/**/

Pages

Subscribe Twitter

Mewangi Perfume Fasha Sandha


Mewangi gitew...


Yeyyy...dah dapat Perfume Fasha Sandha !. Suka...suka...suka berganda !

Hish over la kan, macam dapat hadiah apa ja? Hahaha...

Ok nak cerita pulak pasal minyak wangi Fasha Sandha ni.


Dikeluarkan oleh D'Haja (geng kot).

30ml Eau De Parfum.

Harga mampu milik RM37 sebotol.





Dapat ja perfume ni aku terus tengok kotak, dan terus cakap wow!.

Berkenan sangat dengan design kotak dan cetakan gambar imej Fasha kat botol tu.

Elegant sangat budak Fasha ni. Ngeh-ngeh...

Walau pun kecil botol tu tapi nampak ekslusif dan mewah disebabkan impak grafik Fasha.




Tak sabar wei terus sembur la kat baju sebelum keluar pergi kerja. Nak tengok berapa jam bau wangi tu boleh bertahan.

Tak nak dengar cakap orang ja atau baca blog yang asyik puji yang semua kata tahan lama bau dia.

Aku nak buat eksperimen sendiri. Macam biasa semburan setiap kiri dan kanan adalah tiga kali sahaja. Tu pun dah semerbak baunya korang.

Bau dia soft, fresh dan ala-ala floral gitew. Hmmm...camna nak bagitau ek?

Haa...lebih kurang macam bau perfume Miracle Lancome la.




Memang benar bagai di kata, haruman tu bertahan lebih kurang 8 jam la sebab bila aku sampai rumah lepas waktu pejabat pun masih boleh bau wanginya tu.

Lagi satu suka dengan botol dia yang comel sebab nak bawak pergi travel pun senang dan tak beratkan beg makeup. Perfect kat situ.

Ok ni ja la nak kongsi review produk kali ni. Apa tunggu lagi, uolls beli tau jangan tak beli.

Best sangat bau dia. Tak rugi beli ya.

Inshaallah kalau habis aku akan repeat beli lagi.

Jumpa lagi di lain keluaran, bye...!


I pun ada perfume sendiri tau...tengok botol sama tak dengan body I? Hehe...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai