Pada mulanya nak sarapan di luar hotel tapi fikir-fikir baik sarapan di hotel ajer la. Masa tu dah hampir nak habis waktu sarapan so aku turun dulu makan lepas tu baru bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya.
Tak jadi pergi ke Bukit Tinggi sebab dah terlewat bangun. So plan dah di tukar dengan acara yang lain. Ronda-ronda keliling Pekan Baru ni ja.
Tempat pertama adalah ke Pasar Bawah (kekonon popular dan mesti pergi). Jom kita tengok apa yang menarik kat situ.
Naik teksi ke sana RP25,000, lebih kurang jam 11.25 pg sampai ke Pasar Bawah.
Plaza @ Pasar Bawah
Pekanbaru,Riau, Indonesia
0°32'16"N 101°26'36"E
Tengok macam ntah tak tau nak kata apa tapi yang betulnya, memang teruk la. Hehehe...
Pasar bawah ni ada 3 tingkat kalau tak silap. Tapi yang banyak jualan hanya di tingkat 1 dan 2 ja. Tingkat bawah sekali ada jual bermacam-macam jenis kerepek.
Di luar kedai tepi-tepi jalan pulak banyak kedai jual karpet dan barangan dapur. Terfikir pulak aku ramai sangat ke orang kat Pekan Baru ni?
Kaya ke semua mereka ni sebab barangan kat sini nampak mewah terutama barangan keperluan rumah.
Penat menapak aku rehat sebentar di satu kedai jual baju dan souvenir. Kat sini aku rembat 6 helai tshirt bertulisan Pekan Baru RP 240,000 dan key chain serta beberapa barangan cenderahati yang lain RP240,000 juga.
Memang kesian la kat sini sebab tak da jual fridge magnet Pekan Baru.
Lepas tu aku turun ke bawah untuk melihat-lihat kerepek yang dijual tapi tak sangka pulak aku akan berkenan untuk membeli beberapa jenis kerepek (dalam 5 jenis jugak la, yang tak bole jumpa kat Malaysia).
Eh..eh ..baru perasan bila tengok gambar tu semula orang lelaki belakang aku tu macam skodeng beg aku la, ke gelang tangan aku? Wakakaka...
Tunjuk kat geng-geng diaorang kata, haa...tu la Kak Meed lain kali jenjalan jangan pakai gelang tangan. Huhuhu...
Ya la kan yang kita semua tu dok ralit tengok kerepek, dia ralit tengok barang-barang kita.
So pengajaran untuk kita semua ya, nak melancong jangan pakai barang kemas macam pokok krismas gamaknya. Bhahahaha....!
Kedai-kedai yang nama diaorang aku tepek kat sini korang boleh pergi sebab boleh tawar menawar dan servis tip top.
Dah penat memborong aku decide nak cari tempat makan. Tahan teksi lepas tu supir tu bagitau ada 2 tempat restoran yang sedap dan menarik.
Akhirnya supir bawa aku makan di Pondok Patin HM Yunus. Luas dan besar kawasan parking yang boleh muat berpuluh kereta.
Pondok Patin HM Yunus
Jl. Kaharuddin Nasution No.1, Simpang Tiga, Riau, Indonesia
+62 761 674796
9 pg - 9 mlm
Pondok Patin ni terkenal dengan masakan pinang, patin masak gulai, ntah apa lagi aku lupa. Tapi jenis yang hidang banyak lauk la.
Kalau tak nak makan jangan cuba-cuba sentuh nanti kena bayar ye. Aku ajak Supir join aku makan sekali. Ya la tak sedap la kan dia penat hantar kita lepas tu kita abaikan dia macam tu ja.
Makan kat situ aku berhabisan RP188.000.
Setel makan aku meronda sekitar Pekan Baru. Sempat singgah ke Muzeum Daerah tapi tak boleh nak masuk sebab tutup separuh hari. Ralatnya rasa.
Muzeum Daerah Tangkerang Pekanbaru
No.194, Tengkerang Tengah, Marpoyan Damai
Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia
+62 761 33466
Masih awal lagi jadinya aku arahkan supir bawak jalan-jalan ronda lagi. Sempat la snap gambar monumen dan segala macam tugu. Rajin betol diaorang ni bina macam-macam tugu kat sini.
Ada jugak supir tu tunjuk ladang pokok gaharu kalau tak silap aku. Penerangan dari dia aku dah lupa. Sori la ya.
Selidik punya selidik rupanya supir ni bukan calang-calang tau akademik dia. Habis sekolah tinggi tu. Susah dapat kerja jadinya jadi lah supir sebab tak nak buang masa dan nak menyara anak bini.
Sebelum tu sempat ke Masjid Agung An Nur. Wah kagum sekejap tengok senibina masjid tu. Cantik sangat. Dibuat tahun 1968, dah sama umur dah masjid tu dengan Puan Blog. Alhamdulilah.
Masjid Agung An Nur
Jl. Syekh Burhanuddin, Riau, Indonesia
+62 761 271612
Lepas tu supir hantar semula ke hotel. Tapi sebelum tu sempat lagi ke Mall Pekan Baru. Macam-macam ada kat sini. Tapi tak teruja sangat nak bershopping kali ni sebab badan dah mula rasa panas dan tak selesa.
Dinding tulisan ni pun harus bergambar tau sebab aku perhati di setiap blog mesti akan ada orang bergambar kat sini.
Kalau tak berfoto kat sini maknanya tak tau la yang korang dah sampai Pekan Baru ni. Gitew kekdahnya.
Dek kejakunan orang berposing kat sini kot sampaikan huruf Mall tu dah hilang L belakangnya. Hahaha...
Mall Pekan Baru
Jalan Jendral Sudirman No.123, Riau, Indonesia
+62 761 850777
10pg - 10 mlm
Aku singgah ke Vanhollano Bakery untuk membeli roti dan air serta singgah ke A&W untuk beli ayam buat makan pada malam tu. Aku rekomen kedai ni sebab roti dia lembut dan sedap. Keadaan dalam kedai even dapur dia pun bersih dan kemas teratur je.
Roti yang aku pegang tu memang walla sedap rasanya. Cuba la ya.
Vanhollano Bakery
Jl. Jend. Sudirman, Kota Tinggi, Pekanbaru Kota, Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia
7 pg - 10 mlm
Lepas makan je aku membaringkan diri kerana badan makin panas dan dah tak larat. Tidur dengan lena. Bom meletup pun mesti aku tak dengar. Huhuhu...