/**/

Pages

Subscribe Twitter

Family Day Ofis Hubby Di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Desaru


Jom bersukaneka panas-panas terik ni...


Lambatnya nak up citer Family Day ofis hubby aku ni. Bukan apa, pentingkan karya yang lain dulu. Ni sekadar citer tambahan je. Ngeh-ngeh.

Kali ni Family Day JPS diadakan di Lotus Beach Resort & Spa di Desaru selama 2 hari iaitu 6 dan 7 Mei 2016.

Macam biasa acara sukaneka, BBQ dan cabutan bertuah akan dibuat macam kebiasaannya seperti tahun-tahun yang lepas.





Mulanya aku tak dapat join sebab ada urusan di Kuala Lumpur. Tapi bila staf hubby call beria ajak join so aku terpaksa lah memilih antara 2.

Akhirnya aku decide nak join Family Day ni sebab lebih penting tambahan pula staf dah call so kena la appreciate kan, maklum DIVA sangat Pn Blog ni. Kih-kih.




Lepas solat Jumaat kami bertolak ke Desaru. Perjalanan ambil masa 1 jam je.

Kami orang terawal sampai. Yang lain non ado lagi. Haish biasa la kan situasi lembap macam ni.

Ikut jadual jam 3 ptg dah mula sukaneka tapi semua tak nampak muka lagi. Tempat pun tak set up lagi. Bilik pun tak dibahagi lagi. Adus...!

Dek kerana kami sampai awal, so anak-anak aku tolong urusetia sediakan apa yang patut dulu.





Akhirnya semua family dah sampai. Boleh tahan ramai jugak la family JPS ni walau pun 1 ofis je. Dulu kalau buat family day bercampur dengan ibu pejabat sekali.

Dek kerana cuaca panas sangat dan dah dekat nak asar, so we all decide lepas waktu asar baru turun berkumpul semula.

Tepat jam 5 ptg acara sukaneka bermula. 20 acara sukaneka disediakan tapi akhirnya jadi 6 acara ja sebab kesuntukan masa.


Hadiah sukaneka no 1 - 4, penuh jajan dalam beg ni...


Kali ni dibahagikan pada 4 kumpulan. Masing-masing pasangan pakai baju sama warna iaitu hijau, merah, biru, pink. Eh kenapa tak da warna kuning ek? Kui-kui...

Aku termasuk dalam grup hijau, mak ko hijo katanyer. Dari sekolah dulu kumpulan hijau memang kuat. Caya lah Meed...!




Acara pertama adalah untuk pasangan suami isteri iaitu boling kelapa. Semua ikut kumpulan warna masing-masing.

Kumpulan hijau dua orang dapat jatuhkan kesemua botol air tu iaitu hubby aku dan kawannya. mantap seyh....

Aku menang gaya ja la kan. Hahaha...

Acara ni dimenangi oleh team hijau.








Kedua pulak acara baling belon berisi air. Team hijau jugak yang menang.




Kemudian acara tarik upih. Yang ni aku tak join. Malas dan tak suka la tarik-tarik ni nanti tercabut kepala lutut. Hehehe...

Yang ni team merah menang. Team kitaorang kalah sebab upih rosak. Haish...




Lepas tu acara budak kecik iaitu duduk atas bola sambil melompat. Acara ni dimenangi oleh team merah jugak.




Kemudian acara tarik bola guna gelung bulat. Kali ni team hijau menang.




Akhir sekali acara isikan air dalam botol sampai penuh. Team merah menang.




Untuk anak-anak aku tak da acara sebab rakan sebaya diaorang takda. Semua anak masih kecik-kecik. Redho ja la kan nak.




Last-last diaorang main bola sepak sesama adik beradik. Aku dan hubby pun join jugak.




Keputusannya adalah juara kumpulan merah dan naib juara kumpulan hijau dengan kekalahan 1 mata saja. Kumpulan biru no 3 dan pink no 4. Hadiah akan diberi waktu BBQ malam nanti.

Setel ja sukaneka aku lepak bilik dan hero-hero pergi berenang kat pool. Nak berenang kat laut dah petang sangat.











Jam 8.30 malam semua dah sampai ke tempat BBQ. Wah nyamannya udara malam tepi pantai ni. Ada 3 kumpulan besar termasuk grup JPS ni buat BBQ malam tu.













Sambil makan, acara pemberian hadiah sukanenka dijalankan dan seperti biasa cabutan bertuah pun diadakan sekali.




Macam biasa, hubby aku mesti akan dapat hadiah cabutan bertuah. Hamper ja uolls...!





Lepas tu ada 2 kuiz diberi sebab ada 2 hadiah terlebih. Soalan pertama berapakah ADUN di Johor dan soalan kedua berapa ramai yang hadir family day kali ni.

Menyesalnya aku tak jawab 130 orang kalau tak dah dapat oven panasonic. Ni sebok menjawab soalan customer sampai lambat nak jawab. Rugi sangat ni. Adey...!

Tak pa lah, dah dapat hadiah hamper tu ok la kan. Ceh..ceh..pujuk hati sendiri. Uwaa....!




Keesokkan harinya pulak macam biasa la, sama-sama turun berjemaah untuk sarapan pagi. Kalau yang malas nak berjalan kaki ke tempat makan, kenderaan ada disediakan.







Lepas sarapan masing-masing buat aktiviti sendiri.

Plan awal nak mandi laut tapi tak jadi sebab kemalasan melanda. Sudahnya dok ja la meronda dan melepak sekitar resort sampai waktu check out.



















Lepas makan tengahari , kami pun balik dan sempat singgah ke Mydin baru dibuka di Taman Pelangi.




Ni lah serba sedikit coretan yang dapat aku tulis. Apa pun happy dapat join dan jumpa kekawan hubby yang sama kepala di Family Day JPS kali ni.

Bye...!


Sapa tau sila jawab...hehehe...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai