Bagi peminat kucing, ni ada berita baik untuk korang. Kedai kucing yang moden dan mewah telah dibuka kat Johor Bahru ni.
IMADI Pet
No 31, 33 & 35 Jalan Padi Emas 1/3
Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
GPS : 1.492167,103.708834
website : http://imakatzcattery.com.my/
Tel: +6019-5730551
Buka tiap hari 11 pagi - 11 malam
Kedai ni bersebelahan butik Fareeda dan sebaris Jakel. Dari luar dah nampak mewah sebab tu la macam di panggil-panggil untuk masuk ke dalam pulak. Meh kita terjah.
Masuk je kedai, korang mesti akan rasa teruja dan kagum dengan senireka dalaman kedai. Dalam melilau-lilau tu aku ditegur oleh seorang lelaki melayu separuh umur.
Borak punya borak, rupanya beliau adalah owner kedai ni. Waa untungnya aku dapat jumpa owner kedai, En. Ismail bin Mohd Ali. Peramah sangat En. Ismail ni. Tahniah sebab berjaya buka kedai kucing yang eksklusif kat Johor Bahru.
MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !! |
Menurut beliau, kedai ni merupakan cawangan yang ketiga dibuka. HQ adalah di Shah Alam. Cawangan kedua di Setapak Kuala Lumpur. Haaa...tak payah susah-susah, jalan setapak je dah sampai kedai. Hehehe buat lawak jap eh pagi-pagi ni.
IMADI merupakan singkatan untuk I-Ismail, M-Mohd, A-Ali, DI-Di mana-mana (Shah Alam, KL, Johor, Terengganu). Maaf En Ismail kalau saya silap sebab ingat-ingat lupa penerangan hari tu. Kui-kui....
Tingkat bawah kedai ni ada menjual berbagai-bagai keperluan kucing. Sangkar, permainan, makanan dan macam-macam lagi. Semua ada la. Senang nak cari dalam satu tempat. Harga pun berpatutan.
Ada juga berbagai jenis spesis kucing kat aras bawah ni. Comel-comel rasa nak peluk je. Hahaha...
Tempat rehat dan berfoto-foto pun sangat cantik terhias. Ada beberapa ruang yang masih kosong sebab stok belum sampai. Maklum baru buka aku dah terjah.
Ada disediakan rak khas penjualan buku tulisan En. Ismail yang merupakan pemenang pertandingan kucing peringkat antarabangsa tahun 2007.

Kemudian aku dibawa oleh staf En Ismail naik ke tingkat 2 pulak. Tingkat 3 belum buka. Aku siap cakap dengan En Ismail, waa besarnya kedai, boleh lawan Jakel ni.
Ketawa En Ismail bila dengar, terus dia bagitau plan awal memang nak buat besar macam Jakel tapi lambat booking bangunan tu.
Sampai tingkat 2 lagi la aku terpegun. Hish ni tempat kucing ke atau tempat apa ni? Mewah sangat perabot semua ni. Jakun eh Meed? Hahaha...
Staf @ anak saudara En Ismail, namanya Nazrin, menerangkan sedikit sebanyak berkenaan kedai ni. Aku cuba ingat semula ya apa yang diterangkan, maklum faktor usia kekadang lupa apa yang diterangkan. Kalau tau rekod je suara tu kan. Heee....
Kat kedai ni ada spesis kucing antaranya British Shorthair, Maine Coon, Abyssinian, Munchkin, Ragdoll, Scottish Fold dan macam-macam lagi. Korang tengok la google eh.
Aku suka dengan spesis Ragdoll sebab cantik sangat. Muka comel, bulu kembang dan lebat.
Nak beli kucing, nak jual kucing, nak main dengan kucing semua ada disediakan kat sini. Hebat sangat tempat ni.
Korang bole beli kucing kat sini dan pilih samada nak bawa balik atau letakkan kat situ, pihak pengurusan akan uruskan semuanya.
Bila free korang boleh datang lepak-lepak dan main kucing kat situ sebab tempat istirehat disediakan. Make sure bagitau awal sebelum datang untuk memudahkan pihak pengurusan menyediakan apa yang patut.
Kalau nak berniaga kucing pun bole. Bukan berniaga kacang eh. Haa...contoh macam ni.
Korang beli anak kucing kat situ seekor RM10,000 (digalakkan beli betina). Kucing tu nanti akan dikawinkan dengan kucing jantan kat situ. Kalau mak kucing RM30,000 seekor.
Bila kucing korang dah beranak nanti, contoh la keluar 4 ekor anak. Pihak pengurusan akan ambil salah seekor dari anak kucing tu sebagai upah kawinkan kucing.
Yang selebihnya korang boleh jual semula ikut harga yang korang nak. Biasanya selepas umur anak kucing tu 10 bulan.
Contoh lagi, kalau seekor RM10,000 atau lebih, korang bayangkan kalau ketiga-tiga kucing tu terjual. Untung kan?
Mesti ada orang yang akan kata, eh bole ke makan hasil duit jual kucing? Meh sini aku tepek apa yang dikatakan oleh En. Ismail.
Berdasarkan nas kitab Al-Anwar, adalah sah diperjual belikan binatang kucing peliharaan, tetapi bukan kucing hutan atau kucing liar.
Jadi apa lagi uolls, meh la berurusan tanpa ragu-ragu.
Kucing-kucing yang korang dah beli tu plak, korang bole pilih nak bawak balik atau letak ja kat situ biar pihak pengurusan yang uruskan. Tapi mestilah ada bayaran kan bukan percuma ok.
Bayarannya adalah RM7200 untuk setahun. Semua kemudahan disediakan. Makan, minum termasuk penjagaan dan ubat-ubatan jika kucing korang sakit. Senang citer lebih kurang RM600 la sebulan kos penjagaan kat sana.
Aku rasa berbaloi la kan. Macam sekarang pun perbelanjaan kucing-kucing kat rumah, aku keluarkan hampir RM300 (makan sahaja), tak termasuk shampoo dan keperluan lain kucing-kucing tu.
Belum masuk kalau sakit hantar klinik sampai jejak RM500 atau lebih macam hari tu. So aku rasa berbaloi la kalau kat situ. Tak payah pening-pening nak pikir itu ini. Tau-tau cukup tempoh ambil hasil. Cewah kalau dah otak bisnes semua benda nak buat duit. Kui-kui.
Gitew Pn Blog beria bagitau maklumat. Sori ya Nazrin kalau ada tersilap atau terkurang penerangan.
Apa lagi korang, pada pencinta kucing cepat-cepat la datang ke kedai ni sebelum kehabisan kucing.
Sebelum balik sempat lah aku buat member card RM10 seumur hidup. Boleh beli di mana-mana kedai IMADI Pet dengan potongan harga 10%. Lepas ni memang kat sini ja la akan beli makanan dan keperluan kucing.
Tahniah sekali lagi En. Ismail sebab dapat buktikan orang melayu juga mampu buat bisnes besar macam ni.
Datang tau korang. Rugi kalau tak pergi kedai ni. Byeeee.....!