Ni bukan review cerita Tentang Bulan di pawagam ya. Ni review pengalaman sendiri.
Kisah zaman kecik-kecik la ni citernya. Terpandang bulan semalam terus teringat nak up citer bulan.
Macam ni mula kisahnya. Bapak sedara aku dulu sorang pemandu lori (lapan tayar punya lori, panjang tu).
Kalau dia nak pergi ziarah sedara mara yang lain, dia akan angkut satu rumah pergi sekali. Dia akan bawak anak bini dia dan mak aku (adik dia) dan kitaorang adik beradik sekali join.
Anak termasuk bini dia dah 9 orang. Mak aku anak beranak dah 4 orang. Korang bole bayangkan kalau dah ramai macam tu, kenderaan apa agaknya yang kitaorang naik?.
Haaa...apa lagi naik lori la jawabnya.
Dia akan bentang tikar kat atas lori tu (lori syarikat Kwok Brothers kalau tak silap aku).
Mak aku dan bini dia duk kat depan sebelah pemandu. Aku dan sepupu semua dok kat belakang lori tu.
Best woo, aku cakap korang. Perjalanan dari rumah kitaorang di Jalan Baiduri ke Kg Melayu dalam setengah jam jugak la. Kalau korang apa yang korang akan buat?
Bapak sedara aku dah pesan duduk diam-diam jangan berdiri dan jangan ke kiri ke kanan. Duk je tengah-tengah lori tu. Mesti bosan wei...
Aku ajak sepupu aku main macam-macam permainan. Dam ular la, batu seremban la (walau pun lori goyang-goyang) dan macam-macam lagi. Maklum aku chief masa tu. Kuat main sangat ni. Hahaha...
Ada satu kali tu aku tak da mood nak main. Makanya kitaorang duk diam ja atas lori tu. Ya la tak da arahan dari chief jadi semua la beku. Huhuhu...
Lupa nak bagitau, kitaorang bawak sekali bantal, kot la lambat balik kitaorang boleh tido kat atas lori tu nanti.
Bila aku baring, semua la ikut baring. Masa tu aku darjah 3 kalau tak silap. Aku dan sepupu sebaya dok baring sebelah menyebelah sambil mata tengok atas langit.
Masa tu terpacul, eh korang tengok tu, bulan tu ikut kita la. Lepas tu semua tengok ke bulan.
Yang sedapnya bila semua dah perhati, maka keluar la pulak statement tentang muka bulan tu. Apa yang di lihat dan apa yang di teka atau di rasa.
Aku sebagai chief masa tu terus cakap, eh kat dalam bulan tu macam ada orang tua sedang bongkok menjahit la?
Sepupu aku pulak cakap macam ada orang tua pakai sarban tengah sujud.
Sorang lagi cakap macam ada ahli sihir naik penyapu.
Sorang lagi cakap macam makcik jahit guna mesin (yang ni memang kelakor). Poyo betol ada mesin jahit segala. Bhahahaha...
Tapi kalau korang tak percaya cuba la tengok malam ni kat dalam bulan tu ada rupa apa?
Memang kalau perhati betol-betol bentuk dalam tu memang akan berubah-ubah.
Atau korang sendiri pernah buat tekaan sendiri tentang bulan ni.
Tu la dia imaginasi zaman kecik dulu. Budak sekarang imaginasi lagi wow kot sebab dah terdedah dengan evolusi canggih sekarang ni. Eh, betol ke evolusi...haha..layan ja la labu.!
Ok ni je nak share. Jumpa entry lain bila teringat semula memori zaman kecik. Daaa....