/**/

Pages

Subscribe Twitter

Percutian ke Bangkok, Thailand

Tiger dance vs cakar harimau...ngeh2...!


Tengah kemaruk citer pasal holiday. Kali ni aku nak bawak korang melancong bersama ke Bangkok, Thailand.

Macam-macam hal jadi masa nak ke Bangkok ni. Hampir-hampir tak jadi dibuatnya nak terbang bercuti ke Bangkok. Sabar ja lah.





Kiranya pembuka percutian tahun lepas la. Adoyai bila ingat semula, semua rancangan holiday tahun lepas banyak dibekukan gara-gara takut naik flight.

Masa tu kan sibuk kapalterbang terhempas la, kena rampas la, macam-macam lagi la. Akhirnya terbantut semua holiday yang telah dirancang tahun lepas.





MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !!



Masa tu naik kat LCCT. Mula ingat dah awal la sampai sana tapi rupanya hampeh sebab tempat baru so terkial-kial cari. Sudahnya aku tak dibenarkan masuk walaupun baru 10 minit terlambat.

Dari nak jimat, dah kena bayar tambang berganda dek kena tempah tiket yang baru. Elok pilih waktu terbang jam 4 ptg kena tukar jam 5.20 ptg.

Macam tak sedap hati je nak teruskan cuti tu tapi beranikan diri nak pergi jugak sebab dah penat ke LCCT dan banyak buang masa.




Perjalanan ambil masa 2 jam. Macam biasa muka adalah ketat, dup dap dup dap, tapi gigih jugak nak berposing. Uwaaa...




Sampai Airport Don Mueng dah 6.20 malam (Malaysia 7.20 mlm). Bangkok lewat 1 jam je dari waktu Malaysia. Masa tu muka dah boleh senyum. Saja ja tepek gambar airport banyak-banyak. Nanti korang dah sampai mesti korang akan cakap haaa ni macam gambar dalam blog tu la. Muahahahaa....

Ops lupa bagitau aku tukar duit RM1500 dapat 13000 baht.













Mulanya nak naik teksi atau van yang disediakan tapi geng-geng semua nak jadi backpacker kononnnya. Cuba la naik bas. Waa...best plak rasa naik bas yang sama ja macam bas kat Malaysia ni. Tak da beza langsung. Aku naik bas dari Airport ke Mochit harga 42 baht. Dalam setengah jam perjalanan sampai la ke Mochit.











Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok :

Bertolak ke Bangkok
Menginap di Narai Hotel
Floating Market dan Angkor Watt
Grand Palace dan Chatuchak Market
Siam Ocean World dan Madame Tussauds




Nak buat benda yang sama macam holiday ke Europe. Owh miss PARIS...eh tetiba plak. Ok tu next entry la ya.

Turun dari Mochit aku perlu naik MRT atau (Sky train atau BTS la kalau orang sana panggil...) untuk ke Siam Center. Nasib baik naik MRT kalau LRT aduhai aku pitam...takut la...haha.

Dari Siam Center (tempat pertukaran MRT) pulak aku kena pilih MRT ke Bangwa sebab aku perlu turun di Sala Daeng.










Adoyai dah la mengheret beg bagai lepas tu masing-masing macam tau ja kononnya selok belok jalan kat sana. Ceh..cakap cantik tapi habuk pun tarak. Dalam penat berjalan tu bole plak masing-masing ketawa terbahak-bahak.

Dari MRT Sala Daeng tu aku menapak untuk ke Narai hotel yang aku sangka dekat tapi rupanya masaallah jauh gilos bila dpt info dari sorang ladies yang aku main tegur ja, nasib baik dia boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris. . Korang bole bayangkan tak betapa gigihnya kitaorang panjat tangga turun tangga dengan beg semua tu.

Tapi ni la pengalaman yang menyeronokkan untuk dikenang. Kalau semua dah ada disediakan tak rasa kemanisannya. Lain la kalau pergi dengan famili dan warga emas tu memang la perlukan agen yang sediakan segalanya. Setuju tak?










Dek kerana kepenatan kitaorang decide nak melepak kejap kat Siam shopping mall minum-minum sebelum fikir samada nak terus berjalan ke atau naik tuk-tuk.




Mula-mula tu malas la nak naik tuk-tuk ni takut kena tipu, baik naik teksi bermeter je kan. Tapi akhirnya kami tertewas jugak dengan kata-kata manis sorang mamat yang tak berapa nak ensem tu. Tapi serius wei korang bila dengar suara dan cara dia mesti korang akan tertipu la. So beware ya dengan lakonan hebat mereka tu.

Dalam pada tu masing-masing pun cuak jugak sebab semuanya wanita melayu terakhir. Kalau jual ni mau laku wanita-wanita melayu yang comel lote ni. Tapi main redah ja la kan. Tawakkal katanyer.

Dah la bila dia tekan pedal minyak tu terus ja laju tuk-tuk tu bergerak. Nak tercabut dibuatnya tudung masing-masing. Yang peliknya bukan takutkan keselamatan sebab tak da perlindungan langsung tuk-tuk tu tapi kitaorang dok gelak kuat sebab rasa badan terhuyung hayang ke kiri ke kanan.

Wei aku tulis ni terus teringat memori tu la korang. Rindunya dengan korang...!

Zup zap zup zap akhirnya sampai depan hotel. Eh kejapnya sampai belum panas tempat duduk lagi ni. Dekatnya?.




Akhirnya sampai jugak la kami ke Narai Hotel yang teletak di Silom. Dan yang paling memeranjatkan tempatnya memang la tersangat dekat kalau jalan kaki dalam 10 minit dah boleh sampai. Nak buat macam mana masing-masing dah lepak.

Dan lebih memeranjatkan lagi bila kami di beritahu oleh pihak hotel bahawa tambang tuk-tuk yang dikenakan pada kami tu tersangat la mahalnya. Dua kali ganda di tipunya kitaorang. Nak wat camna. Dari nak marah semua dok gelak sebab padan kan muka masing-masing. Bhahahhaa...

Tambang yang sepatutnya RM3 ja (60 baht) dia tekannya aku RM10 (100 baht) sorang untuk perjalanan tak sampai 10 minit kot.. Fuh...menggelegak rasa bila dengar staf hotel kata harga yang sepatutnya. Dah la rasa geram kena beli tiket baru kat KLIA2 ni lagi la...ahhh...tidak...tak pa...pengalaman katanyer.!.

Tu belum citer bab bilik lagi tu. Tunggu la nanti di keluaran review hotel ya. Sekarang masing-masing tengah decide nak plan untuk hari esok plak. Kitaorang ni memang selalu macam ni tak pernah sediakan itenary semua main belasah ja apa yang disediakan plan depan mata. Tapi selalunya menjadi la plan kitaorang tu. Tabik spring la untuk Meed & D Gang...!
















Ok jumpa di lain siaran. Tunggguuu...!



Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok :

Bertolak ke Bangkok
Menginap di Narai Hotel
Floating Market dan Angkor Watt
Grand Palace dan Chatuchak Market
Siam Ocean World dan Madame Tussauds



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai