/**/

Pages

Subscribe Twitter

Puak di Sarawak Culture Village@ Kampung Budaya, Kuching Sarawak


Meh berkenalan dengan puak-puak seksi...hee...!


Plan hari kedua tak menjadi sebab masing-masing melepek tidur tak sedar awal. Kenyang dan penat kot.

So kita bertukar ke plan hari ketiga sepatutnya. Jadi meh la kita ke Sarawak Culture Village. Kata orang kalau pergi Sarawak tak datang tempat ni sangat lah rugi. Yang penting tengok persembahan diaorang tu.

Jangan lupa pakai kasut rendah jugak sebab perlu berjalan kaki sekitar hutan ya. Biasanya akan memakan masa setengah hari jugak duk meronda dan melepak kat situ.

Bertolak ke Culture Village menaiki van jam 12.30 tghr. Tambang adalah RM84 seorang pergi dan balik. Masa tu ada diskaun sket.

Kalau datang bergrup memang untung la sebab sewa 1 van biasanya jejak RM250. Boleh la tong-tong. Kalau couple ja aku rasa rugi la sebab memang diaorang akan cas harga lebih kurang ratus-ratus macam tu jugak.




Sepanjang perjalanan rasa sejuk dan nyaman sebab melalui lorong berbukit. Bila tengok gunung tu sayup je. Tak tau mana satu kabus mana satu awan kalau sekali pandang. Rasa kalau panjat sampai puncak gunung tu dah bole capai awan dah. Hahahaha...




Sampai Culture Village jam 1.30 ptg. Kena bergegas jugak la sebab risau tak sempat meninjau seluruh tempat sebab nak kejarkan persembahan jam 4 ptg.

Diaorang akan adakan persembahan 2 kali sehari ja. Jam 11.30 pg dan jam 4 ptg. Dalam 1 jam 45 minit ja la setiap persembahan tu. So better plan kaw-kaw punya ya bila sampai sana.







Sebelum masuk of coz la posing dulu kan. Baru la rasa teruja lebih lagi.







Korang akan dapat tiket dan pasport. Guna pasport tu adalah bila korang dah pergi ke setiap rumah yang ada kat situ korang mintak lah cop dengan penjaga rumah tu. Buat kenangan katanyer. Bukan kemestian dan tiada paksaan.







Bukan tu aja, nanti korang akan diberi sticker kuning untuk lekat kat mana-mana korang pilih yang menandakan korang dah bayar untuk masuk dalam tu.




Surau disediakan terceruk di bawah restoran dan auditorium. Kalau turun sorang tu mau takut. Hee...




Harus posing-posing dulu area dalam taman ni. Ada peta diberikan so masalah sesat adalah tipis. Don wori ya.!













Sebelum merayau-rayau lebih jauh, perut harus lah di isi. So meh la menuju ke Restoran Budaya. Aku pilih makanan yang pelik-pelik sket la. Cuba merasa masakan diaorang.







Kalau boleh makan teruskan telan. Kalau tak boleh telan, abaikan ja la. Gitu kekdahnya. Huhuuhu...Jumlah keseluruhan adalah RM35. Ok la bole lah masuk kat tekak ni.













tempat pertama melangkah adalah ke Bamboo Village. Suka la dapat naik buluh ni. Bergaya je rasa meniti macam tu. Ngeh-ngeh.







Lepas tu jengah sekejap ke Rainforest Music House. Tak lama kat situ sebab malas duk tempat berasap-asap.










Rumah pertama yang aku jejak adalah Rumah Bidayuh. Kawasan dalam rumah tu adalah lapang dan ada penjaga yang menjual berbagai jenis alat sumpitan. Aku beli la satu alat sumpit tu. Nak sumpit siapa agaknya ya? Tungguuuu...







Waktu nak menuju ke rumah panjang bidayuh aku kena turun mengikut batang kelapa yang dah di takik. Suka la dah lama tak turun naik kat batang kelapa macam ni. Laju ja aku turun tinggalkan geng yang lain. Waa....

Rumah Panjang Bidayuh ni tinggi la sangat. Aku tak takut tinggi sebab memang suka memanjat cuma mengah ja la naik tangga. Ha lepas ni pergi la diet sket ya Pn Blog. Heee...







Kat situ ada disediakan tarian oleh 2 orang wanita jelita. Ada jugak tabung yang dibuat dari kelapa berbentuk muka monyet. Macam-macam lagi la barang-barang berbentuk pelik. Ngeri plak tengok. Meremang bulu roma tau.

Sebelum keluar dari rumah tu harus lah jumpa penjaga rumah dan minta cop rumah tu. Kiranya cop pertama di paspot aku la.














Rumah kedua adalah Rumah Iban. Kat situ ada tempat menenun songket dan buat kuih beras sarawak. Aku beli jugak la nak rasa. RM5 je.







Yang best ada persembahan seksi dari teruna sarawak. Walla...gatal la eh suka tengok jejaka terlajak seksi. Meh aku snap gambar sket. Hahaha...

Macam biasa sebelum keluar rumah harus lah ambil cop di paspot dulu ya.







Rumah ketiga adalah Rumah Penan. Kat sini korang boleh menyumpit dan harga adalah Rm1 untuk 3 kali sumpitan ya.




Mengena tepat la sumpitan aku tu dan dipuji oleh abang penan tu . Bangga kat diri sendiri kejap. Hahahaha...

Macam biasa sebelum keluar haruslah mintak cop di paspot dulu ya.







Rumah ke empat adalah Rumah Orang Ulu. Tinggi yang amat nak naik ke atas. Geng-geng semua tak nak naik dah penat. Tapi aku kan suka memanjat so harus lah aku naik.




Nak dapatkan cop jugak tu la sanggup memanjat. Gigih betol aku kan. Lupa sakit kaki sakit lutut bagai. Puji la diri sendiri kan korang. Hehehe...







Sebelum sampai destinasi rumah seterusnya aku singgah ke tempat pembuatan senjata seperti parang, keris dan sebagainya. Waa..malu nak masuk sebab yang buat barang-barang tu pakaian seksi bebenor. Malu plak. Hahaha...




Rumah kelima adalah Rumah Melanau. Ni lagi la tinggi. Macam biasa semua tak nak naik. Aku pun mula takut jugak sebab takut la sorang-sorang kan sebab keliling tu patung-patung ja semua. Tapi kerana nak tau jugak aku naik ja la.




Mak ai tinggi yang amat. Lenguh kaki habaq hang. Tak sempat snap gambar kat atas sebab takut sengsorang. Cepat-cepat turun. Macam biasa je dalam setiap bilik ada letak tilam dan bantal je. Takut dong...!

Dah dapat cop terus turun semula.







Rumah ke enam adalah Rumah Melayu. Macam biasa jugak keadaan nya. Geng-geng semua malas naik sebab dah penat. Aku je la gigih lagi semata-mata nak dapatkan cop dan nak tengok keadaan keliling tapi tak dapat nak ambil gambar dalam rumah sebab bateri dah kong. Sori guys.

Cuma dalam rumah tu ada persembahan nyanyian tradisional melayu dan tarian dan korang boleh ambil gambar kat katil yang dihias macam pelamin pengantin.







Rumah ke tujuh dan terakhir adalah Rumah Cina. Macam rumah biasa jugak dan aku masuk sekejap aja la sebab tak tahan dengan asap colok dan sorang-sorang ja masa tu.




Cepat-cepat keluar lepas dah ambil cop. Tapi tak dapat tepek kat sini. Cari keliling ntah mana aku humban agaknya. Tapi ya la cop-cop ni semua bukan paksaan cuma suka-suka sendiri ja la.

Bagi aku mesti la kan sebab bukan selalu datang sini macam pergi JB ke KL. Huhuuuu...

Seterusnya kitaorang bergerak ke auditorium khas yang disediakan untuk persembahan. Cepat terlari-lari nak kejarkan masa dan tempat takut penuh tempat duduk sebab tak da bertiket.




Best sangat persembahan tarian pelbagai puak kat Sarawak ni.

Satu persembahan tu aku macam confuse apa yang ada dalam kain penari lelaki ni. Bakul ke atau apa benda sebab nampak macam bulat cantik je. macam nak kena sunat. Kih-kih.




Ada penonton minah saleh tu di panggil untuk join buat sumpitan kat atas pentas. Kesian minah saleh ni di buli kat atas pentas tu.




Ada sorang mamat penari ni begitu pandai dan lembut je badan dia naik atas buluh tu. Ngerinya kalau la tercocok sapa nak jawab tu? Fuh...




Last sekali macam biasa (ala-ala Saloma Restoran, KL), diaorang akan turun ke bawah pentas dan cari mangsa untuk naik ke pentas buat persembahan bersama.

Tetiba je tangan aku ditarik dan apa lagi terpaksa rela la join. Haa nampak tu pn blog tengah bergelek. Muahaahaha....







Setel ja kat dalam tu aku ke kawasan tepi pantai pulak untuk ambil angin sejuk nyaman. Fresh nya rasa walau pun masa tu cahaya matahari atas kepala panas terik.




Ada juga replika burung macam kat Langkawi tu. Besarnya...




Ombak yang kuat memeranjatkan aku dan geng-geng sebab tengah sedap-sedap berposing macam-macam aksi, air laut terpercik ke arah kitaorang. Apa lagi cepat-cepat la blah. Hahaha...




Ok dah setel semua tempat beratur la tunggu van nak balik ke bandar semula pada jam 5.30 ptg.

Satu aku tak suka kalau terikat dengan agen ni sebab terkejar-kejar dan masa tak cukup untuk bersantai lama. Nak sewa kereta atau van dan drive sendiri malas.

Kata pergi bercuti, jadi harus lah duduk bersenang lenang tengok pemandangan takkan nak penatkan badan dan otak bila kena drive semua tu. Setuju tak?



Lagi cerita jalan-jalan di Kuching :

Menginap di Harbour View Hotel
Makan di Topspot dan Warong Nusantara
Sarawak Culture Village, Restoran Budaya
Bergambar di Replika Kucing
Borong Kek Lapis Sarawak
Naik Kapal River Cruise



Suka suki ja tukar-tukar kan...kui2...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai