/**/

Pages

Subscribe Twitter

Keberkesanan Rawatan Asap Resdung


Cuba rawatan cara asap pulak...


Hai korang...nak share lagi kisah rawatan resdung. Jangan bosan la eh sebab asyik citer resdung ja tak habis-habis. Hahaha....

Bukan apa, nak berkongsi dan bagitau banyak cara nak ubati penyakit resdung ni.

Kalau dulu hingus dipaksa keluar tapi kali ni stail lain pulak. Rawatan asap @ rokok resdung namanya.

Dulu pernah buat jugak rawatan macam ni. RM25 untuk tempoh 20 minit.



Bakawali Spa
Block N23a, Institute of Bioproduct Development
Universiti Teknologi Malaysia
81300 Johor Bahru, Johor.

Tel: +607 553 6474
Produk & Servis : +607 553 6471

Fax : +607 554 9293





Kali ni RM45 untuk 1 jam rawatan. Camna plak tu? Meh aku story sket kat sini.

Geng aku yang rekomen tempat ni sebab dia dah buat dulu. Kelakar la kan, tempat rawatan dekat je dengan tempat kerja jadinya tapi tak pernah tau.

Apa lagi aku terus la call buat appointment.

Sinus treatment katanya. Ok cuba ja la dulu buat kat sini plak. Mana tau serasi.




Macam-macam rawatan disediakan kat sini.










Ruangan Spa ni besar dan kemas ja. Wangi sangat.
















Mula-mula staf bersihkan muka aku dulu untuk hilangkan dari segala bedak dan sebagainya. Sejuknya dan lembut ja tangan staf terasa di muka.

Maklum, aku tak rajin buat facial muka kat spa sebab tu la bila kena usap tu rasa nak terlena plak.

Setel bersihkan muka guna susu pembersih, staf usap lagi muka aku gunakan scrub untuk buka liang pori katanya.

Sementara tunggu scrub tu kering, dia urut bahu dan belakang badan. Mak ai sedapnya rasa.

Selesai ja semua tu dia mulakan dengan acara membakar lilin rokok. Cewah ayat macam mendebarkan je.

Rokok resdung yang pertama dia letak di dahi dan area kening serta mata. Rasa pedih jugak la. Bunyi krik..krik..cengkerik...hehehe.







Rokok resdung kedua diletakkan ke telinga kanan dan area hidung. Mak ai masa ni aku terhidu asap masuk dalam hidung dan mulut. Sesak sekejap rasa.







Rokok resdung terakhir di usapkan di telinga kiri dan sekitar hidung. Sama juga terasa perit muka dan kali ni memang lebih perit la berbanding sebelah kanan.




Bila dah selesai semua tu staf suruh aku tutup mata dan letak tisu atas mata. Dia akan letakkan masker atas muka aku untuk menyejukkan semula muka.

Staf letak kain jaring sekitar muka dan mula menyapu masker. Sejuknya...best betol. Dia suruh aku berehat atau tido dalam 5 atau 10 minit untuk masker tu kering.





Aku rasa lebih dari 10 minit sebab siap terlena sekejap. Lepas dia buka masker tu, muka terasa lembut dan gebu ja. Lepas ni nak terus pakai la masker macam ni.




Sebelum rawatan tamat staf minta aku duduk dan mula mengurut bahu dan belakang badan. Wow..best betol. Kuat tangan ko dik urut badan akak ni. Cam tak nak bagi ko berenti mengurut je. Heee...

Ngam-ngam 1 jam sesi rawatan. Perfect gitew waktu korang.

Staf bagitau next time kalau nak urut belakang badan dan bahu ja pun bole. RM35 untuk setengah jam. Kena buat temujanji dulu sebab ramai staf UTM dah tempah lepas waktu pejabat.




Aku rasa rawatan ni berkesan sebab air mata aku dah berhenti mengalir. Kalau tak keja asyik nak mengelap air mata ja.

Akan repeat lagi buat sinus treatment ni. Best sangat. Tak menyakitkan. Siapa yang ada resdung tu, korang harus cuba tau rawatan ni.

Okay tunggu next citer...mohon permisi dulu ya.. Babai...!


Zam-zam ala kazam...

































































































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai