/**/
Subscribe Twitter

Replika Kucing di Kuching, Sarawak


Hai Cat...u comel ke I comel? Hehehe....


Dah penat meronda dan jumpa pelbagai ragam puak di Kampung Budaya Sarawak tu, aku bergegas plak ke bandar Kuching semula.

Dek kerana awal lagi, aku plan ambil gambar di replika patung kucing tengah-tengah bandar tu. Kalau datang Sarawak tak ambil gambar kat sini pun tak sah ya. Kata orang la bukan kata aku. Ngeh-ngeh2...




Macam-macam aksi dan gaya dilakukan orang yang datang bergambar keliling patung tu. Comel je tengok. Kui-kui.




Sebenarnya kena cari part yang cantik sket baru la nampak real dan menjadi sket gambar tu. Tapi ya la bersesak dengan orang keliling nak bergaya sakan rasa malu plak.




Aku advance tau sebab cari lagi 1 patung kucing. Gigih berjalan kaki.

Kalau tengok map memang la nampak dekat tapi rupanya jauh jugak la. Sama kes la macam yang aku buat masa kat China dulu.

Nanti aku story pengalaman kat Guangzhou, China pulak eh. Sama-sama tunggu ya...










Sebelum balik hotel, aku plan nak isi perut la dulu. Lapar bebenor rasanya. Macam nak try laksa Sarawak plak kali ni kat Restoran The Kuching Station.




Ntah apa jadi masa tu 1 bandar Kuching blackout. Maka makan la di temani lampu lilin.

Tengok la apa dah jadi dengan rupa dan tudung aku seharian berjalan punya pasal? Serabut, berminyak dan tak terurus ja.

Tapi nampak romantik ja kan bila kat dalam gelap ni? Sekali sekala best jugak. Bhahahaha...




Yang geramnya elok ja habis makan terus elektrik ada semula. Haish...







Ok la bila perut dah kenyang plan nak merayap sampai malam ke waterfront tempat bershoping tu tak jadi sebab semua dah malas nak bergerak.

Decide balik hotel dan baring lagi bagus. Jumpa esok plak ya. Bye.



Lagi cerita jalan-jalan di Kuching :

Menginap di Harbour View Hotel
Makan di Topspot dan Warong Nusantara
Sarawak Culture Village, Restoran Budaya
Bergambar di Replika Kucing
Borong Kek Lapis Sarawak
Naik Kapal River Cruise



Korang mampu buat macam ni?. Hahaha...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak