/**/

Pages

Subscribe Twitter

Review Narai Hotel, Bangkok, Thailand


Wow...nampak gah gitew...

Di Bangkok aku booking Narai Hotel. Selain terletak di tengah bandar aku tengok kat website macam best je hotel ni. Harap-harap betol la kan bagai apa yang ditunjuk dalam web tu.


Narai Hotel
222 Silom Road, Bangkok 10500, Thailand

Tel:+66 2 237 0100

Standard Room - RM196.79 Per Night





Dari airport aku rasa dalam 30 minit kot. Tapi masa tu aku naik bas je dari airport konon nak rasa merantau. Gitew kekdahnya.

Terletak di kawasan berdekatan dengan pasar malam so bila-bila masa ja korang nak merayap dipersilakan. Strategik hotel ni sebab di kawasan tengah-tengah bandar Bangkok.

Masa check in diaorang bagi bilik di tingkat smoking area. Mak ai, kitaorang ni bukan kaki smoking la. Dah la tu kecik je bilik ada 1 katil ja. Mana nak muat untuk kitaorang berempat? Gilos...

Bila tanya semula diaorang kata bilik semua penuh dan tengah kemas. Bila dah setel diaorang akan panggil semula untuk berpindah bilik sepatutnya.

Haish ko ingat kitaorang ni suka-suka ja ka nak pindah sana pindah sini? Pandai-pandai la Meed & D Gang nak tidur cara mana ya malam ni. Hmmm....

Tapi dalam pada tu sempat jugak aku snap sana sini area bilik tu. Tak berapa nak best la kan.

Hotel ni ada sediakan perkhidmatan untuk ronda-ronda keliling kota Bangkok ni. Jadinya adalah lebih baik semua tido awal rehatkan diri sebab esok nak bangun awal untuk berjalan sakan.

Niat nak tengok tiger dance & massage malam tu terbantut. Hahaha...










Esok pagi lepas subuh baru staf call suruh pindah bilik ke tingkat yang sepatutnya area non smoking. Haaa...baru la bagus macam ni.

Tapi kelam kabut la dibuatnya sebab dah nak jumpa agen untuk ke destinasi pertama jam 7 pg. Haish...

Kali ni baru betol, dapat bilik yang sepatutnya dan selesa. Bilik bole tahan besar dan berbaloi dengan harga.

Macam aku kata tadi untungnya kat sini sebab tempatnya terletak di tengah-tengah bandar. Senang nak ke sana ke sini sebab banyak ja kenderaan yang boleh dipilih untuk dibawa atau disewa.








Macam biasa aku akan check segala benda. Hair dryer ada. Well done.

Strika pulak kena mintak. Sangat leceh sebab nak gosok sekali harung. Uwaaa....tak suka la.!

Hose bilik air tak da. Tak sukanya. Jamban jenis air keluar dari bawah terus basuh punggung korang. Yeyeks betol. Haru sungguh. Tak puas rasa kan macam tu?

Bilik kecik tadi tu ada jugak hose mandi so bole la tarik-tarik. Bilik besar ni non ado uolls...Hmmm...

Eh korang aku baru dapat tau masa tu staf hotel kata, kalau kita masuk bilik hotel yang bilik air dia basah padahal bilik baru masuk dan dibersihkan oleh cleaner, maksudnya mesti bilik tu berhantu. Sapa pernah dengar macam ni? Betol ke? Scary nya...!







Coffee House tak boleh nak masuk la sebab tak disediakan makanan halal. Terpaksa la redah ke 7e berdekatan. Tu pun tak semua yang ada kat situ bole di telan. Argh...apa lagi maggi la jadi habuan!.







Kawasan sekitar dalam bangunan hotel dipenuhi dengan ukiran kayu buatan tangan. Sangat cantik dan menarik perhatian.

Cumanya ada ukiran yang seksi dan tak patut diletakkan di situ sebab kawasan lalu lalang. Budak kecik mesti akan bertanya itu ini kalau diaorang tengok. Malu rasa.








Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok :

Bertolak ke Bangkok
Menginap di Narai Hotel
Floating Market dan Angkor Watt
Grand Palace dan Chatuchak Market
Siam Ocean World dan Madame Tussauds




Kalau nak berenang, pool ada disediakan. Tapi tak da maknanya lah nak berenang bagai kan sebab malas nak bertukar baju. Bawak baju pun bukannya banyak sebab malas nak berheret-heret.













Disudut coffee house ada disediakan piano. Siapa yang berminat nak main piano tu dipersilakan lebih-lebih lagi pada pelancong. Memang dialu-alukan. Macam aku. Hehehe...




Staf pun peramah dan sedia membantu jika diperlukan. Sekejap je datang kalau kita perlukan pertolongan dan sebagainya.

Ok la ni ja yang dapat aku bagitau pasal hotel ni. Aku rekomen la korang hotel ni. Just nice.




Waktu nak bertolak balik ke airport teksi ada disediakan. Murah 850 baht @ RM85 dan peramah pemandunya. Setengah jam je dari hotel ke airport.

Sampai kat airport masih awal lagi so meronda la kejap pose sana pose sini segala ceruk. Ya la bukan selalu nak datang sebab tak da keperluan pun, jadi jangan lepaskan peluang bergambar setiap tempat ya.

Sekarang pun dah senang check in sendiri je so tak da la gopoh gapah sangat kan. Relax je. Flight 6.45 petang tapi jam 3 ptg aku dah terpacak kat situ. Tak nak kena tinggal flight lagi. Huhuhu...
















Macam biasa bila dah nak terbang muka adalah ketat. Hahahaha...




Jam 8.45 mlm sampai KLIA2. Bila dah sampai sangat senang hati. Sekarang pun keluar masuk dah mudah check out sendiri je. Moden sangat ni. Selamat sampai dan tunggu bagasi, tak sabar nak balik JB. Banyak memborong tu. Kui-kui...







Pengalaman kali ni adalah aku dapat lihat banyak kapalterbang lalulalang kat angkasa. Kecik sangat. Patut la kata ada laluan busy...rupanya jem jugak kat udara tu macam kat darat jugak. Ok la nak stop dah penat tangan.

Rasanya tak rugi la kalau nak ke Bangkok ni sebab tempat bersejarah dia memang sangat cantik so dialu2kan la pada siapa yang nak pergi sini ya.

Jumpa lagi di lain percutian..Daaa....



Lagi cerita jalan-jalan di Bangkok :

Bertolak ke Bangkok
Menginap di Narai Hotel
Floating Market dan Angkor Watt
Grand Palace dan Chatuchak Market
Siam Ocean World dan Madame Tussauds





Menyeramkan...tak sanggup tidur hotel macam nih...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai