/**/

Pages

Subscribe Twitter

Floating Market, Chang Puak Camp, Angkor Watt, Bangkok



Teruskan pembacaan hingga ke bawah ya...heee...


Morning....pagi ni nak sambung citer semalam. Ronda-ronda Bangkok katanyer. Aku ambil half day tour je (pagi sampai tengahari), petang sampai malam meredah Bangkok tanpa tour guard. Plan pergi Floating Market, Chang Puak Camp, Angkor Watt, tengok la sempat ke tidak masa yang ada 1 hari ni.




Gerak pepagi naik van ke tempat pertama iaitu Damnoen Saduak Floating Market. Senang citer orang panggil pasar terapung. Haa....bukan ada masjid terapung ja tau, pasar terapung pun ada. Bayaran dah dibuat semalam 1000 baht (RM100) seorang. Jom teruskan bacaan.




Perjalanan ambil masa 1 atau 2 jam. Dalam 7.30 pg baru gerak bila semua dah turun ke lobi. Cuaca ok setakat ni...

Dalam van aku banyak berangan kekadang tu terlentok tidor sebab nak tengok pemandangan luar tak menarik...tak da beza pun dengan kat Malaysia so aku decide aku nak pejam mata tidoq la..hahaha...Jalan bagus..tak jem tak serabut macam kat Vietnam so memang smooth ja la.

Owh lupa nak bagitau nama pemandu pelancong kami tu En. Noh @ Tiger. Waaa..nama tak agak2 tuh...kui2. .










Setelah 1 jam setengah perjalanan kami pun sampai dan disuruh naik ke sampan untuk menuju ke Floating Market.

Wooo naik sampan ni tak pakai baju jaket pun bahaya tu tapi tak nak la tunjuk kejakunan tu sangat kan...20 minit dalam perahu tu yang kekiri kekanan sebab alunan air sungai katanyer maka sampai la ke destinasi yang sepatutnya.

Kat sini pulak aku dikehendaki naik ke sampan yang lebih kecil lagi dan ada banyak sampan2 yang berdekatan antara satu sama lain. Berlanggar sana sini kalau la kena tangan ke atau badan ke mau lebam jugak..hahaha...Tambang sampan kecik ni 150 baht (RM15) seorang.

Ngeri rasa sepanjang perjalanan sebab dalam 1 perahu tu ramai orang. Dah tu alunan air tu boleh tahan tinggi sampai terpercik ke muka la. Buweek...

Sepanjang perjalanan boleh la nampak rumah terapung dan kedai jualan kiri dan kanan perahu tu. Air tak da la bersih sangat. Kalau jatuh tu harus tenggelam sebab dalam kot, scary sungguh.













Dari dalam sampan bole la korang nak beli belah atau borong barang2 souvenir ke atau kalau nak kat darat pun boleh jugak kalau nak bershoping. Kami diberi masa setengah jam kat sampan tu.

Dah la berlaga2 sampan aku ni memang teruja nak bergambar jadi tukar la tempat duduk kedepan kebelakang, sampai kena marah dengan tuan punya sampan...padan la muka kan...rasakan...garang siot muka dah la tak ensem...wakakaka...







Dah penat berlaga2 kat sampan aku pun naik ke darat plak. Memang tak da la nak beli dan tawar menawar souvenir kat sampan tu buang masa jer. Tak selesa, dengan orang berjual beli makanan yang boleh dimakan siap ada yang masak kat situ lagi tu.

Hmmm...Air tu (xtau la nak kata sungai ke laut ke), aku ni memang fail sket bab2 geografi ni...kah2..dah la macam xsihat wrna x jernih tapi aku rasa dalam la takut la plak jatuh.

Naik2 je ada sekor ular sawa besar berlingkar..siapa nak tangkap gambar dengan ular tu bole la. Bayaran adalah 30 baht (RM3). EEEE....memang tak la...haaa...besar perkataan E aku tuh...kuang2.

Kat sini korang kena tukar naik sampan yang lain pulak. Sepanjang perjalanan korang boleh nampak beraneka kedai jualan. Ada yang jual cenderahati dan patung tuhan serta perhiasan agama diaorang.







Ada yang jual buah-buahan dan ramai jugak la yang membeli. Korang bagitau ja dengan pengayuh perahu dia akan berhenti kalau korang nak membeli belah.







Ada yang jual aiskrim dan jugak makanan yang lain. Memasak sekali dalam perahu. Hebat tu. Korang mampu?. Ada gak yang tebalik periuk belanga masuk dalam sungai. Hahaha...







Tabik spring la pada diaorang yang mampu buat kerja macam tu. Dalam pada tu ada satu tempat korang lalu kamera akan snap gambar korang secara sembunyi. Aku tak ingat area mana. Yang penting sedia ja la muka tu lawa-lawa senyum je jangan masam-masam. Heee....

Dalam setengah jam je meronda kat sungai tu. Bila perahu parking tepi ja korang akan ditunjukkan gambar tadi dan terserah la nak beli atau tak. Kalau tak silap aku RM30 kot sekeping gambar beserta frame. Cepat betol diaorang buat.




Bila naik ke tebing aku posing sana sini dulu dan naik tingkat atas kedai. Boleh la nampak lagi jelas kawasan jualan air tu.




Singgah minum sekejap air kelapa muda. 30 bath atau RM3 kalau tak silap aku. Sedap wei. Dah la tengah panas laju ja la lalu kat tekak ni.

Nak beli ais krim kelapa macam tak lalu nak telan so cancel order. Nak jugak kopi diaorang tapi sama jugak tak lalu nak telan. Huhuhu...







Macam-macam fenomena jualan perahu lagi korang bole tengok kat sana tau.










Sempat la membeli pelbagai cenderahati kat situ. Murah la jugak harganya. Kena pandai pilih. Kedai ni memang murah la semuanya siap bole tawar lagi.

Kat sini aku beli fridge magnet je sebab barangan lain semua pernah jumpa dan boleh dapat di Malaysia pun.

Fridge pun tak berapa nak cantik so aku decide nak beli untuk souvenir tapi 5 ja la kot. Harga 250 baht (RM25)...untuk 5 ya bukan 1...Tu ja la yang aku beli....1 kemajuan tu....tak berbelanja...hehe.











Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok :

Bertolak ke Bangkok
Menginap di Narai Hotel
Floating Market dan Angkor Watt
Grand Palace dan Chatuchak Market
Siam Ocean World dan Madame Tussauds




Ikut plan lepas floating market terus balik hotel tapi driver tu agak pemurah diaorang sanggup hantar kami ke tempat gajah, buaya dan harimau. Ala 5 minit je pun perjalanan dari Floating Market sebab tu dia rajin bebenor nak hantar. Masa tu pukul 10.40 pagi.

Kalau kat tempat gajah korang boleh naik gajah n bagi makan.

Kalau kat tempat buaya korang boleh bergambar dan masukkan kepala korang dalam mulut buaya tu (buaya betol ok).

Kalau nak ke tempat harimau korang bole bagi harimau minum susu (pun harimau betol bukan mainan atau jelmaan tau) rare kan...hahah...




Macam-macam aktiviti kat situ. Masuk dalam Camp tu ja dah kena bayar, sori lagi aku tak ingat berapa RM dan korang akan diberi sticker untuk dilekatkan kat baju atau mana je yang korang nak.




Dah setel bayaran kat situ aku terus beratur untuk naik gajah. Naik gajah 600 bht (RM60). Sebelum tu sempat beli pisang 1 bakul untuk bagi gajah makan. Beli okay tak free. Kesian kannn...100 baht (RM10)..ala...pisang ja pun..mahal nak mampos dowh...







Mula2 naik tu gayat jugak sebab tiiiinggggiiiiinya tapi bila dah lama kat atas tu rasa ok la jugak. Masa bagi gajah tu makan pun best..pengalaman tuh..

Sepanjang setengah jam kat atas badan gajah tu ada la dia bawaknya aku lalu kat air..snap2 gambar ya...ada la jugak rasa kebosanan.

Tengah panas terik naik gajah tak ke poyo tu namanya? Kat sini la akan ada orang snap gambar korang secara sembunyi-sembunyi. So jangan lupa senyum tau.







Atas gajah tu nanti korang bole la bagi gajah tu makan eh. Comel je tengok serombong belalai dia tu. Wakakaka...




Dalam masa yang sama pembawa gajah tu akan mengayat korang untuk membeli barangan yang dijual macam loket, rantai, gelang dari gading gajah yang semua dibuat sendiri dengan tangan. Mula la diaorang buat cerita dan muka sedih untuk tarik korang beli.

Aku tak layan la sebab benda tu semua mahal dan tak berbaloi. Mula la staf tu buat muka tapi nasib la kan nak paksa orang dah kenapa kan?.

Bila nak keluar dari situ korang akan ditunjuk gambar yang diambil secara senyap di laluan air tadi. Harga beserta frame adalah 400 baht(RM40). Ok aku beli. Hehehe...

Setel kat situ tour guard ajak ke tempat hasil ukiran tangan penduduk situ. Waaa cantik sangat ni ukiran diaorang tu. Nampak macam hidup la plak semua patung-patung kat situ. Takutnyer...
















Sebelum balik ke hotel pemandu melencong sekejap ke tempat kraftangan/souvenir dan showhouse yang sangat cantik. Kat situ hanya 15 minit sahaja. Banyak gilos souvenir kat situ.

Berkenan dengan set ukiran kayu tu kalau la dekat, nak je beli bawak balik rumah.







Ada jugak ukiran kayu berbentuk lucah. Owh tidak...malu la nak tengok. Tak pa aku share kasi korang tengok 1 je contoh eh. Heee....




Dah penat pusing tengok sana sini kitaorang gerak balik hotel.

Jam 3 ptg aku gerak ke Canal River. Naik teksi 100 baht (RM10). 15 minit perjalanan dari hotel. Kat sana naik sampan laju 1000 baht (RM100). Wooo...takutnya naik sampan ni...terhuyung hayang bila ombak besar lalu.







Lepas 30 minit kat sungai tu sampai la aku kat destinasi iaitu temple apa ntah nama, lupa la. Angkor Watt kot.




Nak masuk temple tu kena bayar 30 baht (RM3). Mula2 aku rasa takut nak masuk area kuil2 tokong2 ni semua tapi aku set mind tak da apa2 la sebab ya la g jauh2 negeri orang dah sampai tak kan tak nak tengok kan..no use la camtu.

So aku decide nak ikut masuk. Cam biasa yang kita Nampak la kat Msia Cuma ukirannya cantik la..rapi tersusun gitu.

Jengah la sekejap masa diaorang tengah sembahyang tu. Tak dibenarkan snap gambar tapi macam biasa ada aku kisah? Snap jangan tak snap. Kui-kui...










Sebelum balik sempat la singgah kat booth baju tradisional Thailand. Aku nak try tapi rasa geli sebab bekas orang berbagai bangsa pakai tapi bila semua geng pakai so layan jugak la.

Bayaran 100 baht @ RM10 dikenakan untuk pakai baju ni. Pilih mana berkenan nanti ada makcik atau pakcik yang akan sarungkan kat badan korang. Siap aksesori bagai. Mantop kan berangan persis penari Thailand gitew...!.










Fuh...kaki rasa dah sakit. Perut pun dah lapar. Meh la kita cari makan. Makan apa? Makan bekalan roti aja la. Heee....

Sebelum balik hotel kitaorang decide nak singgah satu tempat lagi nama aku lupa tapi yang penting ada patung buddha besar terbaring kat situ.




Cantik betul ukiran bangunan kat Bangkok ni kan? Kagum sekejap. Deretan tuk-tuk dan ada jugak asrama sami buddha kat situ. Aku wat terejal sket bawak tuk-tuk tu. Hahahaha...










Takut nak bergambar dengan patung buddha terbaring tu sebab bila tengok mata dia macam nak telan kita je. Ceh propa sangat nih.






Biasa la kan kalu dah jalan2 tu mesti ja ada gangguan dari orang2 yang tak berkenaan...dah dibawaknya aku masuk ke temple lagi 1. Haha..yang bestnya dia kata nak ajak aku round 1 bandar Bangkok tu dengan harga hanya 20 baht(RM2) je..mau x nya aku nak..rupanya ada agenda lain.

Buang masa ja dia drop aku kat kedai permata la..kedai kain la..sebab kalau kita beli driver akan dapat diesel free. Tapi sori la mahal sangat kain tu.

Thai Silk sampai RM300 seela..dah kenapa nak beli semahal tu...babai je la ya. Muka driver tu terus bonyok sebab aku tak layan karenah dia tapi aku tak kejam ok..masa turun tu aku bagi dia 40 baht(RM4) biar terubat sket jiwa n hati dia tu. Baru la muka dia ada senyum...yuhu.

Sampai ja kat bilik apa lagi bersihkan diri masak air panas...makan maggi, roti dan nescafe...heaven ko....




Ok ni ja la kisah yang nak dikongsi kali ni. Sambung entry hari ketiga plak nanti. Daaaa....!



Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok :

Bertolak ke Bangkok
Menginap di Narai Hotel
Floating Market dan Angkor Watt
Grand Palace dan Chatuchak Market
Siam Ocean World dan Madame Tussauds





Tak tergamak nak masuk dalam nih...yeyeks...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai