/**/

Pages

Subscribe Twitter

Terpukau Mata Tengok Koleksi Jam Tangan


Tak berkelip mata tengok sebahagian koleksi jam ni...


Sapa ada hobi mengumpul jam tangan atau apa-apa jam la?. Kalau ada, kita serupa ya. Meh la share citer kesukaan membeli dan mengumpul jam tangan sama-sama.


Koleksi jam tangan terbaru beli di Singapore


Aku mula sedar yang aku ni memang pentingkan penampilan diri sejak kecik lagi.

Cumanya impian nak bergaya kurang tercapai disebabkan kehidupan yang kurang mewah masa tu.

Kita tak boleh cakap kita tak mewah sebab ada yang lebih susah kehidupan dari kita. Jadinya perkataan kurang mewah tu aku rasa sesuai sikit la kot.




Aku memang prihatin betol bab-bab barang yang melekat kat badan. Selain barang kemas, jam tangan adalah kepentingan untuk aku.

Ikut kan hati duduk di rumah pun aku nak pakai jam tangan. Tapi ya la, kenapa nak menyusahkan diri sebab leceh nak buat kerja itu ini. Jam dinding kan ada.

Pernah sekali waktu remaja, aku dan akak bercadang pergi ke bandar. Dalam perjalanan dari rumah nak ke perhentian bas, aku perasan aku tak pakai jam tangan.

Apa lagi, aku nak balik semula la ke rumah ambil jam tangan sebab rasa tak syok dan tak gembira kalau berjalan tak pakai jam tangan.

Tapi disebabkan bas dah sampai, malas pulak tu nak patah balik sebab jauh, aku pun terus naik bas.

Dari dalam bas, shopping barang dan sampai rumah semula, muka aku monyok je.

Akak aku pun temper je dengan aku yang monyok dan tak ceria sepanjang kami berjalan.


Jam yang baru dibeli minggu lepas...


Ada sekali tu bila berjalan dengan akak, aku terlupa lagi pakai jam tangan dan kali ni dia sanggup tunggu aku patah balik rumah semula dan biarkan bas pergi. Tunggu la lagi setengah jam bas datang semula.

Alasan dia sanggup tunggu macam tu sebab dia tak nak tengok muka aku monyok bila berjalan. Sebab aku ni jenis happy go lucky. Pot pet pot pet...ahhahaha...!

Masa tu tak berduit lagi so tak beli la jam baru. Membazir la kan. Kumpul duit sekolah tu bole beli barang lain dari beli jam tangan.

Perangai aku yang pelik tu masih melekat lagi sampai sekarang.

Sekarang ni kalau terlupa pakai jam ja aku akan beli ja jam yang jual murah-murah tu dalam RM10 ke atas, janji ada jam kat tangan. Teruk betol kan perangai. Hahaha...




Bila aku dah bekerja, aku mula dapat beli dan kumpul jam tangan sendiri. Koleksi katanyer.

Tak kira mahal atau murah harganya, janji bila aku dah berkenan dan nampak cantik, aku akan beli. Suka tengok jam tersangkut berwarna warni kat dinding.

Jam yang harganya mahal dan hadiah dari orang aku akan simpan dalam bekas special sket.

Aku lebih suka jam bertali besi dari bertali kulit. Selain senang pakai, tali besi ni tahan sikit.


Jam berpasangan (his & her)


Tali kulit ni senang tercabut, maklum yang pakai pun bukannya lembut sangat orangnya. Gerago orang dulu-dulu kata.




Ada 3 jam yang paling aku sayang. Pemberian dari orang sempena hari special, jadi kena jaga lah baik-baik sikit kan. Kenangan tu...!




JB BOVIER



Jam ni yang pertama aku dapat dari seorang sahabat (waktu bekerja di syarikat swasta) masa birthday aku ke 29 tahun. Dah 19 tahun dah usia jam ni.

Harga RM500. First time dapat pakai jam mahal. Suka la kan. Kembang kuncup dalam hati bak taman. Skima sangat ayat. Hahaha...


GUCCI



Jam ni pulak hubby aku bagi masa birthday ke 33 tahun. 15 tahun usia jam ni.

Harga RM700. Excited sangat masa ni sebab suka tengok blink-blink bagai. Mata pun jadi bersinar-sinar bila tengok jam ni. Huhuhu...


DKNY



Jam ni pulak aku terima waktu birthday ke 40 tahun dari teman sekerja sekarang. Baru 8 tahun jangka hayat jam ni.

Kalau kedua-dua jam yang lepas tu aku dapat surprise present, yang ni aku diberi pilihan untuk memilih sendiri dalam anggaran harga RM1000 ke atas.

Ingat lagi, berpusing-pusing 1 Johor mencari jam yang berkenan di hati sebab masing-masing cerewet dalam memilih.

Akhirnya jumpa di Midvalley Shopping Mall dan harga RM1000, masa tu kami berkursus bersama di KL. Boleh ja nak pilih yang lagi mahal, tapi aku ni baik budaknya, pilih yang ni ja la. Lagipun unik sangat.

Pernah sekali PA lama boss aku siap pegang tangan aku lepas tu dia kata, owh Meed pakai jam rupanya, akak ingat gelang. Cantik la...

Setakat ni memang ramai la tegur jam ni memang cantik. Berbaloi memilih hehehe...

Memang betol la orang kata, barang yang mahal tu memang tahan dan sampai sekarang ternyata ketiga-tiga jam ni masih boleh dipakai.




Baru-baru ni aku dapat pulak jam ni dari sahabat yang aku kenal sejak sekolah menengah lagi. Walau pun harganya tak semahal seperti jam-jam di atas, aku tetap ingat jugak sebab persahabatan yang terjalin lama.

Dulu dia pernah bagi aku jam dari luar negara yang memang dia beli khas untuk aku. Tapi mana ntah pergi jam tu (tak tau orang curi atau hilang masa pindah randah). Jadinya aku memang kenang dan akan jaga pemberian darinya kali ni.




Aku ni memang berfikir 2, 3 kali kalau nak beli sesuatu yang mahal. Bukan pelokek cuma beringat. Walau pun sekarang ni bole je dapat apa yang aku nak tapi aku kena beringat dan bercermat.

Tidak perlu membazir kecuali la memang aku teringin sangat. Kalau orang nak bagi free memang bukan tapak tangan je aku tadah, satu padang bola aku sediakan. Ngeh-ngeh...

Sebenarnya aku ni bukannya memilih sangat jenama atau harga yang mahal. Asal aku berkenan je walau pun barang tu murah, aku akan beli. Kebanyakkan jam-jam yang aku beli sendiri harganya tak melebihi RM50 pun. Biasanya RM10, RM20 dan ke atas.

Yang penting bermacam-macam warna dan boleh digayakan sedondon dengan pakaian yang aku pakai. Senang cerita aku akan sediakan tiap-tiap malam atas meja solek tu jam tangan, gelang, cincin yang sama warna dan sepadan dengan baju yang akan dipakai selain bedak dan pin bruj bagai.

Senang kerja tak payah pikir-pikir nak pakai mana satu esok paginya. Tak terkial-kial mencari padanan warna dan jimat masa. Sila tiru macam aku. Kui-kui...




Tu belum masuk bab handbag dan kasut lagi. Nanti aku kongsi lain kali la ya citer tu.

Biasa la orang perempuan kan, kalau nak pilih baju dah jadi satu hal plak gasak termenung depan almari tak tau nak pakai mana satu. Baju berlambak pun kata takda baju.

Maklum la kan, bila orang perempuan pakai baju yang sama ja, mesti orang akan tegur. Kalau lelaki pakai baju sama je tak plak orang nak tegur kan?.

Haaa...di situ dah nampak dah betapa cantiknya kurniaan Allah pada insan bernama WANITA ni. Syukur alhamdulilah sentiasa dipandang, diperhati dan disayangi.

Ok lah nak stop, nanti citer lain kali plak ya tentang hobi lain. Sekarang tengah nak survey tempat menyimpan jam tangan. Sapa-sapa tau tempat yang murah boleh roger aku eh.

Komen ja la apa yang korang nak, kat ruangan komen yang disediakan di bawah ni. Bye...


Sanggup ke pakai tatoo macam ni..???


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai