/**/

Pages

Subscribe Twitter

Meredah Lautan Bercuti Ke BATAM


Batam...aku datang...hehe!

Jumpa lagi kekawan...!

Selalunya bercuti menaiki kapal terbang. Tapi kali ni nak cuba pulak naik kenderaan lain.

Perjalanan kali ni menaiki feri ke Pulau Batam melalui terminal feri di Kompleks Zon Bebas Cukai Stulang Laut, Johor Bahru. Walau pun sebelum ni aku selalu ke kompleks zon ni tapi tak pernah terdetik nak pergi ke Batam.

Ya la...fikir2 nak buat apa kan ke sana...biasa dengar orang lelaki je suka ke sana. Fuuh..

Ok la aku akan ceritakan pengalaman aku kali ni untuk jalan-jalan percutian ke Batam ya. Dah lama tu tapi tetap segar dalam ingatan. Gitew...!.




Nak ke Batam ni tak payah join apa-apa pakej pelancongan pun, sendiri-sendiri je. Aku menaiki feri ke Batam jam 1.40 ptg. Perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit tapi aku rasa macam lambat je feri ni bergerak...hehe...

Tambang feri adalah RM125 seorang. Tunjuk passport lepas tu diminta duduk sampai nama di panggil. Fuyo..itu macam ka?.

Semua orang boleh dengar dan tau nama setiap individu...siapa yang nak berkenalan bole la ya..cewah.




Selepas passport dicop tiba masa untuk ke pemeriksaan kastam, lebih kurang sama la cara menaiki kapal terbang cuma tak perlu berjalan jauh untuk ke pelabuhan.




Sampai je di jeti dah ada feri dari syarikat Citra Mas menunggu. Hmmm...kecil je ferinya...bole sampai ke ni? Dalam hati berkata tapi tak terucap di mulut. Nak tak nak naik ja la kan.

Selalu aku naik feri besar atau kapal besar kalau nak ke pulau-pulau ni. Tapi tak pa la pasrah ja la ya...mudah-mudahan selamat sampai.

Jangan la jadi macam nak ke Tioman, feri kehabisan minyak di tengah-tengah laut. Adoyai tuhan je tau semua perasaan penumpang masa tu. Gamat sekejap....







Feri bergerak perlahan....aku seperti biasa kalau ada rasa cuak dalam hati mesti aku akan berdiam diri tak bole berkata apa2. Borak jauh sekali. Dah sampai nanti baru bole ketawa dan sewaktu dengannya.

Dalam perjalanan tak berhenti berzikir...gitew....!. Aku rasa seronok naik feri ni mungkin pemandu nya bagus. Tak terasa pun terlambung2 dan sebagainya. Best sangat.

Cumanya aku tak keluar tengok ke arah laut sebab malas nak berjalan dan merayap, lagi pun tengah hujan. Takut jugak tu sebab feri kecil jer.

Sempat la habis tengok movie yang ditayangkan. Berbaloi la.











MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !!



Aku tiba di Jeti Batam jam 3.40 ptg. Sepatutnya 1 jam perjalanan tapi lewat sedikit dari jangkaan. Tak apa yang penting dah selamat sampai.

Check in seperti biasa. Kat sini tak dibenarkan ambil gambar ya kawan-kawan. Pihak imigresen marah silap-silap diambilnya kamera korang. So tak yah la sibuk-sibuk nak bergambar bagai. Ngeh2...







Dah setel semua aku tak terus ke hotel tapi berjalan ke shopping kompleks yang berdekatan. Hypermarket Matahari atau Batam Center namanya.

Perut dah lapar, apa lagi santap dulu la ya. Aku makan KFC je walau tau sosnya mesti tak sedap. Harga RP39,000 jer.







Lepas makan, round sekejap sekitar kompleks. Ala-ala Plaza Angsana ja gamaknya, nothing special.

Dah bosan round, aku plan nak check in hotel terus. Tambang teksi dari kompleks tu ke hotel Swiss Inn adalah RP70,000. Malas nak nego-nego dengan pemandu.

Tau harga tambang, naik, jalan, tak sabar nak melandingkan badan. Huhuhu...




Sampai di hotel, lepak sekejap dalam setengah jam lepas tu aku decide nak ronda kompleks sekitar hotel jer.

Aku berjalan kaki ke Plaza Top 100. Dalam blog semua kata bagus Plaza ni tapi bagi aku, sama jer dengan shopping kompleks yang lain, nothing special jugak.




Dalam setengah jam dah bosan kat situ aku plan ke Nagoya Hill Plaza yang orang kata patut pergi. Masa tu dah pukul 7 mlm lebih kurang.

Lupa nak bagitau waktu Batam lewat sejam dari waktu Malaysia yer.







Tambang teksi dari Plaza Top 100 ke Plaza Nagoya tu RP40,000.

Pusing-pusing sekitar, pun aku rasa nothing special, tapi sempat la rembat 2 balangkon (songkok jawa) yang pengantin lelaki jawa pakai, hadiah untuk pakcik ku dan shawl sehelai.







Aku beli juga bantal donut yang selalu aku berangankan yang beharga RP60,000. Dan souvenir sikit iaitu key chain Batam. Fridge magnet memang tak da ya...sungguh kasihan.
















Lepas tu aku gerak ke kompleks satu lagi yang menurut pemandu teksi disana murah sedikit berbanding yang lain. Namanya Kompleks Ramayana. Tambang ke sana RP50,000 dari kompleks Nagoya tadi.




Sampai je kat kompleks tu, adoi lagi la malang, ntah apa-apa aku rasakan kompleks ni. Hidup segan mati tak mau gamaknya.

Tapi ada juga pakaian macam baju kot lelaki yang memang murah la. Baju batik pun murah. Tapi aku mcm tak tertarik pun nak membeli.




Pusing sekitar situ dan di sebelah Plaza Avava plak. Sebelah lagi Plaza Robinson. Berapa banyak plaza daaa....

Semua plaza jual barang yang sama jer. Bosan dong.




Berdekatan plaza tu ada pasar malam (pasar jodoh namanya) tak tau la kenapa nama tu di pilih. Agaknya jalan-jalan, gesel-gesel, banyak dapat jodoh kat situ. Huhuhu...

Aku malas nak pergi sebab dah letih berjalan so decide nak balik hotel. Perut pun dah nyanyi lagu keroncong.

Tambang dari Plaza Ramayana ke hotel aku adalah RP40,000. Sampai je kat hotel, apa lagi oder la makan kat coffee house hotel sebelum naik bilik.

Ada offer bulan ni iaitu nasi goring kunyit dan sate sotong atau sate ayam dan free ice lemon tea harga RP65,000 je. Aku tambah fries so malam tu harga makanan aku adalah RP135,000.




Dah kenyang je apa lagi naik bilik, mandi, tengok cerekarama, tido la...zzzzz.

Citer hari pertama ni tak menarik so sambung esok pulak ya. Daaa....!



Lagi cerita jalan-jalan di Batam :

Bertolak, Batam Center, Plaza Top 100, Plaza Nagoya, Kompleks Ramayana
DC Mall, Pusing-pusing Ronda Batam
Review Swiss Inn Hotel, Batam




Dah lapo..bantal pun nak makan..huhu...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai