sesi borak dan bergambar santai dengan Dato kamil.
Lepas tu apa lagi, aku sambung berposing-posinglah sebelum keluar dewan. Acara wajib tu. Heee...
Aku balik awal dari geng grup sebab ada plan nak pergi menyumbat perut yang dah nyanyi keroncong tu.
Apa lagi terus ja gerak dengan pantas ke tempat yang di plan iaitu di Gaffe & Co Cafe di Garage Kuala Lumpur. Pak waze sila bersiap ya. Heee....!.
1 comments: