/**/
Subscribe Twitter

Bercuti Ke Pekan Baru, Riau, Indonesia


Jom naik flight lagi...


Yessza...untuk pembukaan percutian tahun 2014 aku telah memilih untuk pergi ke Pekan Baru, Indonesia.

Niat di hati hendak ke Bukit Tinggi sekali tapi ada sesuatu yang tak dapat dielakkan terjadi. Nanti lah aku akan beritahu di bawah yer. Jeng...jeng...apakah itu...? Tuuuunggguuuu.....




Seperti biasa aku bertolak dengan kereta dari Johor ke LCCT. Niat di hati nak bertolak awal tapi biasa la, selalu nya takkan jadi memandangkan banyak benda yang belum diselesaikan dan kali ni lagi teruk.

Aku belum berkemas 1 apa pun lagi barang yang perlu dibawa. Parah ni. Huhuhu...




Sampai LCCT pagi, macam biasa aku relax santai sebab flight jam 11.20 pg. Macam biasa juga kekdahnya tapi kali ni aku check in guna system yang cangih canggus. Tak payah beratur panjang-panjang.







Peliknya kali ni tak pulak rasa takut nak terbang. Eksyen ja bunyi kan?. Cewah...







Aku tiba di Pekan Baru jam 11.55 pg. Waktu disana lewat sejam dari Malaysia. Penerbangan dalam 1 jam jugak la.




Turun dari kapalterbang, ada bas menunggu untuk bawa penumpang ke terminal @ airport Pekan Baru.




Turun dari bas kena mendaki tangga pulak naik ke atas untuk cop paspot. Berpusing-pusing tempatnya.














Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi



Setel cop apa yang perlu, turun pulak ke bawah guna eskalator atau yang rajin guna la tangga biasa untuk naik teksi pulak menuju ke destinasi masing-masing.

Terkesima juga bila tiba kat Sultan Syariff Kasim II International Airport Pekan Baru ni. Walau pun kecil tapi cantik tersusun jer suasana di situ. Tak la hiruk pikuk macam di Jakarta.













Aku naik teksi untuk ke hotel Grand Zuri yang mengambil masa 15 minit perjalanan. Jalanraya bagus tak jem, tak macam Jakarta, huh...lemas. Tambangnya pulak RP55,000.

Teksi kat sini siap ada pengenalan diri pemandu supaya senang nak buat aduan jika ditipu atau sebagainya. Bagus kan sistem macam ni.







Kali ni check in hotel semua berjalan lancar je. Lepas letak barang-barang aku terus naik teksi lagi untuk ke Plaza Sukaramai @ Plaza Ramayana.

Teksi pulak tambang nya RP25,000. Kat situ sempat la isi perut. Lapar tuh, so decide makan ayam kat A&W RP40,000.


Plaza Sukaramai
JL jenderal Sudirman No 01
Pekan Baru, 28000 Riau, Indonesia

TEL: (62) 761 854 909
FAX: (62) 761 854 906





Macam-macam ada kat situ. Murah jugak la harganya. Sempat jugak la merembat baju dan perhiasan. Buah pelik-pelik pun banyak jumpa kat Plaza ni.













Setel kat situ, pergi pula ke Plaza sebelah, namanya Plaza Senapelan. Plaza kat sini berdekatan antara satu asama lain. Plaza ni banyak jual gadjet. Hmmm..tak tertarik nak beli. Sorry...


Plaza Senapelan
Jalan Jend. Sudirman, Riau, Indonesia

+62 761 25588





Hanya beg dan kasut berjenama je aku beli kat sini. Murah sangat. Adoyai baru hari pertama dah banyak belanja, macam mana ni? Huhuhu...










Dan macam biasa aku akan pergi ke Indomart untuk beli roti dan sebagainya. So habis la kat situ RP25,000. Mana-mana tempat boleh nampak indomart ni. Kalau kat Malaysia ni apa lagi 7e la kan.







Dah penat jenjalan kat sekeliling tu aku terus balik ke hotel. Udah capek dong, badan pun dah ada rasa lain macam je, cam nak demam . Harap-harap tak la jadi demam tu kan sebab plan esok nak pergi mendaki Bukit Tinggi.



Sampai bilik, ambil ubat, terus mata layu, apa lagi, tidor laaaa.....


Aku pun tak faham apa nih...uwaaa...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak