/**/

Pages

Subscribe Twitter

Meronda DC Mall Dan Sekitar Batam


Bye bye Batam...


Lepas sarapan pagi aku plan nak ke shopping kompleks yang terkenal kononnya la.

Tahu pun dari blog-blog semua iaitu DC Mall. Berapa banyak Mall daaa. Ramai sangat ke rakyat nya dan kaya ke nak berbelanja di mall jer. Huhuhu...

Aku check out hotel dan naik teksi ke DC Mall tambangnya RP40,000. Sampai je depan Mall sekali lagi rasa hampagas (hampa la...). Yuhuu...







Semua sama jer cumanya kat sini ada la sikit nampak jual telekung, tudung dan sebagainya. Tapi harga tak la murah macam sepatutnya.

Dalam pada mahal tu sempat jugak merembat beberapa helai pakaian dan perhiasan. Walla...










Sebelum ronda lagi aku decide nak makan so oder la nasi goreng kunyit lagi. Tak berani nak oder sup soto bagai, nanti tak bole telan macam masa bercuti kat Medan, Indonesia hari tu. Hehehe...

Makan kat situ RP30,000 dan ayam KFC RP26,000. Offer katanya. Bantai ja la labu, kui2...







Kat sini pun tak belanja apa sebab malas nak pusing-pusing dan tak da yang menarik. Decide nak balik ke Jeti terus balik ke Johor.

Masa tu jam 2 ptg. So naik teksi RP70,000. Sebelum sampai sempat la pemandu teksi tu ajak round dan bergambar sekitar bandar Batam.

Aku up sikit bayaran dalam RP75,000 jer dan sampai la ke terminal feri untuk balik ke Malaysia (cewah macam la jauh sangat kan padahal Johor je). Hahaha...










Dalam terminal tu aku dilarang ambil gambar dan ditegur oleh pihak kastam. Nasib baik kamera tak kena rampas (masa ni masih pakai kamera tak pakai handphone untuk ambil gambar. Kamera canggih present dari orang tersayang katanya).




Maklum kali pertama sampai jadi tercengang2 la bila kena tegur macam tu. Lagi la tengok orang ramai beratur panjang, apa kejadah ni?.

Pergi ke kaunter tiket untuk confirm pukul berapa bertolak. Aku dikehendaki beratur panjang untuk ke kaunter pemeriksaan kastam. Feri aku jam 4.45 ptg.

Bila hampir sampai ke pintu imigresen, tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut apabila barisan beratur jadi hiruk pikuk. Orang ramai bertempiaran ke depan, adoyai tak da sivik langsung, dasar negara mundur. Huhuhu...




Tepat jam 4.45 aku menaiki feri. Tapi tunggu punya tunggu penumpang semua naik sampai la jam 6.30 ptg baru feri bergerak.




Selang setengah jam feri bergerak tiba-tiba aku rasa melambung-lambung. Adoyai dah macam rasa nak muntah pun ada. Terus tutup mata. Agaknya ni la namanya mabuk laut. Ngeh-ngeh...

Apa punya teruk la naik feri nih. Besar dan lawa jer tapi hampeh. Agaknya laju sangat kot?.

Melambung-lambung satu hal, ke kiri ke kanan plak tu, adey...teruk sangat pengalaman ni.

Naik feri kecik hari tu lagi best. Steady ja feri bergerak. Ni nak salahkan air laut ke atau pemandu feri ni? Haish...







Yang best plak selama aku ke indon tak pernah ada hati nak rasa maggi cup yang diaorang makan.

Tapi masa tu tetiba jer terbau ala-ala chikadees yang kita makan waktu zaman kecik-kecik dulu. Apa lagi nak cuba la sebab macam sedap jer. Hehehe....




Aku beli la maggi cup perisa kari ayam RP10,000 dan kacang goring RP5,000. Bole la dimakan. Sodap yooo....nyum...nyum...

Next time aku nak makan lagi tak payah sibuk-sibuk beratkan beg nak bawak maggi bagai dari Malaysia ni. Kui-kui...










Kacang pun sedap. Tapi bila dah last-last nak habis makan tu, aku nampak ada ulat goring dalam tu. Uuwek, rasa nak termuntah kan balik kacang tu semua. Tobat...ya ampun pak, tak kan ku beli lagi kacang kamu itu...

Bila dah kenyang nak la pulak tengok suasana laut di waktu malam.

Apa lagi aku pun ke belakang dan tingkat atas feri dan wow bestnya, laju, melambung-lambung dan cantik pemandangan malam sebab berbagai api nampak di atas kapal besar yang duk di perairan laut.




Siap mengendap sampai ke bawah enjin tu. Nampak air dah masuk dalam feri. Huh takutnya...




Dalam setengah jam jgak la aku berkampung kat luar tuh. Dah bosan aku masuk semula ke feri.




Dalam 830 malam feri pun tiba ke pelabuhan. Hmm...sampai lebih awal dari waktu pergi hari tu (2 jam perjalanan je lebih kurang).




Sampai di jeti aku terus naik dan ambil kesempatan untuk bergambar dalam suasana malam pulak.

Lepas tu aku meronda dalam kompleks zon bebas tu tapi dah tak best dan tak meriah kompleks tu sebab pusat beli belah parkson grand kalau tak silap aku dah tutup.




Percutian kali ni memang beri pengalaman baru sebab aku menaiki feri. Tapi suasana di Pulau Batam tu buatkan aku rasa aku tak akan pergi lagi kot sebab nothing special bak kata orang putih. Gitew...

Bandar dan shopping kompleks nya sama je dengan Johor atau di mana-mana tempat so tak berbaloi nak pergi selalu. Tempat bersejarah pun kurang.

Tak faham kenapa orang lelaki suka pergi Batam atas alasan nak mengurat awek. Aku rasa cantik lagi orang Malaysia ni. Hehehe....

Ok lepas ni aku rasa aku akan naik flight pulak untuk percutian seterusnya. Adakah Bali, Lombok, (Indon lagi, huhu) atau pun ke negara Cina.

Tuuunggguuuu.....kisah seterusnya....daaaaa..!!!



Lagi cerita jalan-jalan di Batam :

Bertolak, Batam Center, Plaza Top 100, Plaza Nagoya, Kompleks Ramayana
DC Mall, Pusing-pusing Ronda Batam
Review Swiss Inn Hotel, Batam




Seb baik tak jumpa makhluk ni kat laut hari tu...huhuhu...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai