/**/

Pages

Subscribe Twitter

Percutian ke Kuching, Sarawak - Topspot dan Warong Nusantara



Sarawak...aku datang...!


Kali ni nak story pasal melancong luar negara la. Dah beberapa negara jugak pergi tapi tak berkesempatan nak menulis dan watermark gambar.

Okay aku cuba la cari masa lapang sket untuk menulis pengalaman melancong ni ya.

Tulis yang latest dulu la baru yang lepas-lepas pulak sebab nak mengingat balik cerita pengalaman tu nanti. Are u ready? Jom baca...heee...




Dalam fobia naik kapal terbang bole plak aku terfikir nak pergi bercuti.

Kali ni destinasi impian adalah Sarawak. Tarikh percutian adalah dari 22 hingga 24 Januari 2016.

Yey, pembuka percutian 2016 katanyer.




Selain tambang agak murah pada tarikh yang aku pilih tu RM350 pergi dan balik, ianya adalah lebih dekat dan mudah sebab bertolak dari Senai Airport Johor saja.

Tak perlu la macam yang lepas-lepas bergegas ke LCCT sampai pernah tertinggal flight dan sebagainya.

Aku bertolak ke Senai lepas solat jumaat. Makan siap-siap dulu kat subway jaga perut biar jangan masuk angin, tak nak susahkan geng rombongan cik Kiah kekdahnya.




Flight jam 4.45 petang tapi dek kerana apa sebab ntah aku tengok flight delay 1 jam.

Makanya penerbangan dijangka pada jam 5.45 ptg. Adoyai lagi la bikin runsing ni nak terbang.




Kali ni aku pilih seat...tempah bahagian tengah tambah rm30, tak mau main naik je nanti kena belakang sekali belah ekor bila langgar awan goyang sana sini. Takuuutttt...




Tepat jam 5.45 ptg kami berangkat. Jangkaan perjalanan adalah 1 jam 45 minit.

Apa lagi bila dah kat atas tu mula la kerisauan tu muncul. Senyap la sekejap si mulut murai.





MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !!



Yang sedapnya tiba-tiba angin badan menyerang. Rasa tak sedap perut, tak selesa nafas, macam-macam la.

Geng-geng pun cepat suruh oder makan dan hadapkan nasi lemak kat depan aku.

Aku tak lapar wei cuma risau ja. Tapi dah di hadapkan belanja makan apa lagi harus la melantak kan. Huhu..




Dalam hati bila la nak sampai ni. Nak tido mata tak ngantuk. Jadi pasrah ja la ya. Nasib baik cuaca elok petang tu.

Flight mendarat jam 6.30 ptg maksudnya 1 jam ja pilot bawak. Mak ai...lajunya bro. Apa pun terbaik la sebab naik dan turun smooth je. Alhamdulilah.

Jejak je tanah apa lagi mak murai pun kecoh semula la. Haha kena gelak je dengan geng-geng.







Masa check in korang akan di beri kertas yang mana akan dipulangkan pada hari nak balik nanti. So kena jaga la elok-elok jangan bagi hilang ya.

Lagi satu jangan jakun tau sebab still dalam Malaysia jadi korang tak payah guna paspot hanya tunjuk kad pengenalan saja ya.













Teksi perlu ditempah di kaunter ya. Tambang ke hotel Harbour View adalah RM27. Murah la banding Skudai ke Senai jejak RM40.

Macam biasa review hotel akan diberi keluaran lain ya. Tunggu....!.




Dah relax sikit sebelum mandi masing-masing nak kuar cari makan.



Lagi cerita jalan-jalan di Kuching :

Menginap di Harbour View Hotel
Makan di Topspot dan Warong Nusantara
Sarawak Culture Village, Restoran Budaya
Bergambar di Replika Kucing
Borong Kek Lapis Sarawak
Naik Kapal River Cruise



Decide makan kat tempat popular katanyer iaitu TOPSPOT. Kata guard dekat je dengan hotel kitaorang. Jalan kaki dalam 15 minit ja.

TOP SPOT FOOD COURT (TAMAN KERETA FOOD COURT)

Jalan Padungan, Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching, Sarawak.
(Tingkat 6, atas bangunan UTC,)

GPS Coordinates: N1 33.367 E110 21.145





Kami pun decide la berjalan kaki je . Jimat sikit sambil tu bole buang kalori. Tak rasa takut sebab jalan beramai-ramai.

Dalam 20 minit jugak la menapak naik turun bukit bagai. Nasib baik angin sepoi-sepoi bahasa best la sikit. Senang nak jumpa sebab terletak kat tengah-tengah bandar Kuching.







Tanya punya tanya sampai la ke topspot. Terletak kat dalam bangunan UTC tingkat 6. Parking kereta semua disediakan.

Patutnya letak la signboard depan jalan senang orang cari kalau dah tau tempat yang harus dikunjung. Ni tak, signboard kecik terceruk plak tu. Hmmm...







Sampai-sampai je memang ramai la manusia. Kedai bercampur melayu dan cina. Eh halal ke ni? Cuma nampak 1 kedai ja yang ada tanda halal.

Masing-masing tengok sesama sendiri lepas tu sepakat tak jadi makan kat situ sebab was-was. Jangan la bila kita tengok ada je orang melayu bertudung terus kita kata tempat tu halal dan bole makan. Kalau ada rasa was-was baik jangan makan.

Ralat la jugak kan tapi bila berjalan ramai-ramai ni kena la ikut kata sepakat baru rasa enjoy bercuti.

Tapi hari terakhir cuti aku senyap-senyap pergi makan jugak kat topspot dengan sorang geng semata-mata nak makan lobster. Huhuhu...
















Akhirnya lepas bergambar kitaorang turun cari restoran lain plak. Nampak la warong nusantara. Apa lagi dah lapo redah ja la kan.




Aku oder nasi goreng spesial dan mi kolok. Satay 3 batang ja nak rasa sedap ke tak.

Nasi goreng dia memang best. Ada terubuk masin lagi.








Mee kolok plak macam tak bole masuk la kat tekak sebab rasa macam masakan cina. Sup berminyak-minyak. Tapi habis jugak aku bedal.










Satay pun tak sedap la tak bole tanding satay Johor. Huhu..







Dah kenyang melantak jalan la kaki balik ke hotel. Bestnya hirup udara malam. Nyaman gitew.




Ok sambung cerita esok plak. Perut dah kenyang, mata dah ngantuk. Selamat malam. Muahaahaha....!.



Lagi cerita jalan-jalan di Kuching :

Menginap di Harbour View Hotel
Makan di Topspot dan Warong Nusantara
Sarawak Culture Village, Restoran Budaya
Bergambar di Replika Kucing
Borong Kek Lapis Sarawak
Naik Kapal River Cruise


Aku bulan kebangkitan gitew...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai