/**/

Pages

Subscribe Twitter

Layan Bola - Jadual / Keputusan Euro 2016



Jom kita layan bolasepak!!

UEFA European Championship ke 15 atau EURO 2016 akan berlangsung selama sebulan dari 10 Jun 2016 ke 10 Julai 2016. Tuan rumah ialah Perancis.

Kali ni, perlawanan makin banyak sebab pasukan dah bertambah dari 16 pasukan ke 24 pasukan. Antara pasukan yang menjadi perhatian semestinya pasukan England, Perancis, Sepanyol, Itali dan Jerman. Malangnya pasukan Belanda tak layak huhu...

Jadual dan keputusan terkini EURO 2016 akan dikemaskini nanti dari semasa ke semasa, so sila bookmark page ni kat browser anda ye!!


Keputusan Terkini

22 Jun 2016 (Rabu)

Italy 0
Sweden 0
Iceland 2
Hungary 3

:
:
:
:

1 Ireland
1 Belgium
1 Austria
3 Portugal









21 Jun 2016 (Selasa)

Ukraine 0
Northern Ireland 0
Czech 0
Croatia 2

:
:
:
:

1 Poland
1 Germany
2 Turkey
1 Spain









20 Jun 2016 (Isnin)

Russia 0
Slovakia 0

:
:

3 Wales
0 England





19 Jun 2016 (Ahad)

Romania 0
Switzerland 0

:
:

1 Albania
0 France





18 Jun 2016 (Sabtu)

Belgium 3
Iceland 1
Portugal 0

:
:
:

0 Ireland
1 Hungary
0 Austria







17 Jun 2016 (Jumaat)

Italy 1
Czech 2
Spain 3

:
:
:

0 Sweden
2 Croatia
0 Turkey







16 Jun 2016 (Khamis)

England 2
Ukraine 0
Germany 0

:
:
:

1 Wales
2 Northern Ireland
0 Poland







15 Jun 2016 (Rabu)

Russia 1
Romania 1
France 2

:
:
:

2 Slovakia
1 Switzerland
0 Albania







14 Jun 2016 (Selasa)

Austria 0
Portugal 1

:
:

2 Hungary
1 Iceland





13 Jun 2016 (Isnin)

Spain 1
Ireland 1
Belgium 0

:
:
:

0 Czech
1 Sweden
2 Italy







12 Jun 2016 (Ahad)

Turkey 0
Poland 1
Germany 2

:
:
:

1 Croatia
0 Northern Ireland
0 Ukraine







11 Jun 2016 (Sabtu)

Albania 0
Wales 2
England 1

:
:
:

1 Switzerland
1 Slovakia
1 Russia







10 Jun 2016 (Jumaat)

France 2

:

1 Romania




Perlawanan Selepas Ini

21 Jun 2016 (Selasa)
Kump C : Ukraine vs Poland
Kump C : Northern Ireland vs Germany
Kump D : Czech vs Turkey
Kump D : Croatia vs Spain

22 Jun 2016 (Rabu)
Kump E : Italy vs Ireland
Kump E : Sweden vs Belgium
Kump F : Iceland vs Austria
Kump F : Hungary vs Portugal


Kedudukan Dalam Kumpulan



Jadual Penuh Perlawanan

Sila klik untuk besarkan

Sila klik untuk besarkan
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2016




Ramadhan Kareem datang lagi!!

Antara kegembiraan bagi orang berpuasa adalah pada waktu berbuka puasa, tak gitu? Pastikan anda berbuka di awal waktu ye..

Kat bawah ni ada jadual waktu berbuka puasa 2016 untuk seluruh Malaysia, yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sila klik pada negeri anda.

Sila bookmark page ini untuk rujukan semula nanti.



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Quinn Scarf Care Shampoo Yang Awesome


Cuba jangan tak cuba...


Aku ni jenis yang suka bertukar pakaian. Padahal sekejap ja pun pakai, tapi aku rasa tak selesa nak pakai lagi kalau belum dibasuh walau pun tak kotor.

Lagi la dah terbaca yang kita dilarang gunakan semula pakaian yang telah kita guna selama 4 jam. Aku tak ingat penerangan ustaz tu apa tapi bila dah tau macam tu lagi la aku tak kan pakai baju yang sama berulang kali.

Memang perangai aku dari muda akan gosok pakaian yang akan dipakai. Biar pun pakaian tu sekadar baju kelawar dipakai waktu malam.




Pernah arwah mak aku tegur bila tengok baju yang aku pakai kat rumah je, malam ni pakai esok pagi aku dah basuh. Walau pun 2 atau 3 jam saja pakai. Bau memang tak da la. Sebab badan aku wangi. Hahaha...

Senang ja aku jawab, ala bukan kita basuh, kan mesin punya keja. Pakai je la. Sebab tu kalau pergi melancong beg aku la yang paling berat.

Tabiat suka bertukar banyak baju tu kekal sampai sekarang. Kalau tudung dan baju yang perlu basuh gunakan tangan memang aku akan kumpul la sampai cuti hujung minggu baru basuh.

Tapi bila dah banyak tu mula la mengeluh. Apa lagi kerahan tenaga perlu dijalankan ni.

Biasanya aku akan suruh anak kedua aku tolong basuh sebab dia tak banyak songel. Ikut je apa yang aku suruh.

Kalau yang bungsu tu banyak bunyi sikit. Mana la tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Macam tu la ibarat anak bungsu dengan aku. Huhuhu....


Quinn Scarf Care Shampoo

RM33





Satu hari tu aku terpandang satu produk pencuci tudung yang senang digunakan dan murah harganya. Maka order la online sajok. Sekarang ni kan mudah, apa-apa pun tekan dengan 1 jari jer.

Quinn scarf care shampoo nama pencuci tu. Memang dikhaskan untuk tudung, bra, kain sutera dan sebagainya.

Katanya hanya dengan rendaman selama 5 minit semua kerja selesai. Pakaian berbau harum dan bersih.

Kalau tudung tu ada kotor atau kena minyak korang rendam lama sikit dalam 10 minit. Gonyoh-gonyoh sket semua kotoran hilang serta merta.

Yesss....betol seperti apa yang dicanangkan. Aku pernah buat memang ternyata mudah dan menjimatkan masa.

Rendam sekejap ja semua tudung jadi bersih dan berbau harum. Tak payah guna pelembut fabrik yang lain.

Kalau terendam lama pun ok ja, tak akan berbau pun tudung atau baju rendaman tu.




Produk yang bagus dan kualiti yang awesome. Tapi biasa la, aku kan queen jadinya walau pun kerja dah mudah tapi tetap hadapkan pada anak untuk buat tu semua.

Sayang anak sangat-sangat ni sebab sedia membantu ibu bila saja diperlukan. Heee...

Tak caya korang cuba la eh. Gerenti tak kan kecewa. Setiap produk yang baru aku guna aku akan citer bagus atau tak ya. Don wori bukan iklan berbayar.

Even kalau satu hari nanti aku akan dibayar untuk review produk, aku akan tetap dengan prinsip aku menyampaikan apa yang benar.

Bagus ke tak bagus produk tu, tuan punya produk harus lah terima dengan redho ya.




Sori la panjang sangat selingan kali ni. Nak citer produk ja pun tapi melalut ke zaman dulu kala. Biasa la Pn Blog ni memang suka menceceh.

Jumpa lagi. Babai...!


Nak bagi kerahan tenaga pada kucing plak lepas ni...huhu..

















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Teman Anak Ambil Suntikan Tifoid (Typhoid Injection)


Kebersihan dan kesihatan berjalan seiringan...


Dari tahun lepas anak aku ni sibuk nak cuba berniaga makanan dan minuman di Bazar Ramadan. Bukan aku tak nak sokong tapi aku rasa ianya memenatkan.

Nak mengangkut barang bagai, nak buat itu buat ini, habis berserak dapur rumah nanti. Tak suka la aku sepah-sepah ni. Sakit mata tengok. Rimas. Hahaha...

Tapi biasa la kan kalau dah selalu kena pujuk, akhirnya cair jugak la hati ibu ni.

Makanya aku bagi la peluang dia menceburi bidang bisnes makanan yang dia minat ni. Mana la tau satu hari nanti dia berjaya dalam bisnes ni, alhamdulillah sangat-sangat...Amin !!!.

Selain bayaran tapak, sijil SSM, anak aku perlu tunjukkan kad/sijil suntikan tifoid pada pihak penganjur.

Dalam hati aku cakap, eh apa ke hal ni nak ada dan kena suntik bagai? Huh...

Patut la sebelum ni anak aku ada sebut pasal suntikan tifoid ni, rupanya dia pernah ambil masa praktikal di Hotel Puteri Pan Pacific dulu.




Apa tu Suntikan Tifoid @ Typhoid Injection?

Jom baca sikit kat bawah ni mana tau bole dapat sikit ilmu dan pengetahuan pada yang ingin buka bisnes makanan dan minuman.

Kalau nak tau lebih detail, jumpa la Pak Google dan baca ya. Aku bagi seringkas-ringkas maklumat dan apa yang aku faham dari penerangan staf di klinik tempohari.

Korang mesti tau dan pernah dengar demam kepialu kan?

Penyakit ni boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Selain menjejaskan seluruh badan dan merosakkan organ-organ badan, ianya juga boleh mengancam nyawa.

Sebab itu la suntikan ini perlu pada setiap individu yang ingin membuka bisnes makanan dan minuman sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Selain tu, rajin-rajin la basuh tangan selalu dengan bersih sebelum memulakan perniagaan ni ya.

Vaksin suntikan ni boleh di dapati di klinik kerajaan atau swasta. Ianya akan disuntik di lengan atau paha. Individu berumur lebih dari 2 tahun ke atas mesti ambil vaksin ni kiranya korang terlibat dengan bisnes makanan.

Imunisasi ni diberikan dan bertahan untuk 3 tahun bagi pengendali bisnes makanan dan minuman.

Ok tu ja yang melekat kat kepala aku buat masa ni. Semuga membantu korang ya. Hee...




Aku bawa anak aku ke klinik UTM ja dan bayaran RM50 sekali suntikan untuk 3 tahun. Senang je proses dijalankan.

Daftar nama kat kaunter, bayar RM50, jumpa nurse bertugas dan maklumkan nak ambil suntikan tifoid.




Tak perlu ambil nombor, beratur menunggu dan tak perlu jumpa doktor sebab pihak klinik dah sedia maklum.

Bagi ja kad pengenalan, nurse akan sediakan satu kad dan beri kad tu pada staf yang yang akan menyuntik korang. Bukan menyunting korang eh. Kuang-kuang...





MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !!



Uwaa...masa dia suntik anak aku tu, aku plak yang terasa sakitnya. Peliknya aku tengok anak aku relax je. Maklum la lelaki kan, mesti la kuat dan jiwa kental. Kui-kui...

Anak aku bagitau, selalunya akan rasa sakit kalau kena suntik tifoid ni tapi kali ni ok ja tak sakit, tak rasa apa-apa pun. Memang terer la staf ni. Staf otai la katakan...

Betol tau, bab suntik @ injek ni memang ada yang dah pakar. Macam doktor yang aku selalu jumpa tu pun bila suntik ok ja tak rasa apa-apa.

Tapi bila kena yang tak berapa nak pakar tu, mau berbirat tempat suntikan tu. Aiyooo....




Adey panjang plak aku bebel, jom sambung citer kat atas.

Setel ja proses suntik menyuntik tu, staf akan tulis dalam kad yang telah dikhaskan untuk diberi pada penganjur yang mengesahkan bahawa korang telah ambil suntikan tifoid ni.




Perhatian dan amaran ya, sekiranya pengendali bisnes makanan dan minuman ni di dapati tiada suntikan ni, lesen perniagaan akan ditarik, sijil halal terbatal dan diarahkan untuk tutup premis perniagaan serta merta.

Pada kakak, abang, pakcik, makcik yang teringin nak buka bisnes makanan dan minuman ni walau pun sekadar buka warung dan jual nasi lemak tepi jalan pun harus ambil suntikan ni tau.

Ingat ya, jaga kebersihan tempat bisnes samada bisnes makanan dan apa saja untuk menjamin kesihatan anda dan pelanggan-pelanggan anda.




Okay, nanti bazar dah buka, aku up story tu plak ya. Daaa....


Hati-hati dengan tangan hitam ni...huhu!
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Exton Total Core Fitness Machine Dari Go Shop Sempena Hari Ibu


Mari bersenam...


Zaman serba teknologi sekarang ni semuanya senang. Nak apa ja ada depan mata. Klik dengan 1 jari ja dah sampai apa yang dikehendaki. Tak payah barjampi zam zam ala kazam bagai. Haha gitew ayat skema aku pagi-pagi ni.

Citernya berkisar sempena hari ibu yang lepas. Ingatkan tak da apa-apa present dari anak macam selalu. Rupanya ada uolls. Suka berganda la rasa...

Sebelum ni aku selalu berangan nak barang exton total core fitness machine yang ditunjuk dalam program go shop. Macam best ja...macam senang ja guna.

Kalau kat kedai luar harga RM499 tapi di go shop ni harga tertulis hanya RM199.

Beza hanya tempat sandar je di mana alat go shop ni lebih rendah penyandarnya. Tapi cara guna semua sama. Jadi buat apa beli yang mahal kalau yang murah ada. Betol tak?




Tapi dari sehari ke sehari tak jugak aku nak cuba order ke apa ka. Last-last lupa macam tu ja.

Sampai la 1 hari tetiba balik rumah ja ada kotak besar dalam bilik. Eh apa ni? Rasanya aku belum restok barang bisnes lagi.

Apa lagi dengan gelojoh la buka kotak tu. Biasa la aku mana pernah alert nak tengok detail apa yang tertulis kat kotak tu, main buka je terus.




Tengok-tengok dalam tu ada exton total core fitness machine dari go shop yang aku idamkan selama ni.

Uwaa...terharu sungguh la bila dapat tau tu semua dari pemberian anak-anak sempena hari ibu. Anak bujang 3 beradik ni kongsi duit beli barang idaman ibu diaorang ni.

Terharu nya rasa dengan ingatan anak-anak ni. Maklum bila semakin berusia, hati mudah tersentuh dan terusik. Sedih atau gembira air mata tu mudah mengalir.

Nanti kalau korang dah sampai peringkat umur macam aku ni korang pun akan rasa jugak perasaan macam tu. Tunggu ja la ya, tak tipu tau. Heee....




Senang ja cara nak berbelanja di go shop ni. Talian dibuka 24 jam. Korang boleh order melalui laptop atau handphone je. Pilih ja samada korang nak bayar guna online atau cash.

Ala korang buka ja la internet tu, berlambak tunjuk cara nak dapatkan produk apa yang korang berkenan kat go shop ni.

Macam anak aku dia bayar guna cash je. Barang sampai depan pintu 2 hari selepas tarikh order. Bayar cash je pada staf yang hantar tu. Tak da bayaran tambahan. Mudah kan?

Cumanya, hanya orang yang order barang saja yang akan dilayan segala pertanyaan di talian go shop. Jika orang lain call nak tanya itu ini memang diaorang tak akan layan, tak kira la ko ibu atau bapa si pengorder. Strict kat situ okay.




Apa lagi, aku paksa la anak aku jadi model sekejap demo cara guna bendalah ni. Meh aku story sket beberapa cara guna alat exercise ni.

Ada 4 cara kalau tak silap aku. Ikut kreativiti sendiri la ya. Banyak idea korang banyak la cara guna yang boleh dibuat.

1. Senaman perut

Kempis perut bak Che Ta katanya. Sekarang dah tak bole guna ayat perut kempis bak anak dara sebab perut anak dara sekarang pun boroi macam orang yang dah kawin. Ada yang lagi teruk. Hehehe...







2. Senaman pinggang

Kecik bak kerengge. Haa..ayat ni masih bole diguna pakai sebab kerengga memang selalu maintain. Kih3...




3. Senaman tangan

Kalau nak berotot-otot macam abang sado bole la buat cara ni selalu. Huhu...








4. Senaman kaki

Nak serupa kaki bangau, panjang, cantik dan kuat, sila amalkan ni selalu. Hahaha...




Anak-anak bulus aku pun selalu sebok naik bendalah ni. Haish korang pun nak ramping jugak ke? Ngeh-ngeh...




Sekarang ni macam-macam ada. Go shop la, wow shop la, aku bershop la, kih-kih...

Sekarang ni anak-anak aku akan tukar channel TV kalau aku dok ralit tengok channel go shop tu sebab tiap kali ada demo barang baru, semua aku nak order.

Tugas mengorder akan diserahkan pada anak -anak. Ya la kan, mudah sangat cara pembelian dan barangan pun berkualiti. Jaga-jaga Pn. Blog nak berbelanja untuk seterusnya di go-shop.

Setakat ni dah berangan nak beli elektrik oven dan magic saw set. Bersedia ya anak-anak dengan tugas masing-masing.



Memang best exton total core fitness machine ni. Mudah di alih ke mana ja kita nak. Senang diguna dan tak menyakitkan.

Aku rekomen korang beli dan guna alat fitness ni. Gerenti tak menyesal. Lepas ni bole la kita mantapkan semula perut tu kan. Tak payah susah-susah nak ke gym sebab kalau kat gym pun kita selalu pakai benda yang sama je.




Ok sambung lain kali ya, tunggu aku citer produk lain plak. Bye...


Stretching penting untuk Pn. Blog ya...







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai