/**/

Pages

Subscribe Twitter

Exton Total Core Fitness Machine Dari Go Shop Sempena Hari Ibu


Mari bersenam...


Zaman serba teknologi sekarang ni semuanya senang. Nak apa ja ada depan mata. Klik dengan 1 jari ja dah sampai apa yang dikehendaki. Tak payah barjampi zam zam ala kazam bagai. Haha gitew ayat skema aku pagi-pagi ni.

Citernya berkisar sempena hari ibu yang lepas. Ingatkan tak da apa-apa present dari anak macam selalu. Rupanya ada uolls. Suka berganda la rasa...

Sebelum ni aku selalu berangan nak barang exton total core fitness machine yang ditunjuk dalam program go shop. Macam best ja...macam senang ja guna.

Kalau kat kedai luar harga RM499 tapi di go shop ni harga tertulis hanya RM199.

Beza hanya tempat sandar je di mana alat go shop ni lebih rendah penyandarnya. Tapi cara guna semua sama. Jadi buat apa beli yang mahal kalau yang murah ada. Betol tak?




Tapi dari sehari ke sehari tak jugak aku nak cuba order ke apa ka. Last-last lupa macam tu ja.

Sampai la 1 hari tetiba balik rumah ja ada kotak besar dalam bilik. Eh apa ni? Rasanya aku belum restok barang bisnes lagi.

Apa lagi dengan gelojoh la buka kotak tu. Biasa la aku mana pernah alert nak tengok detail apa yang tertulis kat kotak tu, main buka je terus.




Tengok-tengok dalam tu ada exton total core fitness machine dari go shop yang aku idamkan selama ni.

Uwaa...terharu sungguh la bila dapat tau tu semua dari pemberian anak-anak sempena hari ibu. Anak bujang 3 beradik ni kongsi duit beli barang idaman ibu diaorang ni.

Terharu nya rasa dengan ingatan anak-anak ni. Maklum bila semakin berusia, hati mudah tersentuh dan terusik. Sedih atau gembira air mata tu mudah mengalir.

Nanti kalau korang dah sampai peringkat umur macam aku ni korang pun akan rasa jugak perasaan macam tu. Tunggu ja la ya, tak tipu tau. Heee....




Senang ja cara nak berbelanja di go shop ni. Talian dibuka 24 jam. Korang boleh order melalui laptop atau handphone je. Pilih ja samada korang nak bayar guna online atau cash.

Ala korang buka ja la internet tu, berlambak tunjuk cara nak dapatkan produk apa yang korang berkenan kat go shop ni.

Macam anak aku dia bayar guna cash je. Barang sampai depan pintu 2 hari selepas tarikh order. Bayar cash je pada staf yang hantar tu. Tak da bayaran tambahan. Mudah kan?

Cumanya, hanya orang yang order barang saja yang akan dilayan segala pertanyaan di talian go shop. Jika orang lain call nak tanya itu ini memang diaorang tak akan layan, tak kira la ko ibu atau bapa si pengorder. Strict kat situ okay.




Apa lagi, aku paksa la anak aku jadi model sekejap demo cara guna bendalah ni. Meh aku story sket beberapa cara guna alat exercise ni.

Ada 4 cara kalau tak silap aku. Ikut kreativiti sendiri la ya. Banyak idea korang banyak la cara guna yang boleh dibuat.

1. Senaman perut

Kempis perut bak Che Ta katanya. Sekarang dah tak bole guna ayat perut kempis bak anak dara sebab perut anak dara sekarang pun boroi macam orang yang dah kawin. Ada yang lagi teruk. Hehehe...







2. Senaman pinggang

Kecik bak kerengge. Haa..ayat ni masih bole diguna pakai sebab kerengga memang selalu maintain. Kih3...




3. Senaman tangan

Kalau nak berotot-otot macam abang sado bole la buat cara ni selalu. Huhu...








4. Senaman kaki

Nak serupa kaki bangau, panjang, cantik dan kuat, sila amalkan ni selalu. Hahaha...




Anak-anak bulus aku pun selalu sebok naik bendalah ni. Haish korang pun nak ramping jugak ke? Ngeh-ngeh...




Sekarang ni macam-macam ada. Go shop la, wow shop la, aku bershop la, kih-kih...

Sekarang ni anak-anak aku akan tukar channel TV kalau aku dok ralit tengok channel go shop tu sebab tiap kali ada demo barang baru, semua aku nak order.

Tugas mengorder akan diserahkan pada anak -anak. Ya la kan, mudah sangat cara pembelian dan barangan pun berkualiti. Jaga-jaga Pn. Blog nak berbelanja untuk seterusnya di go-shop.

Setakat ni dah berangan nak beli elektrik oven dan magic saw set. Bersedia ya anak-anak dengan tugas masing-masing.



Memang best exton total core fitness machine ni. Mudah di alih ke mana ja kita nak. Senang diguna dan tak menyakitkan.

Aku rekomen korang beli dan guna alat fitness ni. Gerenti tak menyesal. Lepas ni bole la kita mantapkan semula perut tu kan. Tak payah susah-susah nak ke gym sebab kalau kat gym pun kita selalu pakai benda yang sama je.




Ok sambung lain kali ya, tunggu aku citer produk lain plak. Bye...


Stretching penting untuk Pn. Blog ya...







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai