Hai korang, hari ni last lepak kat Sarawak. So harus lah kita bershoping sakan betol tak?
Flight jam 9.15 malam so ada la masa nak merayap ke beberapa tempat lagi dan beli souvenir atau sebagainya.
Barang-barang tumpang letak kat lobby hotel masa check out. Staff tu ok ja.
Sebelum tu aktiviti berposing sekitar hotel adalah wajib ya. Heee...
Tempat pertama yang aku jejak hari ni adalah merentas beberapa kedai kek lapis popular di seberang sungai. Nama kampung tu adalah Kampung Boyan. Waa...macam famous dan pernah dengar je perkataan BOYAN tu. Rahsia la kan, huhuhu....!
Naik bot ke seberang ambil masa dalam 15 minit je dan tambang adalah RM1 sehala.
Eh korang, kesian kan tengok pakcik yang dah berumur ni kena bawak kitaorang ke seberang sungai tu.
Macam tak berdaya sangat dah aku tengok. Sayu je. Nak je rasa aku tolong kayuh kan tapi cuaca amat panas so aku surrender la.
Dah la tak pakai jaket keselamatan, kalau la terbalik dalam tu sapa la yang nak tolongkan? Uwaa....
Sampai je kat Kampung Boyan tu aku cari makan dulu la tak nak perut buat hal. Tapi tak da plak kedai yang buka. Sedih....
Ada buka pun tengok lauk macam nak tak nak jer. Tapi nak buat macam mana kan? Kena hadap jugak la.
Kat Sarawak ni kedai kek lapis yang selalu disebut adalah Kek Lapis Zaharah, Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Dayang Salhah.
Mula2 aku nak ke kedai kek lapis zaharah sebab diaorang kata kek dia paling sedap.
Tapi bila nak meredah masuk ke kedai tu rasa kemalasan melanda sebab kena lalu lorong yang panas dan tercari-cari kedai tu.
Sudahnya aku bergambar kenangan je la kat signboard tu. Jadi la kan. Hahaha...
Lepas tu jengah pulak ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Waaa...kat sini aneka kek ada. Tak tau mana satu nak beli.
Ada contoh kek yang dipotong kecik-kecik untuk dirasa sebelum beli. Kalau sedap boleh la beli, kalau tak, lupakan ja la ya. Heee....
Aku sendiri pun rasa semua kek sampai nak muntah. Sudahnya beli yang aku rasa nak beli je. Hahaha...
Tapi ikan terubuk masin kat situ memang terbaik la. Kat tepi jalan luar tu pun aku rasa harga lebih kurang je tapi aku pilih beli kat sini sebab nampak lebih fresh dan bersih sket tempatnya. Tak terdedah dengan habuk jalan dan asap kenderaan.
Harga ikan terubok masin tu aku rasa sepadan jugak la dengan size ikan-ikan tu. Suka tengok cara diaorang ikat ikan dan letak dalam kotak yang diaorang buat sendiri dari kotak biasa.
Sambil tu dia pesan kalau nak makan nanti, dia suruh rendam dulu ikan tu dan tos kering baru goreng. Nanti rangup katanya dan tak terlalu masin. Tak sabar nak rasa ikan terubuk masin Sarawak ni huhu..
Lepas tu singgah pulak kedai Kek Lapis Mira Cake House. Waa kat sini lagi murah harganya. Memang aku beli banyak kek la kat sini.
Tapi bila dah siap bungkus tu aku terdengar grup sebelah cakap kek Mira lagi murah sebab kek dia tak tahan lama. Kek Mira jenis kek lapis basah.
Patut la masa kat kedai Dayang Salhah tadi aku tengok lebih mahal sikit harga dia, rupanya sebab kek tu tahan lebih lama (jenis kering). Ala, dah beli nak buat macam mana kan?. Redha ja la. Kui-kui...
Aku tak ingat mana satu betol yang aku dengar Dayang Salhah dengan Mira adalah sepupu atau Zaharah dengan Mira adalah sepupu, macam tu la. Nanti korang pergi sana tanya la semula ya. Hehehe...
Setel kat situ aku pergi ke merayap dulu ke Muzium Tekstil, Muzium Seni dan Muzium Sarawak. Muzium Kucing tak sempat sebab plan nak naik cruise.
Sebelum bershoping kat Sarawak Waterfront aku singgah dulu isi perut kat starbuck dan pizza di Merdeka Mall. Boleh tahan rasa pizza tu. Tebal sangat dan mengenyangkan. Blurp...sendawa sudaaa....
Ok next entry aku sambung bab shoping dan river cruise eh. Chow dulu...