/**/

Pages

Subscribe Twitter

Berhabisan Di Pesta Konvo kali Ke 56, UTM Skudai


Jom perabis duit...hehe


Wow...seperti biasa pesto konvo di UTM ni memang ditunggu-tunggu. Apa lagi kalau bukan nak bershopping perabis duit. Aktiviti pemghilang stress katanya. Kui-kui.

Tapi seriously aku nak bagitau memang tak kan rugi belanja waktu pesta ni. Semua murah-murah. Lagi la untuk orang perempuan. Waktu terbaik ni bershopping.

Pesta konvo tu diadakan selama 8 hari dari 20-27 April 2016. Aku sendiri 3 kali la pergi dengan geng dan anak-anak.

Lebih selesa pergi waktu malam sebab lebih santai dalam memilih. Banyak masa walau pun terpaksa berhimpit ramai-ramai.




Kalau dengan geng bas sekolah mesti lah beli tudung. Bole share-share beli dapat lagi murah berbaloi-baloi.

Kalau dengan anak-anak, mesti lah banyak beli barang diaorang. Tak kisah la janji semua hepi.

Macam biasa pesta kali ni memang serabut dengan jualan pakaian dan tudung je. Semua keperluan perempuan. Maklum je, student kan ramai perempuan tu la target penjual yang rata-rata datang dari Kelantan.

Aku pun turut sama jugak berkongsi booth jualan untuk mengenalkan produk sendiri. Dah ada pekerja yang jaga so tak payah pening-pening nak ambil tahu semua benda. Apa yang perlu aku tau habis konvo dapat untung. Gitu kekdahnya. Haha bossy sangat ni.










Hari pertama dengan geng bas sekolah ja habis RM200 semata-mata beli tudung. Hari kedua dengan anak-anak habis RM100 beli baju. Dan hari terakhir pesta habis RM300 beli baju dan barang-barang anak.

Korang bayangkan baju kurung perempuan RM10 sehelai camna la aku tak teruja rembat sampai 10 helai. Lawa-lawa tu. Bole pakai pergi kerja.

Aku suggest beli baju untuk hari raya sekali tapi hubby kata tak payah. Aku dah faham sangat dengan perangai dia yang suka beli last minit dekat-dekat nak raya.

Dia suka kalau berebut ramai-ramai beli itu ini sebab baru nampak meriah nak sambut raya katanyer. Haish tak faham betol aku mentaliti orang lelaki ni tapi layankan ja la sebab bukan aku yang keluar duit.

Aku tepek separuh ja dari baju yang aku rembat hari tu. Tudung tak sempat nak snap sebab dah basuh.




Anak-anak beli power bank dan gadjet yang lain. Jersi pun diaorang rembat. Dengan kasut sport dan macam-macam lah. Yang ni pun sempat snap sebab yang lain anak dah bawak balik asrama.




Gerai jualan makanan memang aku jarang singgah sebab tak berapa nak sedap. Harga pun agak mahal. Agak pelokek sket kat situ. Sori...!

2 jam jugak la melepak kat situ. Sakit kaki tak payah cakap la. Siapa dah biasa jalan dengan aku mesti faham macam mana aku dera korang kan? Hahaha...

Dalam pada tu sempat jugak aku singgah sekejap duduk kat pentas tengok Hafiz Shuib menyanyi. Hari tu Harith Iskandar buat lawak. Ayai pun ada jugak buat persembahan. Anak jati Johor la katakan.





Yang aku ralat sebab aku tak bergambar pun sekitar konvo. Leka dengan membeli belah tak hirau orang keliling. Terlupa jugak sekarang ni ada blog sendiri. Makanya apa yang ada ja la aku tepek kat sini eh kekawan.

Ok ni ja la aku nak celoteh pasal pesta konvo ni. Jumpa di pesta konvo terbesar pada bulan Ogos nanti. Kumpul duit siap-siap ya. Tatatititutu...!


Sesuai sangat tu untuk pesta macam ni...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai