Kali ni nak review hotel untuk Family Day ofis hubby aku yang dekat ja area Johor.
Termasuk kali ni dah 3 kali aku lepak kat hotel ni. Lebih bagus aku bagitau ni lebih pada apartment la yang sebenarnya.
Harga pun berbaloi, RM240 sahaja untuk 1 malam.
Lotus Beach Resort & Spa
Lot 1854, Jalan Desaru Bandar Penawar
81930 Kota Tinggi, Johor
GPS : 1.563615, 104.249460
Tel: +60 7-884 2800
Web: lotusdesaru.com
Aku stay kat blok D. Aras bawah ja pulak tu. Parking pun dekat dan luas. Suka sangat-sangat.
Kali ni bilik yang aku dapat kecil sikit berbanding yang dulu. Tapi cukup la untuk kami berlima ni.
Bilik ni bertingkat. Tangga pun tak berapa nak tinggi cumanya yang tak bagus sebab tangga tu berlubang. Kalau perempuan berskirt naik ke atas, mesti orang yang duduk kat bawah boleh skodeng. Hahaha...
Aras bawah ada tv, meja makan, sofa, peti ais, microwave dan bilik air. Kalau nak jimat bole la memasak bagai kat sini. Semua tersedia, rajin dengan tak ja nak buat.
Tingkat atas plak ada katil, almari pakaian dan bilik air. Bilik air atas ni besar dan ada bath up.
Bilik air semua ada hose. Hair dryer pun ada. Best sangat ni.
Ada peti box keselamatan lagi. Lepas ni aku akan mention eh kalau ada peti keselamatan atau tak dalam review hotel akan datang sebab benda penting tu.
Cuma yang tak best strika tak disediakan. Kena suruh house keeping hantar. Leceh betol la.
Patutnya kat bilik atas tu letak la tv jugak kan? Bole lepak-lepak kat atas tak payah turun. Ni tak, nak tengok tv kena turun. Malasnya rasa...
Cumanya yang buat puas hati kat sini sebab air paip kat sini sangat laju dan aircond serta kipas memang sejuk.
Kiranya semua alat elektronik berfungsi dengan baik la. Plug pun banyak tak payah rebut-rebut nak cas hp atau sebagainya.
Kawasan keliling pun damai ja. Tempat rekreasi memang banyak la kat sini.
Nak berenang kat pantai, kat pool ke, suka hati korang la. Ada penjaga yang bertugas disediakan setiap tempat. Don wori okay.
Yang penting kawasan dan tempat makan kat sini memang selesa la. Jangan risau la ya.
Aku rekomen la korang stay sini lebih-lebih lagi yang ada anak ramai dan famili yang besar.
Memang sesuai sangat la lepak kat sini santai-santai.
Ok ni ja review kali ni. Jumpa lagi di lain kali. Daaa....