Pagi breakfast dulu kat hotel. Waa...first time ni rajin bangun turun makan pagi. Tahniah untuk diri sendiri. Huhu.
Best jugak la makanan kat hotel ni. Siap ada kimchi...bbq korean dan beef korean. Kamsa hamnida...hehe
Banyak giler menu, cam jakun plak, ambil sikit-sikit ja semua benda. Dah bayar kan haruslah merasa semua. Huhu.
Lepak jap kat hotel lepas zohor kuar ronda shopping complex bawah hotel ni dan ronda sekitar bandar.
Dah letih berpusing satu complex perut pun nak mintak makan lagi.
Jom terjah Restoran Wadi Ar Raudhah yang katanya semua makanan n9 dihidang kat sini.
Terletak di Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel:019-3508426, 014-3276467
http://raudhah-seremban.blogspot.com/
https://ms-my.facebook.com/wadiarraudhah
Waktu operasi : Isnin - Sabtu : 7 pg - 11 pg (sarapan pagi)
11 pg - 3 ptg (masakan lauk campur N9)
3 ptg - 6 ptg (menu istimewa lempeng pisang)
6 ptg - 12 mlm (buffet steamboat grill & nasi arab mandy)
Haa...sila lah pilih waktu nak datang ya.
Bersebelahan dengan kedai Nasi Arab Ar-Raudhah. Tak tau la owner ni sama ke tak. Korang tanya la nanti ya. Aku malas. Haha.
Masuk je kedai tengok macam biasa je. Lauk pauk pun sama ja macam yang ada kat mana-mana. Nothing special.
Apa pun kita cuba la ya. Mana tau rupa dan rasa tak sama. Bismillah...
Ada gulai kawah dan berbagai-bagai menu dan rasa masakan lemak N9 yang femes.
Seperti yang diduga memang sama ja rasa, tak da kelainan pun. Nak tak nak habiskan jugak la dah pilihan sendiri.
Jumlah adalah RM 25.45 untuk lauk yang aku pilih tadi beserta air laici.
Boleh tahan la. Ok ja aku tak banyak komen sebab rasa makanan so so la....
Cuma aku suka susun atur makanan sangat bagus. Kredit kat situ. Ikut bahagian-bahagian makan.
Bole la kalau korang datang seremban ni untuk makan kat sini.
Dah kenyang jom la meronda keliling Seremban ni sampai ke petang.
Ternampak plak satu kedai ni. Awat ramai sangat orang? Setakat kedai cendol ja pun.
Waa macam menarik ni. Meh la kita singgah cuba rasa cemdol sini sedap ke tidak. Minum petang la kiranya. Tekak pun tetiba ja haus macam tau-tau ja.
Nama kedai : Cendol Hj Shariff
Alamat : Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan. (bangunan hijau, dari jalan utama dah bole nampak).
Tel : 06-7628505
Waktu operasi :Sabtu - Khamis (11 pg - 6.30 ptg)
GPS Coordinates: 2.726635, 101.940081
Kalau nak datang kena cepat la ya sebab parking susah di sini.
Kalau ada pun korang kena bayar RM2.
Kalau korang bawak kawan better salah sorang beratur untuk oder dan sorang lagi cop tempat.
Beratur ya macam nak beli nasi kandaq gitew. Pelik kan? Korang tak pelik ke? Heee....
Ada juga jual rojak kat sini tapi aku malas nak beli sebab malas nak beratur dan rasa cam biasa ja kot. Tak berapa minat rojak. Haha.
Dari kedai, baju pekerja, dinding, lantai, kerusi meja, makanan semua warna hijau. Kaler fevret owner gamaknya. Kih3.
Harga murah la setanding rasa.
Aku oder cendol kacang merah. Mesti korang nak tau kan rasa dia?
Kira ok la x sesedap mana sangat pun.
Apa pun kalau korang datang Seremban ni harus cuba la baru tau sedap ke tidak. Bagi aku so so jugak la. Kui2.
Setel minum petang sambung lagi ronda Seremban. Biasa la akan jumpa Pak Mydin dulu. Dah lapar keluar la cari makan semula.
Kali ni kita tuju ke Big Mouth Burger Cafe yang katanya agak popular di Seremban ni.
Lokasi adalah di no 269, Jalan S2 B8, Seremban 2, N9.
Tel : 06-6014925
Waktu operasi : Isnin - Khamis (11 pg - 11.30 mlm)
Jumaat - Sabtu (11 pg - 12 mlm)
Ahad (10.30 pg - 11 mlm)
Kedai 2 tingkat tapi aku tak pasti tingkat atas tu digunakan atau tidak sebab aku datang waktu malam. Dah gelap.
Nama kedai pun dah tak bersinar dek lampu yang dah lama dan rosak kata pekerja kat situ.
Menu macam biasa la ada untuk dewasa dan kanak2. Tak tau nak pilih mana satu.
Agak-agak korang bole teka tak menu apa yang aku pilih ni? Hehe...
Burger hitam, geli pulak nak makan. Tapi bila dah sampai dan rasa, macam ok ja nak telan. Haha.
Besarnya nganga mulut tu nak ngap semua. Memang tak la nak makan macam tu nanti habis gincu di bibir tau. Dah tak comel. Huhu.
Kena la dengan tagline "The place for real burger". Mesra mulut sangat nih. Huwaaa....
Harga agak mahal maklum la western pun namanya.
Tapi nak merasa punya pasal bedal ja la labu.
Sekali sekala apa salahnya kan. Bila lagi nak mencuba rasa makanan di tempat orang. Ada kelainan ke tidak.
Ok dah kenyang sangat ni. Maka tamat la siri jalan-jalan cari makan di N9 kali ini. Jumpa lagi di lain siaran. Chow dulu....!