Korang dah habis ganti puasa tahun lepas? Aku baru terkedek-kedek nak habis ganti berbaki 2 hari lagi ni. Tu la asyik bertangguh ja, ni la jawabnya.
Plan awal nak buka puasa di Secret Recipe, Plaza Angsana, JB. Tekak rasa nak makan spagheti bolognese dan semestinya kek chocolate indulgence.
Malangnya bila nak order, staf kata spagheti dan kek dah habis. Hmmm...kecewa yang amat.
Pergi pulak kedai sebelah, Nelly's Cafe. Okay kat sini ada macam-macam makanan. Sebelum tu aku order lava kek di Secret Recipe.
Nelly's Cafe
Main Entrance
Plaza Angsana, Johor Bahru
Setiap Hari 10 pg - 10 mlm
Tel: 019-7766811
Pelbagai hidangan ada kat Nelly's Cafe ni. Tradisional dan Western semua ada uolls. Korang pilih la mana satu tekak tu nak makan.
Aku pun order la apa ja yang aku nampak sedap tanpa tengok harga makanan.
Nescafe panas, laksa johor dan spagheti bolognese. Haa...nampak tak betapa besarnya anak tekak Pn Blog nak melantak macam-macam.
Nak diet apanya kalau macam tu?. Hahaha...
Aku mintak tambah susu dalam nescafe sebab tawar sangat rasanya.
Laksa johor bole tahan la. Sedap jugak la walau pun bukan terlalu sedap.
Lepas 15 minit aku order spagheti bolognese. Bila spagheti sampai depan mata, mak ai, banyak nya. Tak terhabis la nak telan semua. Nak makan kek lagi.
Bakinya tapau la bawak balik rumah sambung makan lagi kalau lapar nanti.
Last sekali yang buat aku terkejut sikit adalah harga laksa johor tu. RM12.90 tuuuu....
Nak komplen sikit ni, rasa tu dah okay la tapi perlu ke harga terlalu mahal? At least RM10 pun ok lagi sebab rata-rata harga RM6.50 paling mahal aku jumpa.
Agak-agak la wei kalau nak bagi harga makanan tu.
Spagheti plak RM15.50. Harga western biasa la memang tak masuk akal walhal biasa ja bahan dia. Walau pun banyak tapi tang rasa tu memang out la. Tak in kat tekak aku. Rasa tomato je. Kering plak tu.
Dan yang lagi hampeh, bila makan lava kek Secret Recipe. Mahal tapi tak sesedap lava kek VIVO.
Setakat ni kek chocolate indulgance ja yang memikat hati dan seleraku. Huhuhu...
Maaf la ya tuan cafe, aku bukan lah nak komplen sebab mesti akan ada orang kata kalau nak murah masak la sendiri.
Tapi ni review aku yang jujur dan harapnya tuan cafe dapat perbaiki lagi apa yang kurang ya.
Suasana cafe memang aku rekomen la korang datang sini sebab damai je. Aman takda muzik yang bingit dan angin luar bertiup lembut ja. Nyaman terasa.
Susunan teratur, bersih dan kemas. Bagi markah penuh kat situ. Hehehe...
Ok lah ni ja yang boleh aku kongsi tentang Nelly's Cafe ni.
Jumpa lagi di keluaan akan datang. Daaa....