/**/

Pages

Subscribe Twitter

Alahan Ubat Klinik - Nsaid & Methycobal


Awek Korea ke ni? Kih3...


Bole cari tak apa yang lain dalam gambar ni? Sapa dapat aku bagi muah sket. Hehehe...

Meh aku nak story apa yang jadi kat aku minggu lepas.

Hari Isnin lepas aku pergi klinik untuk cek sebab badan rasa tak selesa. Macam nak demam gamaknya.

Mulanya ingat doktor bertugas tu doktor yang aku selalu jumpa rupanya doktor lain pulak yang ganti. Doktor tu cuti sebab tak sihat jugak. Doktor pun sakit jugak ok...

Dah la berjam tunggu giliran, nak dekat suku hari rasanya menunggu. Macam nak baring je kat kerusi menunggu tu dah tak larat sangat rasa badan.

Bila nombor giliran dipanggil aku pun masuk dan jumpa la doktor ganti tu. Macam yang aku sangka memang dia akan cek lebih kurang je.

Aku pun dah loklak dah nampak bantal je, jadinya malas nak cakap dan tanya banyak.

Selalu aku akan ingatkan doktor untuk cek semula ubat aku tapi kali ni aku terlupa dan tak da mood.

Ya la aku fikir mesti lah dia akan tengok catatan yang doktor selalu rawat aku tulis kan rupanya tak uolls.

Lepas ambil ubat terus ja aku keluar tak sabar nak sampai rumah nak landingkan badan kat tilam empuk.

Dapat cuti sakit 2 hari ya. Jangan jeles. Tapi biasanya kalau dapat cuti sakit pun aku tetap pergi kerja kalau rasa ok ja badan ni. Pekerja contoh ni tau. Hahaha...

Lepas makan ubat dalam 10 minit aku rasa mata aku ni lain macam je. Macam perit dan susah ja rasa nak buka mata tu.

Seperti yang aku jangka memang betol pun mata aku dah sepet. Confirm memang penangan ubat punya hal la ni. Ni semua tanda alahan ubat.




Apa lagi bergegas la ke klinik semula jumpa doktor. Kelam kabut la staf kat klinik sebab sekejapan mata aku jadi kecik. Aku lagi la cuak.

Tapi tetap cuba bertenang sebab tak nak rasa kelam kelibut nanti lain plak yang jadi.

Bila tunjuk balik kat doktor memang sah aku alah pada ubat yang dia bagi tu. Dia suruh baring dan masukkan air ke badan melalui tangan.

Mak ai sakit doh masa dia cucuk kat lengan tu sebab salah tempat cucuk tak jumpa urat. Adoyai...

Dalam 2 jam jugak la aku terbaring kat klinik tu dan 2 botol air dimasukkan dalam badan aku ni untuk buangkan racun ubat tu semula.

Kejap-kejap doktor tu datang cek. Haaa..cuak la tu kan? Cuai sangat...

Bila dah 2 botol masuk air tu baru la mata aku tu besar semula.




Dah setel semua aku pun balik la ke rumah. Tapi petang tu terpaksa keluar semula sebab nak hantar barang ke agen dan customer yang dah janji nak ambil stok.

Petang tu bila dah ok sikit lepas hantar barang sempat la singgah shopping kompleks merayap sakan. Best sangat ni. Cover la mata tu dengan spek hitam.










Sempat lagi pergi makan macam-macam. Terlupa tengah alergic sebab dah lapar. Lepas tu tanggung la sendiri sakit semula. Padan muka aku. Huhuhu...




Sebenarnya aku ni alah pada ubat yang ada Nsaid dan Methycobal. Nsaid ni biasa ada pada ponstan dan beberapa ubatan yang lain. Methycobal ni biasa ada dalam ubat urat saraf, tegang urat dan sewaktu dengannya.

Aku nak ingatkan korang yang muda-muda ni kalau boleh jangan la makan ponstan atau panadol berlebihan kalau tak nak jadi macam aku.

Maklum dulu asyik bekerja ja tak tau isu semasa, tak da masa nak kaji itu ini. Korang tau la kerja swasta mana ada masa santai.

Masa umur 20an dulu kalau rasa pening atau nak demam je aku mesti telan ponstan (warna kuning 500mg kot aku lupa). Memang kalau telan ubat ni ja confirm dalam beberapa jam je korang akan rasa sihat.




Bertahun la telan ubat tu. Sebab dulu tak suka ke klinik. Malas dan tak suka nak jumpa doktor. Beli kat farmasi je senang.

Bila umur dah masuk 40an baru la kesan dia datang. Aku mula perasan yang aku alergic ubat yang ada Nsaid ni bila umur dah 45. Masuk kali ni adalah kali ketiga mata aku bengkak dek penangan salah makan ubat.

Kali pertama masa doktor bagi ponstan. Kali kedua suntik ubat urat saraf yang ada Methycobal. Dan ni kali ketiga ubat yang doktor bagi ni ada Nsaid jugak.

Untuk pengetahuan korang, apa yang aku dapat ilmu dari doktor yang selalu rawat aku ni, dia kata bahaya tau kalau kita ada alahan ubat.

Silap atau lambat rawat boleh bawa maut. Scary dengar kan?

Macam-macam kesan alahan ubat ni. Ada yang efek pada mata (bengkak) macam yang aku kena ni. Bengkak bibir, bengkak muka dan ada yang bole sesak nafas.

Masa aku terbaring tu ada jugak sorang budak yang doktor dan nurse tengah cek beria sebab sesak nafas. Bila tanya nurse dia kata budak tu alahan ubat.

So uolls, jaga-jaga dengan ubat-ubatan sekarang ni. Pastikan dulu ubat ni semua selamat untuk dimakan. Tak semua doktor tau apa yang sesuai dengan badan korang.

Masa muda ni jangan suka-suka nak telan ubat sembarangan kalau tak nak susah masa tua nanti. Gitew pesanan sifu. Kui-kui...!


jangan ganggu saya..tak da mood..sakit mata..hehehe..
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai