Jeng..jeng...jeng...Apa kaitan gambar kat atas dengan tulisan ni? siapa yang log out sistem tu? Meh story sket.
Pada 26 April 2016 genap lah usia boss aku 58 tahun. Bersamaan dengan itu, maka berakhirlah episod pekerjaan beliau sebagai seorang pekerja gomen.
Sebagai staf aku memang alert bab-bab ni. So tiba masa tempoh akhir beliau aku ingatkan agar log out sistem pada hari tu.
Macam biasa, setiap tahun aku akan wish besday boss aku ni, tapi kali ni aku ingatkan dia sekali untuk log out sistem ofis buat kali terakhir.
Waa teruja betol wajah boss nak tukar title dari seorang Profesor ke Pesara Kerajaan. Huhuhu...
Masa nak snap gambar log out tu , boss siap panggil aku untuk bergambar bersama sebab aku adalah staf terawal bersamanya sejak penubuhan ofis aku ni.
Waa, kembang semangkuk bila rasa diri dipuji dan dihargai. Kih-kih...
Ok meh kita bergambar sama boss sebagai menunaikan permintaan boss yang terakhir walau pun masa tu muka aku sememeh sebab demam.
Cewah, diva sangat nih. Hahaha...
Boss dah bekerja selama 30 tahun katanya. 23 tahun di UTM dan 11 tahun menaikkan nama ofis ni dari tidak punya apa-apa sehingga dikenali semua terutama dalam bidang penyelidikan sampai sekarang.
Banyak pengajaran yang dapat ditimba dari boss aku ni. Waima dari pekerjaan mahu pun kehidupan.
Boss sendiri pun naik dari tangga bawah sebelum mencapai nikmat gaji di tangga teratas macam sekarang ni.
Sekaligus menjadi sumber inspirasi untuk aku. Kalau orang lain bole berjaya kenapa kita tidak? Yang penting usaha. Setuju tak?
Happy birthday boss dan happy relax time sebab dah bersara. Walaupun pada dasarnya boss tak relax pun lepas ni sebab sambung perkhidmatan sebagai pensyarah kontrak di UTM ni lagi.
Apa pun terima kasih boss sebab menjadi seorang boss yang baik bagi kami pekerja di pejabat ni. Cheerio....!