Dari tahun lepas anak aku ni sibuk nak cuba berniaga makanan dan minuman di Bazar Ramadan. Bukan aku tak nak sokong tapi aku rasa ianya memenatkan.
Nak mengangkut barang bagai, nak buat itu buat ini, habis berserak dapur rumah nanti. Tak suka la aku sepah-sepah ni. Sakit mata tengok. Rimas. Hahaha...
Tapi biasa la kan kalau dah selalu kena pujuk, akhirnya cair jugak la hati ibu ni.
Makanya aku bagi la peluang dia menceburi bidang bisnes makanan yang dia minat ni. Mana la tau satu hari nanti dia berjaya dalam bisnes ni, alhamdulillah sangat-sangat...Amin !!!.
Selain bayaran tapak, sijil SSM, anak aku perlu tunjukkan kad/sijil suntikan tifoid pada pihak penganjur.
Dalam hati aku cakap, eh apa ke hal ni nak ada dan kena suntik bagai? Huh...
Patut la sebelum ni anak aku ada sebut pasal suntikan tifoid ni, rupanya dia pernah ambil masa praktikal di Hotel Puteri Pan Pacific dulu.
Apa tu Suntikan Tifoid @ Typhoid Injection?
Jom baca sikit kat bawah ni mana tau bole dapat sikit ilmu dan pengetahuan pada yang ingin buka bisnes makanan dan minuman.
Kalau nak tau lebih detail, jumpa la Pak Google dan baca ya. Aku bagi seringkas-ringkas maklumat dan apa yang aku faham dari penerangan staf di klinik tempohari.
Korang mesti tau dan pernah dengar demam kepialu kan?
Penyakit ni boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Selain menjejaskan seluruh badan dan merosakkan organ-organ badan, ianya juga boleh mengancam nyawa.
Sebab itu la suntikan ini perlu pada setiap individu yang ingin membuka bisnes makanan dan minuman sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit melalui makanan dan minuman yang tercemar.
Selain tu, rajin-rajin la basuh tangan selalu dengan bersih sebelum memulakan perniagaan ni ya.
Vaksin suntikan ni boleh di dapati di klinik kerajaan atau swasta. Ianya akan disuntik di lengan atau paha. Individu berumur lebih dari 2 tahun ke atas mesti ambil vaksin ni kiranya korang terlibat dengan bisnes makanan.
Imunisasi ni diberikan dan bertahan untuk 3 tahun bagi pengendali bisnes makanan dan minuman.
Ok tu ja yang melekat kat kepala aku buat masa ni. Semuga membantu korang ya. Hee...
Aku bawa anak aku ke klinik UTM ja dan bayaran RM50 sekali suntikan untuk 3 tahun. Senang je proses dijalankan.
Daftar nama kat kaunter, bayar RM50, jumpa nurse bertugas dan maklumkan nak ambil suntikan tifoid.
Tak perlu ambil nombor, beratur menunggu dan tak perlu jumpa doktor sebab pihak klinik dah sedia maklum.
Bagi ja kad pengenalan, nurse akan sediakan satu kad dan beri kad tu pada staf yang yang akan menyuntik korang. Bukan menyunting korang eh. Kuang-kuang...
MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !! |
Uwaa...masa dia suntik anak aku tu, aku plak yang terasa sakitnya. Peliknya aku tengok anak aku relax je. Maklum la lelaki kan, mesti la kuat dan jiwa kental. Kui-kui...
Anak aku bagitau, selalunya akan rasa sakit kalau kena suntik tifoid ni tapi kali ni ok ja tak sakit, tak rasa apa-apa pun. Memang terer la staf ni. Staf otai la katakan...
Betol tau, bab suntik @ injek ni memang ada yang dah pakar. Macam doktor yang aku selalu jumpa tu pun bila suntik ok ja tak rasa apa-apa.
Tapi bila kena yang tak berapa nak pakar tu, mau berbirat tempat suntikan tu. Aiyooo....
Adey panjang plak aku bebel, jom sambung citer kat atas.
Setel ja proses suntik menyuntik tu, staf akan tulis dalam kad yang telah dikhaskan untuk diberi pada penganjur yang mengesahkan bahawa korang telah ambil suntikan tifoid ni.
Perhatian dan amaran ya, sekiranya pengendali bisnes makanan dan minuman ni di dapati tiada suntikan ni, lesen perniagaan akan ditarik, sijil halal terbatal dan diarahkan untuk tutup premis perniagaan serta merta.
Pada kakak, abang, pakcik, makcik yang teringin nak buka bisnes makanan dan minuman ni walau pun sekadar buka warung dan jual nasi lemak tepi jalan pun harus ambil suntikan ni tau.
Ingat ya, jaga kebersihan tempat bisnes samada bisnes makanan dan apa saja untuk menjamin kesihatan anda dan pelanggan-pelanggan anda.
Okay, nanti bazar dah buka, aku up story tu plak ya. Daaa....
2 comments:
Die tutup hari ape yee??
Tutup hari Jumaat & Sabtu...UTM cuti ikut gomen...