/**/
Subscribe Twitter

Review Swiss Inn Hotel, Batam


Rekomen hotel nih...

Untuk review hotel kali ni rasanya macam tak banyak sangat aku nak bebel.

Semuanya memuaskan hati. Layanan staf tip top dan tempat pun kemas, bersih, mewangi gitew. Huhuhu...

Hotel yang aku tempah kali ni adalah Swiss Inn Hotel beralamat seperti di bawah.


Swiss Inn Hotel
Komplek Villa Idaman Baloi, Jl. Pembangunan,
Kepulauan Riau, Indonesia

Tel: 62 778 457500



Aku memang suka tempah hotel tengah-tengah bandar kalau pergi melancong tak kira dalam atau luar negara. Memudahkan nak bergerak sana sini sebab aku jarang gunakan khidmat agen.

Memanglah mudah bila guna agen ni cumanya aku tak suka sebab akan terikat dengan jadual. Rasa terkocoh kacah dan tak relax, lagi la kalau tempat yang nak dituju tu adalah shopping kompleks.

Korang tau la kan berapa lamanya masa kalau orang perempuan ni berbelanja. Kuang-kuang.




Macam biasa masuk je hotel aku akan cek semua. Hair dryer penting, sebab tak suka pakai tudung bila rambut basah. Tak bagus untuk kesihatan rambut tau uolls. Heee...




Strika disediakan di bilik. Suka sangat ni sebab tak payah call atau keluar bilik nak menggosok segala benda.

Tapi still macam biasa la perangai aku. Bukan tau duduk melepak diam kat hotel dulu, mesti terus gosok semua baju gantung siap-siap.

Senang nak pakai. Balik merayap penat-penat terus tido esok terus capai baju. Tak berebut-rebut nak guna strika.

Kalau beg tak penuh aku siap bawak hanger so tak payah berebut guna dengan geng yang lain. Bole camtu kan ek? Huhuhu...

Hose jamban pun ada. Suka la aku kan. Bole bersenang-senang. Lajunya air dalam bilik air ni. Berendam bagus sangat ni. Entah-entah air laut diambilnya kot. Kui-kui...




Katil besar dan bilik pun luas. Pemandangan ke arah laut. Memang santai habis tapi aku tak pernah rasa nak melepak kat beranda. Malas dan tak cukup masa sebab dah balik terus nampak katil nak baring berehat.







Makanan kat coffee house hotel ni pun sedap. Berbaloi la dengan harga.




Aku memang rekomen la korang stay sini kalau ke Batam. Tak menyesal, inshaallah.

Okay ni je la kekawan review untuk hotel di Pulau Batam ni. Jumpa lagi di lain siaran. Babai...!



Lagi cerita jalan-jalan di Batam :

Bertolak, Batam Center, Plaza Top 100, Plaza Nagoya, Kompleks Ramayana
DC Mall, Pusing-pusing Ronda Batam
Review Swiss Inn Hotel, Batam




Di kelilingi Plaza tu...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak