Hai uolls...lama rasanya tak review produk. Meh kali ni nak story perihal rangkaian produk ephyra.
Awal cerita macam mana aku bole terjebak dengan ephyra ni adalah gara-gara membaca 1 blog tu. Masa tu produk ni baru dilancarkan. Kiranya aku antara orang terawal gunakan produk ni.
Perangai aku ni kalau sesiapa ada keluarkan satu-satu produk, aku akan cuba try test pakai sendiri dulu. Hambik ko semua adooo...dah try..test..pakai...ahahha..!
Kalau serasi dan berkesan aku akan share plak dengan geng-geng bas sekolah dan melarat la pada semua orang lain.
Jika produk tu ternyata bagus aku akan cuba jual online dan bila dah banyak permintaan aku akan cuba naik ke taraf lebih tinggi lagi seperti menjadi agen atau pemborong.
Dan kerana keserasian itu jugak la aku kini bergelar Pemborong Johor bagi rangkaian produk ephyra ni. Berpeluang jugak untuk ditemuramah radio Johor pada awal keluaran produk. Memori indah untuk dikenang. Meh laju-laju PM aku kalau berminat.
Dan lagi satu selain produk, aku akan perhati jugak cara layanan dan kerjasama yang diberikan. Jika ada keserasian baru la aku akan bertindak untuk join sedekat-dekatnya.
Berpadanan dengan motto syarikat aku iaitu Meedys World - "Always Choosy". Sememangnya aku cerewet. Tak main redah ja ambil semua produk yang konon sedang laris di pasaran.
Aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti barangan atau produk yang aku jual ya. Boleh dapatkan di web atau Whatsapp 019-7194049.
>> www.Meedys.my <<
Aku nak share sikit pengalaman guna produk-produk ni. Kelebihan atau kebagusan produk korang mesti dah tau kan melalui Pak Google atau di kotak-kotak produk. So aku just nak share apa yang aku dapat dan rasa bila gunakan produk-produk ni.
Ephyra premium (30 sachet untuk diminum setiap hari)
Mulanya aku memang takut nak cuba. Sebab badan aku ni bukan bole sembarangan masuk benda-benda asing. Silap haribulan angin sepoi-sepoi datang, mula lah tak selesa bernafas dan sebagainya. Sebab tu aku agak memilih dan ikut kata hati. Rasa ok baru beli dan cuba. Kalau selagi rasa tak sedap hati nak cuba aku lupakan dulu hasrat nak mencuba.
Ephyra ni elok diminum waktu perut kosong (awal pagi) atau waktu nak tidur. Tapi aku cuba minum masa perut dah kenyang. Bila takda apa-apa masalah, baru aku minum waktu perut kosong.
Pernah aku cuba minum selepas makan malam tapi apa yang jadi mata aku tak mengantuk. Cergas dan terbontang besar mata tak boleh lena. Jadi sesiapa yang kerja shift malam tu bole la minum ephyra ya. Kih-kih.
Esoknya aku tukar minum waktu siang pulak. Eh lupa nak bagitau, ephyra ni bole diminum guna air sejuk atau suam. Tapi aku lebih suka guna air sejuk sebab rasa dia masam manis ala-ala air oren. Haaa...tulis ni pun aku dah kecur telan air lior sebab terasa ditekak kesedapan air tu.
Nak sediakan pun senang. Buka sachet dan tuang dalam shaker yang disediakan lepas tu tuang air sejuk dan goncang. Aku suka goncang sampai buih sebab suka sangat tengok buih -buih comel tu. Guna cawan pun bole. kacau ja laju-laju. Dah setel apa lagi, cepat la minum. Blurp...
Bangun awal pagi aku akan minum air segelas. Nak pergi kerja aku minum minyak zaitun dan madu. Baru ambil sarapan.
Jadi sebelum makan tengahari aku akan minum ephyra (masa tu perut kosong la kan belum masuk segala macam makanan). Selama 3 hari aku minum aku dapat rasakan perbezaan.
Aku memang susah tidur malam. Tak lena. Maklum faktor usia kot. Aku rasa korang yang dah seusia aku mesti akan hadapi masalah yang sama macam ni. Tu normal, bukan kita yang pilih nak macam tu. Betol tak?
So lepas aku minum ni dalam jam 11 malam je mesti aku dah menguap, mengantuk dan sebagainya. Apa lagi la terus cari bantal dan zzzz...tidur lena habaq hang. Suka sangat ni bila bangun ja fresh.
Setiap pagi akan ada appoiment dengan tandas, kalau tak memang susah dan jarang jumpa tandas dalam seminggu. Huhuhu...
Gastrik pun berkurangan. Kalau dulu lambat makan je terus menggigil tapi sekarang masih bertahan kalau jam 1 tengahari tak jumpa makanan lagi.
Dan yang paling best sekali rambut dah tak gugur dan bila ikat nampak lebat. Waaa...mula la sanggul menyanggul tocang ekor kuda bagai.
Badan rasa ringan dan tahap tenaga tu memang tinggi la. Dah la aku ni jenis tak reti duduk diam. Jalan sana jalan sini so teramat la suka nya bila minum produk ni.
Ok tu ja yang aku dapat rasakan bila minum ephyra ni. Ada yang kata kolesterol diaorang kurang tapi bab ni aku tak menjadi plak.
Nak buat macam mana kan sebab penerimaan badan individu ni berlainan. Tapi ya la tak cuba tak tau kan? So apa tunggu lagi, meh jumpa aku laju-laju. Hehehe...
Haaa...ni penjagaan dalaman cara moden katanya..!
Ephyra Skin Bar (guna pagi dan malam)
Bab penjagaan muka aku guna produk Safi Balkis. Murah tapi berbaloi. Pernah cuba produk mahal tapi tak sesuai. Muka jadi kering, kemerahan dan pedih. Macam udang terbakar.
Pernah guna produk AG2000, Mary Kay dan macam-macam lagi. Mula-mula ok tapi lepas tu cam tak berapa nak ok. Eh berbelit tak cakap ni? Arghh mesti korang faham kan maksud aku.
So aku setia ja la dgn safi balkis semula. Pernah juga tukar safi rania tapi tak mahu menjadi jugak. Huhuhu...
Kebetulan pencuci muka dan toner habis so aku decide nak cuba skin bar ephyra la. Jeng..jeng...jeng...nak tau apa jadi?
Waaa...teruja sangat ni sebab bila pakai tu terus ja muka rasa lembut dan licin. Eh tapi kena tunggu sehari lagi ni kalau esok pun ok dan tak da apa-apa maksud sesuai la tu.
Seperti yang di doakan memang tip top la sabun ni. Tak payah pakai toner muka nampak gebus ja bila dah cuci.
Kalau korang nak guna dan gosok kat badan pun ok jugak tau. Lembut ja kulit tu.
Sabun ni takda campuran kimia makanya dia senang lembik bila kena air. Dek kerana aku ni kan penjimat orangnya , aku potong la sabun tu jadi 4 ketul. Haaa...dah sebulan pun masih belum habis tau. Tu pakai pagi dan malam tu punya la jimat berbaloi.
Ok setel dah bab penjagaan kulit.
Inteemor (minum pagi dan malam)
Aku memang amalkan jamu ratu dara dari dulu lagi. Sekarang ni ada produk baru ephyra ala-ala jamu moden dikeluarkan oleh HQ.
So apa lagi aku pun cuba la sebab aku lebih suka produk berasaskan air dari kapsul. Senang telan masuk terus dalam perut. Kalau kapsul tu kekadang tekeluar semula. Kalau pil hospital lagi la. Berteguk-teguk aku telan air sampai kembong. Tu baru 1 pil kalau 3 atau lebih pil tak ke penuh perut aku dengan air. Hahaha...
Aku takda la masalah dalaman so aku rasa macam biasa ja la kot cuma yang perasan sengal-sengal badan dan sakit kaki serta lutut tu dah berkurangan.
Mungkin ni adalah tindak balas inteemor ni sebab aku memang tak pernah makan pil-pil yang klinik bagi kecuali antibiotik dan demam ja.
Tapi geng aku yang dah minum diaorang bagi feedback yang bagus. Antaranya keputihan tak da lagi, period teratur dan tak senggugut.
Sorang geng tu plak dia kata tak datang haid berbulan-bulan. Bila minum inteemor terus je keluar. Laju je darah tu keluar dan secara tak langsung perut dia kempis dan badan jadi ringan.
Waa...hebat sangat inteemor ni. Cuba jangan tak cuba kalau korang ada masalah seperti di atas.
Inteemor ni kalau korang dah buka kena letak dalam peti ais. Nanti korang minum sedap ja..sejuk dan laju ja lalu kat tekak tu. Rasa dia manis-manis buah sebab ada madu dan makanan sunah yang lain.
Disarankan guna sudu plastik ya. Tapi kalau korang nak guna sudu tembaga ke emas ke aku no hal je cumanya akan mengurangkan sikit la kadar kebagusan dan kemujaraban nya tu sebab ada madu dalam inteemor ni.
Ni plak penjagaan dalaman cara orang tua-tua kita dulu amalkan. So sama rata la kita amalkan cara moden dan tradisonal sebab masing-masing punya kebaikan tersendiri.
Serum (guna pagi dan malam)
Sebelum ni aku guna serum safi tapi sapu sebelah malam ja. Maklum penjimat katanya. Eh ke pelokek? Hahaha...
Bila dah habis aku cuba la guna serum ephyra yang trial dulu sebab nak tengok kebagusannya. Walau pun aku menjual produk ni tapi kalau tak bersesuaian aku tak kan pakai dan aku akan komen sejujurnya. So siapa yang nak tanya aku apa-apa dialu-alukan la ya.
Tapi alhamdulilah nak bagitau kat sini bahawa kulit aku sesuai dengan serum ni. Aku cuba pakai pagi sebelum guna bedak. Hasilnya adalah bedak yang aku guna tu tahan lebih lama. Tak payah touch up berkali-kali sebab muka tak berminyak. Yang ketara sangat sampai ditegur oleh geng bas sekolah adalah kulit muka nampak lebih sekata dan licin.
Aku guna jugak waktu malam sebelum tidur. Lepas cuci muka tepek ja sikit serum tu kat muka. Tak payah sapu banyak-banyak. Serum ni cepat kering dan tak melekit. Yang bestnya bangun esok pagi muka tak berminyak.
Daaannnnn...haa...panjang daaannn aku tu. Yang best sekali adalah garis-garis halus diwajah yang mula nak timbul tu seakan merajuk nak keluar. Sembunyi semula nampaknya. Maksud kat sini garis halus kat muka tu pudar dan hilang sedikit demi sedikit. Secara tak langsung wajah awet muda dan tegang.
Ni bukan omong kosong tau. Ni betol-betol kejadian. Tak caya cuba la...gerenti korang tak menyesal.
So sekarang ni rutin aku adalah sebelum breakfast aku akan minum air masak, telan minyak zaitun dan madu. Sebelum makan tengahari aku akan minum ephyra. Lepas makan tengahari aku hirup plak inteemor. Malam aku biarkan perut berehat dari telan apa-apa. Relax...chill...
Owh lupa ephyra pun ada keluarkan jugak satu produk untuk orang lelaki yang nak membesarkan badan atau sado la kata orang sekarang.
M2flex
Nampak nama produk ni ja dah tau keberkesanan produk ni. Gah gitu. Tapi Aku tak beli dan tak minum la kan sebab aku bukan pria sado. Bhahahaha...
Orang sebelah pun tak nak cuba. Malas katanya. Nanti nak suruh anak bujang cuba la. Biar badan berketul-ketul macam Hulk hijo bukan mak ko hijo. Wakakkaka....
Kalau korang nak bagi hubby masing-masing cuba apa salahnya senang nak angkat korang bila badan dah sado. Huhuhu...
Ok la korang ni ja la yang aku nak share. Orang kata benda baik jangan simpan-simpan. Kongsi la bersama-sama. Secara tak langsung dan secara tak sedar kita dah ada saham untuk dibawa ke sana nanti.
Jangan lokek-lokek, jangan tipu-tipu. Kalau dah rezeki tak ke mana. Jangan risau, jangan gundah, jangan berprasangka buruk, yang penting niat yang betol. ALLAH kan ada...!
Inshaallah kita dapat manfaat kebaikan bersama. Amin..amin..ya rabbal alamin...!.