/**/
Subscribe Twitter

Kebakaran Di Kilang Taman Universiti


Tebalnya asap...


Waktu keluar lunch semalam ternampak asap hitam berkepul dari area deretan kilang-kilang di kawasan taman perumahan aku.

Dengan kepohnya aku dan geng bas sekolah siap singgah dulu kat situ sebelum pergi memenuhkan perut.




Pada mulanya aku ingat kilang air batu yang terbakar. Rupanya kilang sebelahnya. Kilang komponen komputer kot kalau tak silap aku.

Kalau kilang air batu apa susah kan? Terus lah simbah je dengan air batu tu tak payah panggil bomba. Wakakaka...




Masa tu dah ramai pak kepoh dari kilang berdekatan datang menjenguk jugak. Siap naik basikal lagi semata-mata nak tengok lebih dekat.

kenderaan lain jangan citer la dah beratur dah nak mengepoh jugak. Huhuhu...

Geng-geng ajak pergi dekat lagi. Aku cakap tak nak la. Bahaya la korang. Nanti meletup ke apa ke sapa yang susah?

Tapi macam biasa la geng-geng aku yang lain semua memang degil nak tengok jugak. Aku layan kan ja la kan at least dapat snap gambar.




Masa tu bomba dah datang dan kelam kelibut buat apa yang patut. Orang keliling dah ramai berhimpun. Last sekali bomba dan polis tak bagi kitaorang dan semua kereta lalu depan kilang tu sebab keselamatan.

Nak tak nak lalu sebelah je la. Tu pun dah rasa bangga sebab dapat tengok kebakaran dari dekat.




Masa makan tu heboh kat meja makan sana sini orang cerita tentang kebakaran tu. Kepochi sangat kan? Huhuhu...

Setel makan nak balik ofis tengok asap hitam makin tebal. Maksudnya tak setel lagi la kan? Hmmm...

Padahal masa tu hujan turun rintik-rintik tapi tetap tak nak hilang jugak.




Malam pulak aku dan famili keluar la pergi pesta konvo untuk bershopping. Lalu depan kilang tu lagi. Masih berasap lagi.

Aku cerita la dengan anak-anak yang kilang tu terbakar sejak tengahari. Bomba dekat sangat dengan tempat tu malah masa lalu tu ada 3 biji kereta bomba datang menolong. Tak kan tak setel lagi?




Anak-anak bagitau la mesti ada peralatan yang diaorang kena jaga tak boleh kena air dan sebagainya.

Biasa la mak-mak ni kan mesti nak menang je. So aku jawab la. Apa susah jirus je la dengan air bomba tu kan senang terus padam api tu.

Barang yang rosak tu nasib la, tu kan risiko pada pengilang tu. Beli ja la yang baru. Claim la dari insuran. Pentingkan keselamatan pekerja dan orang keliling.

Anak-anak jawab, mana boleh macam tu ibu. Mesti ada benda yang diaorang kena selamatkan tu. Kami bertiga ni ambil subjek bomba untuk kokurikulum sekolah so kitaorang tau la sebab dah di ajar dan di bagitau kenapa tak bole jirus terus.




Gitew...jawapan mantap anak-anak. Bagus, tak sia-sia hantar sekolah sebab semua ilmu melekat di dada. Ok bagi respek sikit. Ibu belanja korang lebih sikit shopping nanti !.

Ok la ni ja nak celoteh untuk kejadian semalam. Kalau rajin, nak pergi jenguk hari ni nak tengok apa jadi dengan kilang komponen tu. Kepochi sangat ni. Uwaaa....!


Nak makan ke nak main api ek?



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak