Jumpa lagi di sambungan entry melancong ke Bangkok. Kali ni kita ke Grand Palace dan Chatuchak Market plak la ya.
Monumen Victoria tak sempat singgah sebab dah malam. Aku up gambar masa snap dari skytrain je la ya. Sebab tu berjaring bagai ni.
Kali ni aku decide nak pergi naik skytrain jer...10 pg dah terpacak kat lobi. Singgah 7e lagi beli makanan tambahan dan ambil tuktuk. Kali ni aku tak kan kena tipu lagi ok so aku bayar 50 baht(RM5). Haa rasakan..
Berhenti di MRT Sala Daeng menuju ke Samphon Tanh dan ambil day pass 130 baht (RM13) untuk seorang dan boleh digunakan nak kemana pun sehingga jam 12 malam hari yang sama. Jimat ok. Korang nak g mana2 pun sukati la ya...
10.30 pg aku dah sampai ke tempat ferry untuk pergi ke Grand Palace tu...Naik lagi sampan laju 1000 baht (RM100).
Haa kat sini aku agak terkejut, marah pada diri sendiri dan bengang...mana tak nya tempat yang aku nak pergi ni adalah sama dengan tempat semalam. Hanya tokong semalam kiri dan istana hari ni belah kanan. Adey...rugi RM100 tu..poyo betol.
Bila dah naik ke darat plak aku terkial2 cari istana tu. Rupanya salah daaa...kena jalan kaki ke depan. Nampak dekat tapi mak aii jauh betol. Tak nak naik tuktuk takut kena tipu so mari la kita berjalan kaki, exercise katanya..haha...
Kalau nak exercise memang kena g oversea ja ka kalau tak memang tak la bergerak nya exercise tu...Kat sini memang susah nak berkomunikasi sebab majoriti tak tahu berbahasa inggeris.
Tengah sedap berjalan ada sorang mamat ni kata tak dibenarkan masuk ke istana tu sehingga jam 1 ptg sebab ada sembahyang katanya, haaa...lagi sekali cam poyo je rasa.
Dia suruh la aku pergi berjalan2 ke tempat lain dulu eg shoping kompleks...ello aku ni datang sini bukan nak bershopping...Malaysia pun adooo...
Aku nak melawat tempat bersejarah yang kononnya orang kata kalau datang Bangkok kalau tak singgah sini tak sah. Sampai macam tu sekali statement u...tapi aku malas nak layan so aku decide nak berjalan kaki lagi sampai ke depan.
Berpusing-pusing keliling, lagi sakit kaki berjalan tapi gagahkan jugak la kan nak berjalan sangat so rasakan lah. Akhirnya sampai jugak ke dalam Grand Palace ni. Nasib baik ada pokok-pokok sekitar jalan so terlindung la sikit dari panas.
Sepanjang perjalanan boleh nampak pemuzik jalanan dan berbagai-bagai jualan kaki lima dijual oleh orang yang bermacam-macam ragam dan karenah. Jadi dinasihatkan jangan la singah ya kalau tak nak kena paksa beli barangan diaorang tu.
Grand Palace
Na Phra Lan Rd, Phra Nakhon, Bangkok, 10200, Thailand
8:30AM–3:30PM
50 baht @ RM5
+66 2 623 5500
Sampai je depan Grand Palace sekali nampak ramai sangat pelancong yang tunggu depan pintu yang dikawal oleh askar berkuda. Wooo...nasib baik aku ikut kata hati kalau tak sia-sia datang dan kena tipu.
Tanya guard kat situ dia bagitau jangan percaya dengan mamat yang macho yang memang kuat menipu pelancong yang datang. So korang hati-hati ya.
Untuk masuk ke dalam tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata. Hendaklah kemas dan berkasut. Nasib baik kitaorang ni memang dah sedia cantik. So no hal la kan. Hahahaha...
Ada yang kena halau semata-mata pakaian tak kemas lebih-lebih pelancong mat saleh yang korang pun tau kan pakaian memang selekeh. Nasib la kannnn....!
Suka dengan cara aturan masuk kat sini di mana penduduk tempatan dan pelancong di asingkan untuk masuk ke dalam. Teratur ja tak bersesak dan berebut sebab dah diasingkan jalan masing-masing. Harga pun berbeza. Salute la kan sistem macam ni.
Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok : Bertolak ke Bangkok Menginap di Narai Hotel Floating Market dan Angkor Watt Grand Palace dan Chatuchak Market Siam Ocean World dan Madame Tussauds |
Bila masuk ke dalam istana tu semua memang kagum la dengan seni ukir dan bahan binaan yang digunakan. Wow..tu ja yang mampu cakap. Tengok ja la gambar ya.
2 jam jugak la dok melepak kat situ.
Masa balik menuju ke feri ingat semua nak naik tuk-tuk sebab dah tak larat jalan. Tapi gagahkan jugak diri berjalan. Terer la katakan. Muda lagi kan ek. Huhuhuu...
Haaa..kat sini aku ada agak marah sket...mana tak nya takda satu pun bot atau sampan atau apa la seangkatan dengannya nak menuju balik ke tempat yang aku naik tadi. Tunggu dalam 25 minit kat panas terik jeti tu sampai la ada public bot dan naik berebut2. Tambang 20 bant (RM2) seorang.
Dah sampai ke jeti aku memang dah tak larat tapi tetap layankan jugak kaki ni melangkah. Masa tu dah pukul 1 tghr. Niat hati nak ke Chatuchak Market tapi teramat la penatnya. Tapi gagahkan jugak diri gerak ke Chatuchak Market.
Sampai darat je kitaorang berkejar pulak naik MRT untuk ke Chatucak Market. Pasar ni dibuka hujung minggu je (Sabtu dan Ahad). Pagi sampai petang sahaja ya. Ala-ala pasar tani ja gamaknya. Naik (BTS) ke station Mo Chit atau MRT ke station Suan Chatuchak.
Chatuchak Market
587/10 Kamphaeng Phet 2 Rd, Chatuchak, Bangkok 10900, Thailand
Macam-macam ada dijual kat sini. Perhiasan, baju dan cenderahati. Makanan dan minuman pun ada cumanya banyak yang tak halal.
Banyak jugak kitaorang berhabis duit kat sini. Beli baju, beg kecik buatan tangan, sabun berbau harum dan banyak lagi la cenderahati untuk dibawa balik. Kalau korang datang sini jangan lupa singgah tau. Best sangat.
Ada 1 tempat ja jual kebab harga 70 baht @ RM7 dan teh tarik harga 30 baht @ RM3. Sedap giler woo teh tarik mamat ni buat. Ramai yang terpegun tengok cara dia tarik teh tu. Dah jadi tontonan semua. Kitaorang siap beli 2 kali sebab sedap dan kehausan. Cer tengok mamat tu hensem kan? Kih-kih...
Ada satu minuman yogurt kat situ pun best. Masing-masing beli 2 botol sebab memang sedap. Lagi la perasa strawberry, memang fevret aku sangat-sangat.
Ok sambung esok untuk entry jalan-jalan perabis duit lagi di Bangkok. Hehehe....
Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok : Bertolak ke Bangkok Menginap di Narai Hotel Floating Market dan Angkor Watt Grand Palace dan Chatuchak Market Siam Ocean World dan Madame Tussauds |