/**/

Pages

Subscribe Twitter

Idolaku - SUDIRMAN HJ ARSHAD



Idolaku zaman remaja...SUDIRMAN...!


Biasa la kan, masa remaja dulu even sekarang pun aku rasa, mesti masing-masing ada idola sendiri. Penyanyi, pelakon, ahli politik atau siapa saja la korang pilih.

Aku pun tak terlepas dari perkara tu. Masa tu sekolah menengah lagi. Tingkatan 3 kot. Korang nak tau idola aku siapa? Meh aku story sket.


SUDIRMAN

Tadaa...haa...ensem tak? Korang kenal tak? Muah sket la kalau kenal. Kita geng.!

Minat sangat kat Sudirman lepas dengar lagu dia tajuk "nama seindah wajah". Bole ulang dengar banyak kali wa cakap lu.

Selain tu aku minat dia sebab dia pandai dan comel. Setiap persembahan yang dia buat memang tak membosankan.

Cuma aku tak ingat kenapa aku tak join tengok persembahan free dia kat chow kit. Kenapa ek?

Agaknya kalau dia ada lagi sekarang tiap kali dia buat konsert atau sebagainya mesti aku lah orang yang pertama akan join. Hahaha..




Kerana tu jugak la aku terminat dengan sorang budak ni satu sekolah agama dengan aku. Ciri yang aku suka semua ada pada dia. Nama Rosman kalau tak silap aku. Nama belakang dah sama, pandai, putih, berspek semua sama la. Gitew...!

Selalu saing pergi sekolah. Belajar dan giliran nombor periksa pun selalu berlawan dengan dia. Selalu bertukar no periksa dengan dia. Kalau aku dapat no 1 dia no 2. Kalau dia no 1 aku no 2 plak. Kami jadi student fevret sekolah agama dulu.

Time tu se geng dengan penyanyi Man Bai, Ajai. Rebut-rebut naik bas. Best nya bila ingat zaman remaja ni. Tapi setahun ja geng dengan diaorang lepas tu pindah sekolah yang lebih dekat dengan rumah. Eh, terbabas citer lain plak. Jom patah balik citer idola tadi. Huhuhu...




Dek kerana kecomelan Sudirman tu la, pernah aku berkata, kalau bole aku nak dapat husband macam dia ni la. Pandai, putih, comel, dan jika berkaca mata adalah bonus. Sebab aku suka tengok lelaki berkaca mata. Macam orang terpelajar je gamaknya. Kui-kui...

Pernah ada orang tanya kalau dah besar nak kawin dengan siapa? Aku jawab nak kawin dengan Sudirman. Poyo je jawapan. Bhahahhaha....

Dulu-dulu mana ada CD. Kaset yang tebal tu ja la ada kan. Memang tak miss beli tiap kaset yang Sudirman keluarkan.




Dengar kot radio kaset tu la. Dan lebih teruk lagi aku paksa bapak aku belikan aku walkman.

Tapi masa tu bukan dapat free tau, tapi bersyarat mesti lulus semua subjek periksa untuk tahun tu. Jadi gigih la aku belajar. Wakakaka...

Bila dapat je walkman tu apa lagi, siang malam pagi petang dok ulang balik je dengar lagu dia kat kaset tu. Tukar-tukar la. Kaset english dia pun best juga. Banana song dan apa lagi la aku dah lupa.

Sampaikan study pun sambil dengar lagu sudirman. Mabuk lagu sudir sudaaa....Kalau tak da iringan muzik jadi bosan. Belajar ke mana apa ke mana, last-last tido je. Korang mampu buat macam tu? Hahaha...

Sudirman ada penari fevret yang selalu ikut dia dalam tiap persembahan. Kawan baik dia of coz la Noorkumalasari.




Semalam kemas-kemas barang kat laci terjumpa surat ni. Waa teringat moment indah ni. Gempak tak?.

Nak dijadikan cerita satu hari tu tetiba ja aku rasa nak bagi dia surat. Haaa...kelakar kan? Macam la aku ni siapa kat mata dia yang dia nak layan atau balas surat aku kan?

Tapi tak tau la, dek kerana minat sangat, tak sangka aku sanggup buat macam tu.

Tapi betol la orang kata kalau kita yakin pada satu-satu perkara tu memang kita akan dapat apa yang kita rasa dan nak. Benda yang kita angankan tu akan menjadi nyata.

Masa tu aku yakin dia akan balas surat aku. Waa...confident level tinggi habaq hang.

Hingga la satu hari..jeng...jeng...posmen datang rumah. Aku ingat dapat surat dari sahabat aku yang study kat over sea masa tu.

Tapi rupanya aku dapat surat dari SUDIRMAN...!!!!!. Nampak, banyak tanda seruan tu. Huhuhu...




Suka nya aku sampai terloncat-loncat dari luar rumah sampai la masuk dalam rumah. Mak aku pun tegur apa anak dara terloncat-loncat ni?.

Aku bagitau kat mak aku, yang aku dapat surat dari Sudirman, dia punya la ketawa sampai keluar air mata siap cakap, aku ni siapa la yang Sudirman nak layan. Lagi pun bila masa plak aku tulis surat tu dan mana dia ada masa nak layan dan balas surat-surat ni.

Tapi bila aku tunjuk, mak pun terkejut. Separuh percaya. Melopong siap menganga. Hahaha...




Dalam setiap surat, Sudirman akan beri sekeping gambar. Di setiap gambar tu pulak dia akan tulis dan tandatangan samada di bahagian hadapan atau belakang gambar. Wow...sangat tuh...!.

Untuk surat pertama dia bagi aku gambar pandangan depan baju berkod warna biru tu.


Gambar hadapan!



Gambar belakang!



Isi surat pertama...


Mak tanya macam mana aku dapat alamat Sudirman? Aku bagitau aku ambil kat majalah, masa tu majalah URTV kot kalau tak silap.

Nampak macam mak suka jugak sebab bila bak balik dia pun tak sabar bercerita dengan bak. Aku pun apa lagi bangga beb cerita dengan bak. Hahaha...!

Lepas tu paksa bak beli radio lagi besar semata-mata nak dengar lagu Sudirman. Yang bestnya bak pun layan karenah aku. Kui-kui.

Aku pun balas semula surat Sudirman tu dan aku dapat balasan jugak kali kedua tu. Kali ni dia bagi gambar pandangan sisi berbaju merah. Best nya.

Tapi sayang entah ke mana hilang sampul surat tu masa aku pindah randah. Siap nangis tu sampul surat hilang. Dari kertas warna putih jadi kuning dah.

Sebab tu surat yang ada ni aku simpan dan baru ingat untuk di laminate biar tak lusuh dek zaman. Bole tunjuk kat anak cucu. Gitew...!


Gambar hadapan!


Gambar belakang!


Balasan surat kedua...


Bila dia kahwin ja aku pun rasa gembira dan harap jodoh diaorang berpanjangan la. Murah rezki sebab isteri lagi tinggi dari dia. Harap-harap begitulah hendaknya.

Sampai la satu hari dia jatuh sakit dan meninggal dunia, masa tu macam-macam tohmahan yang orang lemparkan pada dia. Sedih aku dengar tau. Uwaaaa....

Aku rasa la kalau la dia masih ada lagi sekarang, sorang penyanyi pun tak kan bole lawan dia dari segi suara, persembahan dan idea.

Suara dia special lain dari penyanyi yang ada sekarang di mana suara semua hampir sama je.

Persembahan dia memang lincah, bergerak sana sini bukan macam penyanyi sekarang duk nyanyi kaku dan keras statik je kat pentas.

Idea persembahan silih bertukar dan macam-macam gaya dibuatnya.


Signature mahal tuh...


Respek la Sudirman. Sebab tu dulu dari budak kecik sampai orang tua semua suka tengok dan terhibur dengan persembahan Sudirman. Itu lah baru di panggil PENGHIBUR...!.

Masa dia berlakon cerita KAMI pun, best sangat. Sedih, suka semua digambarkan pada wajah dia. Masa ni suka tengok potongan rambut dia dan senyum dia dengan bibir yang ada tahi lalat tu. Sweet jer...!.




Ok la aku berhenti dulu sebab rasa sebak pulak bila ingat balik moment ni semua bersama orang-orang tersayang.

Alfatihah untuk arwah Mak, arwah Bak dan arwah Sudirman. Semuga roh kalian berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...!!!


Menyanyi, berlakon, melukis semua bole. Sudirman memang berdarah seni...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai