Tengah syok menulis pengalaman bercuti tetiba sorang geng ni bertanya. Kak Meed dah tengok ke video kontroversi tudung FAREEDA tu?
Eh belum la. Napa ya? Maklum aku tak kepoci macam korang. Wakaka...
Maka geng aku tunjuk la. Aku bagitau la tu kan pandangan biasa macam yang kita jumpa selalu kalau diaorang buat sale?
Tapi rata-rata geng-geng aku ni semua mengutuk la cara diaorang ni. Geng kata ko tak nak tulis kat blog ke Kak Meed bagi apa pandangan ko plak?
Hmm...actually aku ni malas nak tulis masuk campur bab-bab panas macam ni. Takut digelar macam-macam pulak. Tapi bila pikir balik, apa la salahnya kan nak berkongsi apa yang di rasa dan difikir.
Sekali-kala kita kupas isu semasa ok jugak kan?.
Harap korang yang baca tak kecam aku ya. Just pendapat sahaja ni.
Aku sebenarnya bukan lah peminat tudung Fareeda. Salah satu sebab adalah harga tak setanding rupa dan gaya. Orang kata alah membeli menang memakai. Eh betol ke slogan tu? Belasah ja la labu...
Biar lah ada yang kata kain bagus la, sejuk dan boleh pulang balik kalau ada problem atau sewaktu dengannya. Pernah sekali la, masa aku ke Bangi, aku singgah jugak ke kedai kecik dia tu semata-mata nak masuk dalam tengok apa yang bagus sangat tu.
Macam biasa la sistem bernombor. Awal fikiran aku terasa macam, eh apa ke hal la nak bernombor-nombor bagai ni? Bukannya ramai orang pun.
Bila masuk ke dalam kedai ja, terus aku rasa, eh ni aja ka tudung nya? Cam takda yang menarik pun. Lepas tu tak dibenarkan ambil gambar dalam kedai. Ello bukannya aku nak tiru korang punya stail la. Ceh...
Lagi pun biar lah bersopan sikit bila tak bagi ambil gambar tu. Ni berlagak wei. Bukan aku ja kena. Ada jugak beberapa orang yang lain pun kena jugak macam tu . Diaorang lagi la kena sound macam-macam.
Aku tak ambil masa yang lama kat situ sebab takda yang menarik perhatian di tambah pulak sikap pekerja macam tu. Memang tak la aku nak singgah lagi. Kim salam ja la ya.
Selain singkat dan kain macam biasa je, harga memang la tersangat mahal. Tak berbaloi langsung dengan mutu. Awning plak terlampau tajam. Eh, apa kah yang best sangat tudung ni sampai orang nak berasak-asak membeli?.
Adakah sebab korang rasa korang boleh rasa bangga bila gunakan tudung Fareeda ni? Korang rasa berbaloi ke nak buat macam tu? Ada ke dengan semua orang korang akan cakap, eh aku pakai tudung Fareeda tau. Dan adakah kau pasti yang orang akan puji ko sebab pakai tudung Fareeda tu?
Come on la, buka mata la sekarang. Tak semestinya kalau korang pakai tudung atau apa sekali pun jenama yang mahal tapi tak bersesuaian dengan muka korang, makanya tak nampak cantik la bila korang gunakan.
Kalau tudung tu dari jenama murah tapi jika kena dan terletak ja pada muka, makanya akan manis la nampak muka korang tu. See...? kalau tak caya korang ikut la apa yang aku cakap ni. Silap-silap diaorang akan cakap muka korang comel nanti. Phewitt...
Apa susah sangat sekarang ni, nak tiru stail Fareeda ada letak brooch bagai, korang buat la sendiri. Sekarang ni banyak ja tutorial tudung yang ala-ala Fareeda tu. Silap gaya korang punya stail tu nanti orang lain plak ikut. Kan bagus tu.
Ni aku nak share je pendapat dengan korang bukan komen tau bila dah tengok video tu.
Memang betol la apa yang aku baca komen dari Wardina dan beberapa ustaz lagi. So aku pun berpendapat sama seperti diaorang tu.
Video tu memang aku rasa amat melampau. Ni ke yang di kata budaya melayu? Berasak-asak tak kena tempat. Staf bukan beragama islam kat ofis aku pun siap mengata. Malu la rasa.
Tapi aku rasa la orang-orang yang masuk dalam video tu mesti suka sebab muka diaorang dah terpampang secara tak langsung mengalahkan artis. Wakakaka...
Ada yang sanggup tidur kat tepi kedai tu semata-mata nak beli tudung ni. Apakah yang terjadi pada korang ek? Cer habaq sini kita share story. Hehehe...
Dalam zaman gawat ni tak payah la nak membazir sangat. Agak-agak la nak berbelanja tu. Tak payah lah nak berlagak tunjuk eh aku pakai tudung Fareeda, mahal tau. Hahaha...
Macam yang aku cakap tadi kalau tak kena dengan muka tak payah la beli. Rugi je wei nanti korang sendiri yang menyesal.
Ada juga geng-geng aku yang pernah beli tudung Fareeda ni. Last sekali tudung ke mana apa ke mana. Almari yang pakai. Ko bayangkan awal beli heboh satu ofis kata eh aku beli tudung Fareeda la. Tapi kesian kitaorang ni tak berapa nak tertarik la. Maaf la ya..
Lepas tu nampak dia pakai dalam dua kali je lebih kurang. Bila tanya eh mana tudung Fareeda ko tu ek? Dia kata dah ada dalam almari daa...
Nak tau pasal apa?
1) Tak kan asyik nak pakai tudung yang sama ja kan?
2) Awning nya tak berapa kena la dengan muka aku katanya.
3) Leceh nak kena pakai alas dalam sebab kalau tak pakai nanti bila menunduk tudung akan melurut ke bawah. Takkan asyik nak tarik-tarik je kan?
4) Singkat la plak, segan rasa nak pakai. Eh masa ko beli tu ko tak perasan ke? Huhu tu lah kalau dah ghairah berebut sangat.
5) Susah nak jaga dan gosok. Malas nya nak pusing sana pusing sini. Lain la kalau ada bibik kan?
Haaa...see...tu la antara komen geng aku. So kekawan sekalian biar beli sesuatu tu berbaloi. Korang fikir la, harga beratus-ratus dapat sehelai tapi tak cantik di pakai. kalau beli yang murah tapi nampak cantik boleh dapat berhelai-helai. So pilihan di tangan korang ya.
Tak habis tu, baru tadi tengok Fareeda buat pertandingan video tergempar plak dah berkenaan isu panas ni. Hmmm...tak tau dah nak kata apa. Tak ambil pusing betol diarong ni malah tambahkan panas keadaan lagi adalah.
Dah tu tak semena-mena plak ada citer pasal tudung Fareeda adalah tudung kitar semula. Haish...
Tapi mari lah kita berprasangka baik yang diaorang tu tak perasan dan bukan sengaja nak kitar semula. Maklum kain berlambak mana la nak ingat mana satu.
Sebab tu juga la kekadang tu ada pakaian dan langsir dari jenis kain dan corak yang sama. Tak boleh nak kata apa dah. Jadi tak perlu lah nak salah menyalahkan. Eh banyak plak aku bebel. Hahahaha....
Aku ni peminat Fizo dari sebelum dia kawin lagi. Tu pun lepas tengok drama dia berjudul Julia kot. Masa tu bergandingan dengan Nabila Huda.
Jadi sebagai peminat aku harap Fizo dapat lah nasihatkan isteri dan buat lah strategi baru dalam perniagaan.
Jika boleh (aku rasa memang dah mampu sangat la), bina lah bangunan macam JAKEL tu dan buka di setiap negeri supaya orang ramai yang berminat untuk membeli tudung ni akan lebih rasa selesa dari apa yang terjadi sekarang ni.
Jangan rasa bangga dengan keadaan sekarang sebab bila ramai orang yang mendoakan keruntuhan Fareeda jangan terperanjat la jika satu hari nanti apa yang di doakan itu akan termakbul.
Sebelum itu terjadi harap sangat FAREEDA boleh mengubah strategi bisnes dan ambil cadangan aku tadi. Cewah macam la geng sangat kan dengan diaorang ni yang senang-senang nak bagi idea. Muah sket la...
Apa pun sebagai makhluk kita saling nasihat menasihati bukan menghentam ya. Semuga ukhwah antara umat ni akan berpanjangan.
Ok ni ja la pendapat aku kali pertama dalam blog untuk citer yang hangat di pasaran sekarang.. Di akhiri dengan ucapan, jangan kecam saya ya. Heee....!.