Jumpa lagi kat entry melancong di Sarawak. Bila perut dah kenyang makanya mula lah tenaga tu datang berganda-ganda. Apa lagi aktiviti yang patut dibuat masa ni adalah bershopping. Enjoy....
Banyak sangat susunan kedai jual cenderamata. Tak tau mana nak masuk. Tapi korang kena pilih kedai yang betol-betol la kan sebab diaorang ni kalau dengan pelancong memang tak kan bagi can terus di pau nya kaw-kaw.
Eh faham ke tidak bahasa bersepah ni. Pau la, Kaw la, macam-macam la. Tak guna bahasa buku. Huhuhu..
Aku pilih kedai Kelvin ni sebab kedai dia barang cantik-cantik dan bole tawar menawar. kedai lain teramat la eksyennya. Jadi aku berhabis kat sini je la ya.
Siap beli gambir Sarawak konon untuk sakit gigi tapi sampai sudah tak pakai. Mana aku letak pun dah tak tahu. Itu lah aku....ahahhaa...
Sebelum beli tiket untuk naik cruise, aku singgah jap kat waterfront shopping bazaar tu. Waaaa, lagi murah la harga kat situ. Apa lagi rembat la beg, fridge magnet dan key chain.
Sampai kat kaunter tiket aku tengok ramai dah masuk ke cruise. Alamak mesti dah tak da tempat duduk kosong ni. Tu la gasak bershoping sangat jawab la sekarang.
Harga adalah RM60 tapi aku dapat 10% diskaun sebab stay kat hotel tu. Perjalanan ambil masa 1 jam 30 minit.
Atas cruise korang akan dihidangkan dengan fresh oren dan kek lapis sarawak.
Kalau dah habis korang bole tambah sendiri ya kat kaunter tu.
Korang akan dihiburkan juga dengan persembahan tarian kat atas cruise tu. Hebat kan?
Sepanjang perjalanan kiri kanan bole la tengok rumah orang kaya Sarawak ntah apa nama aku lupa.
Suasana siang dan matahari hampir tenggelam pemandangan di kampung Boyan.
Tapi yang paling best sekali adalah masa matahari terbenam. Tak sempat nak ambil gambar banyak sebab hp tengah cas masa tu. Adoyai...
Sempat skodeng kapten cruise dan bahagian bawah cruise @ sapa nak feeling romantika d amor makan kat situ.
Turun ja dari cruise tu bergegas ke hotel untuk ambil barang-barang yang ditinggalkan kat lobby tadi.
Ambil teksi ke airport dan keadaan jalan tak sesak so cepat lah aku sampai ke destinasi.
Haa...satu peristiwa yang kelakar aku rasa telah berlaku. Plan memang tak nak bershopping tapi bila dah nampak murah-murah haruslah beli kan? Dah la tak bawak beg besar. Makanya beli la beg guni.
Nampak tak betapa gigihnya aku mengikat beg tu biar tak terbarai barang kalau di hempas dipulas beg tu kat bahagian bagasi nanti. Harap-harap la tak rosak atau terbuka atau apa pun. Pasrah ja la dik non.
Nak menyedapkan hati makan dulu kat airport tu sebab perut dah start kecut nak terbang semula. Macam mana la orang yang selalu turun naik kapalterbang ni ek? Korang tak takut ke? Uwaa....
Dalam filght macam biasa aku akan jadi orang yang alim sealim-alimnya. Mulut tak berhenti membaca doa dan ayat yang patut. Bila jejak ja ke bumi Johor apa lagi muka sudah boleh senyum.
Dan yang bestnya beg yang aku sangka tak kuat tu ada dalam keadaan baik je. Tak koyak sikit pun. Waa hebatnya beg guni ni. Amacam, bole jual tak agak2nya? Kah-kah...
Ok la ni ja la coretan aku melancong ke Sarawak sebagai pembuka percutian tahun 2016. Inshaallah ada rezki lebih, rancangan seterusnya akan dipenuhi. Inshaallah...!