Hotel yang aku tempah kali ni terletak di tengah-tengah bandar Kuching, Sarawak. Senang la nak bershopping. Kiri kanan depan belakang semua tempat perabis duit.
Harbour View Hotel, Lorong Temple,
93100 Kuching, Sarawak
Tel: +60 82-274 666
Fax: +60 82-426 811
Deluxe Room - RM163.38 Per Night
Masuk je bilik macam biasa la aku akan perhati dan cek semua benda. Nampak cantik dan katil pun besar. Senang golek-golek nih. Huhuhu..
Meja nak buka laptop atau nak mentekedarah pun bole tahan besar. Nak lepak-lepak pun bole.
Nampak sederhana cantik keadaan bilik dan paling aku suka sebab ada hair dryer.
Yang tak bestnya tak da sterika..kena mintak dan berhantar. Dan yang haru sekali tak ada hose kat bilik air. Tapi ada gayung. Haaa..???
Hello...hotel kat bandar Vietnam yang kecik tu pun lagi best. Semua ada. Apa la...dah kurang bintang aku bagi.
Kekawan sila jangan rajin melepas kat bilik air eh nanti lecak.
Yang lawaknya sorang geng ni suruh guna tong sampah isi air untuk cebok. Jangan cebok kat bath up eh.
Haha lawak la malam- malam buta dok ketawa berdekah ramai-ramai.
Lagi satu telefon bilik tak berfungsi makanya juruteknik datang la repair. Apa lagi masing-masing bertempiar cari tudung nak tutup kepala.
Dah relax sikit sebelum mandi masing-masing bersiap nak keluar cari makan.
Tapi sebelum tu sementara menunggu giliran masing-masing guna bilik air kita study dulu la plan untuk jejalan esok. Meh tengok sama. At least korang tak terkial-kial nanti. Baik tak aku bagi full info. Hehehe...
Sebelum balik Malaysia sempat la berposing jap sekitar hotel tu. Over all so so ja la hotel ni. Cuma tempat ja la strategik sebab senang nak bergerak.
Ok jumpa lagi di keluaran akan datang. Daaa.....