/**/

Pages

Subscribe Twitter

Cuti Peristiwa Sempena JDT Menang Piala FA 2016

Haziq selfie kat stadium

Yeyyyy...Johor Darul Takzim (JDT @ Harimau Selatan) dah mengaum. Akhirnya jadi juara dan piala FA 2016 berada dalam genggaman.

Suka berganda kerana mendapat cuti peristiwa sempena kemenangan yang di nanti dan di duga. Terbaik la team JDT.




Pada mulanya aku berhasrat nak join tengok di Stadium Shah Alam. Bayaran dikenakan hanya RM250 seorang sahaja (tiket dan kenderaan). Makan sendiri la ya.

Tapi bila fikir semula, macam membazir la plak lagi pun mesti jalan jem. Malasnya nak redah sesak-sesak ni kan.

Kesudahannya, aku hanya bagi anak-anak je pergi ke sana bersama penyokong-penyokong tegar JDT menaiki bas yang disediakan. Bayaran RM100 seorang, siap dapat tshirt JDT free lagi.


Haziq and the gang...


Lepas tu decide nak pergi ke Dataran Bandaraya Johor Bahru nak join ramai-ramai tengok bola kat sana.

Sudahnya semua tak menjadi sebab hujan. Lagi pun malas nak berasak-asak. Cari parking lagi la leceh.

Tengok kat rumah lagi best. Boleh golek-golek, baring-baring, makan minum, semua selesa.




Bila hero-hero semua dh besar panjang, secara automatik aku terikut-ikut suka kan sukan bola sepak ni. Makin berusia makin menjadi kesukaan tengok bola sepak ni lagi la kalau JDT yang beraksi, memang jadi penonton setia la jawabnya dari awal sampai akhir.

Sekarang ni kalau tengok perlawanan bolasepak, hoki, badminton atau apa ja jenis sukan memang aku la yang kecoh sekali. Menjerit la, tangan gerak sana sini, over sangat nih, hahaha....




Patut la masa aku kecik dulu ada sorang mak cik ni (aku panggil Tok Ngah), dia selalu tumpang tengok TV kat rumah arwah atuk aku. Masa tu sukan tinju, Mohd Ali kot famous masa tu.

Bila pertengahan pertandingan ja, mula la mulut dia bising. Jerit sana sini dengan songel sirih terselit tepi bibir. Silap haribulan mau tertelan sirih tu. Huhuhu...

Bukan tu ja, tangan tu bergerak sana sini, tumbuk lantai (rumah kayu) dan tumbuk dinding. Mak ai, teruk betol aku tengok perangai mak cik sorang ni.

Tapi bila dia melatah tu yang paling best, memang aku suka kacau sangat Tok Ngah ni sampai dia penat.




Sekarang ni baru la aku rasa apa yang dia rasa bila keterujaan tengok sesuatu yang kita minat tu tak dapat di kawal, macam tu la jadinya.

Sebab tu la orang kata kita jangan dok mengata orang, nanti kena batang hidung sendiri. Hahaha.....

Apa pun tahniah diucapkan pada team JDT muga semakin mengganas dan maju jaya dalam sukan bola sepak.

Apa lagi Shafiq, belanja la orang Johor makan free kat kedai SR8 tu. Hehehe...

Sebelum tutup tirai meh aku belanja video Kembara Sultan Johor yang sempat anak aku rakam semasa dalam perjalanan ke Shah Alam pagi tadi.

Sori ibu skodeng FB Haziq. Hehehe...

Ceria hidup remaja...

Luaskan kuasamu JOHOR....Gitew....!!!




Hidup Johor...!




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai