/**/

Pages

Subscribe Twitter

Shell Out di Selera Warisan D' Maria, MITC, Melaka



Meh kita bershell out...!


Kalau hari tu dah citer cafe hipster, kali ni nak citer makan ala shell out plak.

Plan awal nak makan kat Truly Signature Melaka.

Sampai kedai tu je bila masuk dalam rasa macam ntah apa-apa kedai ni.

Masuk tengok menu, semuanya eskrim. Makanan tak da. Datang nak makan tak nak minum je. Kih2....




Tak sama macam yang blog war-warkan. Tak baik tau. Tipu-tipu. I is tak suka u.

Dah la jauh nak pergi ke Melaka tu semata-mata nak merasa bila sampai tengok semua hampeh.

Mesti korang pun pernah kena situasi macam ni kan?.







Frust punya pasal, plan pulak nak makan kat atas bot Parameswara tapi bila fikir jauh sangat so terfikir plak satu tempat makan ni.

Jom kita redah.

Kali ni nak makan stail shell out katanyer. Bertempat di:

Selera Warisan D'Maria
No 25, Jalan KF4, Kota Fesyen MITC
Ayer Keroh, Melaka.

Tel: 019-6267226

GPS : 2.268284,102.291076

RM30 untuk dewasa.
RM20 untuk kanak-kanak 15 tahun ke atas.
Percuma untuk kanak-kanak bawah 15 tahun.





Waktu operasi aku ada tanya, tapi lupa plak. Macam dari petang ke dini hari aku dengar hari tu.

Ish korang tanya la Pak Google sendiri ek kot la ada di bagitau kat situ.

Sori ya untuk kali ni. Lupa sangat. Tak nak la bagi info yang tak jelas, tak bagus tu. Hehe...







Setakat MITC tu sapa ja la yang tak tau kan? Lagi la kalau duta Mydin macam aku ni.

Tempat lalu lalang dan persinggahan bila ke Kuala Lumpur. Ececeh...

Jadinya setakat tengok alamat tu rasanya senang je nak jumpa kedai tu.

Tapi terjadi sebaliknya. Berpusing 2 kali kat MITC tu tak jumpa jugak. Wakakaka....!

Mana nak jumpa, tempat terceruk. Korang bayangkan siapa sangka ada kedai makan antara deretan kedai jual langsir dan kain segala?

Dah la tu, kalau mata tu tak awas, memang korang akan terlepas la dari nampak kedai tu.




Terletak betul-betul belakang kedai jual karpet warga Pakistan.

Kalau dari belakang kedai tu kiranya ada kawasan dan ruang legar/jalan kaki luas yang memang muat untuk letak kerusi meja bagai.

Dah la kawasan tu gelap, memang orang tak kan perasan kat situ kedainya.

So owner, lepas ni tolong la letak lampu terang atau apa pun idea kreatif anda untuk menarik perhatian pelanggan untuk singgah.





MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !!



Aku ni tak da la respek sangat kedai walau pun dah masuk JJCM ke atau segala macam info kat TV.

Sebabnya adalah kekadang tu pengacara terlebih over.

Bukan aku ja cakap macam ni tapi semua geng kat ofis termasuk boss sendiri pun punya pendapat yang sama.




Sampai je kat meja, pekerja restoran tu tanya berapa orang dan beri sedikit info.

Minimum order kat situ adalah 2 orang. Jadinya kalau korang datang seorang memang rugi lah nak makan kat situ. RM30 tu sorang.

Kecuali korang memang kuat makan dan boleh habiskan hidangan tu. Huhu.

Kalau datang ramai memang la sesuai sangat dan tak membazir.




Sebelum hidangan di letak, meja tu akan dikemaskan dengan kertas dan plastik. Lepas tu makanan dan lauk akan ditabur atas meja tu.

Senang sangat ni tak payah ambil pekerja untuk basuh pinggan. Jimat kos kat situ. Tapi kalau ramai pelanggan mau kelam kabut nak menampal segala bagai.

Masa aku sampai tu pun, kejap staf suruh duk meja sini. Kejap suruh pindah meja situ.

Alasan sebab nak kemas meja. Tapi aku malas nak bangun duduk pindah randah so korang buat la depan mata aku eh.

Tak kose akak nak layan. Hahaha...




Hidangan semua makanan laut dan sayur. Nasi seciput dan air ada 2 pilihan iaitu air asam boi atau air sirap.

Nasi dan air bole tambah sesuka hati ya. Free ja jangan takut. Tambah la sampai kembung perut tu.

Seafood tu terdiri dari sotong, udang, siput dan sebesar-besar ketam. Seketul gitew letaknya atas meja.

Semua tu dipersilakan kopek sendiri ya kulitnya. Salah satu sebab aku malas nak makan seafood ni sebab ni la. Kena kopek sendiri.

Kalau steamboat pun macam tu. Malasnya nak menunggu. Kalau ada bibik buatkan semua kan bagus. Hehe...

Semua seafood ni tak fresh, liat dan sejuk. Hmmmm....

Sayur plak terdiri dari bunga kobis, brokoli dan salad.




Sos untuk seafood ni plak aku rasa macam biasa je. Tak berapa ummph la kata orang tu.

Disediakan sup jugak dalam mangkuk kecil. Biasa la aku kan suka makan kuah berladong. Mana nak cukup sup sikit macam tu?

Aku minta sup lebih lagi. Jangan marah eh.

Senang citer tu bukan sup sebab bila rasa macam lauk taugeh masak air.

Aku rasa ni hanya untuk perasa tambahan atau nak bagi basah meja je gamaknya. Huhuhu.

Pencuci mulut adalah limau yang amat masam. Ish..Ish...

Air dia aku puji. Asam boi dan sirap dia memang sedap. Manis. Semanis puan blog yang minum. Ngeh..ngeh...!




Kalau sesiapa yang tak boleh nak makan atau telan seafood, korang bole order menu lain macam nasi goreng dan sebagainya.

Bagi aku biasa-biasa je la. Untuk percubaan ni bole la. Nak datang lagi tu tak pasti kecuali ada geng yang nak merasa pulak.

Tapi aku puji staf kat restoran ni. Walau pun muda tapi begitu hormat pada pelanggan dan cekap dalam menguruskan kerja masing-masing.

Peramah dan sanggup jawab apa je pertanyaan yang dikemukakan.

Order pun cepat sampai. Servis adalah tip top. Kerdit kat situ.




Ok lah kalau korang nak mencuba bole je. Pada aku so-so aja la.

Jumpa lagi di keluaran akan datang. Chow dulu. Bye...!



Kalau jumpa ketam macam ni, agak-agak nak makan tak..? Hehe...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai