/**/
Subscribe Twitter

Perit Hidung Buat Rawatan Resdung

Siap sedia untuk srot..sret..srot...


Berikutan dengan kisah alahan ubat hari tu, mata aku ni tak berapa nak okay. Jumpa doktor semula dia suspek sinus @ resdung la plak.

Makan antibiotik dan segala bagai ubat tak nak menjadi jugak. Hmmm...susah betol kan kalau orang ada alahan ubat ni. Sabar ja la kan.

Geng ofis cadangkan aku buat rawatan resdung yang keluar hingus tu. Hish tak nak la sebab adik aku pernah buat dia kata sakit. Tapi memang lega la lepas tu katanya.

Cumanya bertahan sebulan dua ja lepas tu datang balik resdung tu kalau tak jaga makan atau alahan lain.

Dek kerana tak tau nak buat apa lagi dah, aku pun folo la cadangan kawan aku tu. Ada la survey 2 tempat, Permata Hijrah dan Sinar Permata.

Nak dijadikan cerita, dah rezki Sinar Permata kot, jadinya aku buat appointment nak buat rawatan kat situ lepas waktu bekerja.





Sinar Permata
33, Jalan Padi Emas 6/2, Bandar Baru Uda
82100 Johor Bahru, Johor

GPS : 1.4993564, 103.708206

Tel:+60 13-302 4886
+60 19-790 9888

Harga Rawatan Dewasa : RM50

Harga Rawatan Kanak-kanak : RM30





Sampai sana jam 6.30 ptg. Rasa berdebar jugak ni sebab kenangkan sakit nanti. Korang bayangkan sedut serbuk masuk dalam hidung. Sedut air masuk hidung ja pun dah perit. Adoyai...








MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !!



Korang akan di diagnose secara percuma dulu untuk mengetahui bahawa korang ada resdung atau tak. Lepas tu terpulang la nak terus buat rawatan atau tidak. Rawatan dalam 30 minit je.

Mula-mula staf beri putik kapas yang dicelup dalam cecair apa ntah, dia suruh letak kat telinga. Sambil tu dia suruh aku sedut serbuk kat hidung.

Aku mengelat, sedut sikit ja.

Waaa...perit oooo rasa macam nak kuar bilik tu jam jugak. Hahaha...

Dalam 5 minit staf datang balik dan suruh keluarkan putik kapas tu. Dia tanya ada tak bunyi krik..krik masa kat telinga tu. Dah macam cengkerik la plak kan krik, krik bagai. Huhuhu...

Aku kata ada la tapi sikit ja. Tak kuat pun. Dia kata kalau ada bunyi tu maksudnya aku ada resdung. Haaa...ya ka?. Bukan kalau semua orang pun letak benda tu mesti akan kuar bunyi tu ke? Kih-kih lawak la ko ni Meed.

Aku pun redho ja la nak buat rawatan terus. Dup dap dup dap jantungku. Gitew...




Dia suruh standby tong sampah depan muka. Dia suruh aku sedut lagi serbuk apa ntah tapi kali ni lagi banyak la aku nampak. Tak sempat nak tengok serbuk apa sebab kejadian berlaku dengan pantas. Cewah propa sangat ni.

Tak lama lepas tu aku bersin sampai keluar air mata. Masa tu ada 3 orang lain yang buat rawatan. Dah berlawan-lawan la bersin. Siapa paling kuat dia menang. Huhuhu...




Tak lama lepas tu, dia masukkan plak putik kapas yang basah dan air dalam hidung kemudian suruh aku tunduk. Apa lagi, merembes la segala tok nenek air mata, air hidung, air mulut.

Staf tak bagi aku lap atau gerak. Eh, macam ni segala benda la masuk dalam mulut nanti. Masin woo...hahaha...

Sambil tunduk mata aku sempat melilau tengok orang kiri kanan tu. Diaorang ada yang keluar hingus kuning, banyak tak berhenti. Tapi aku macam tak da keluar banyak hingus pun macam diaorang tu.







Dalam 10 minit staf datang, dia picit, urut area dahi dan pipi lepas tu dia suruh hembus hidung 2 kali kiri dan kanan. Masa tu keluar la lendir hingus tapi aku punya cantik eh putih bersih. Heee...







Staf suruh aku tarik nafas dan hembus lepas tu dia nak masuk kan lagi untuk kali kedua proses macam tadi. Argh tidaaaakkkkk....

Tahan ja la, tadah ja la hidung tu kan. Lepas letak tu semua sila tunduk balik. Dah keluar bintang-bintang dah mata aku ni gasak menunduk je.

Proses yang sama macam tadi berulang balik. Rasa lega la jugak hidung tu nak bernafas walau pun aku tak selsema pun sebenarnya.













Ingat dah setel, bole la bangun dan balik. Rupanya tak uolls. Kena buat proses macam tu lagi untuk kali ketiga tapi kali ni dia letak putik kapas dan air yang bila aku sedut tu rasa berangin. Lapang ja rasa. Lega wei. Syok. Tapi perit hidung jangan cakap la kan.

Ketiga-tiga step tu pun hingus tak banyak keluar. Tapi ok la at least aku dah merasa. Perit jangan kata la kan.








Setel ketiga-tiga rawatan cucuk lubang hidung tu, staf tu sembur plak air ke muka aku (dia suruh buka mata masa tu).

Lepas tu dia bagi tisu letak dan tutup mata. Kemudian dia pakaikan cermin mata (ala-ala mata serangga dah jadinya huhu).

Dalam 5 minit relax dengan getaran spek hitam tu. Sedapnya masa ni rasa nak tido je. Heee....




Masa buat bayaran staf bagitau aku perlu buat rawatan tu sebulan 3 kali sebab hingus dah tebal dan pekat. Eh, ya ka? Adoyai, tolonggg....

Staf suruh aku berpantang dari minum air batu dan makanan laut selama 2 minggu.

Sambil tu cadangkan aku beli pil resdung RM100 dan Jus Resdung RM108. Sabun resdung tak perlu sebab aku tak da jerawat.

Ni bukan paksaan tapi ikut korang la nak beli atau tak. Tapi pil dia agak panas sket la sebab kandungan herba kat dalam tu.

Aku pilih beli ja la pil dulu tapi sampai sekarang belum telan pun pil tu.

Ops lupa nak bagitau, kalau korang ada semput jangan lupa bawak penyedut semput @ inhaler ya.










Staf maklumkan jugak lepas buat rawatan tu kita akan rasa tak selesa atau selsema dalam masa 2 hari. Aduh lagi parah dan leceh ni tapi nak buat macam mana, terima ja la kan.




Kesan yang aku dapat rasa memang la rasa lega kat hidung tu dan pernafasan lancar. Cumanya aku tak pasti nak buat lagi rawatan tu atau tak sebab terkenangkan rasa perit waktu sedut tu. Penakut sangat ni. Hahaha...

Apa pun, kalau korang nak tau apa rasa, korang kena cuba sendiri. Aku cerita ikut apa yang aku lalui dan rasa sendiri. Mana tau korang bukan spesis penakut macam aku so korang ok ja buat rawatan ni.

Tepuk dada tanya selera. Selamat mencuba...!


Malang punya pengantin...huhu...


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak