/**/

Pages

Subscribe Twitter

Review Grand Zuri Hotel, Pekan Baru, Riau, Indonesia


Rekomen hotel nih...


Bangun pagi pun badan tak berapa nak sihat. Selalu berjalan bawa ubat demam tapi kali ni tak bawa pulak. Adoyai...

Masa ni la pulak nak kena demam la, itu la. Hmmm....

Makan pil kat sana memang tak berkesan, kesian aku kan. Lepas sarapan di coffee house hotel, aku terus ambil teksi ke airport.

Ops, sebelum tu meh aku cerita tentang hotel ni. Terlajak lupa plak bila dah start bebel nih...


Grand Zuri Hotel
Jl. Teuku Umar No.7, Rintis, Pekan Baru, Riau, Indonesia

+62 761 857888

Deluxe Room - RM171.15 Per Night








Bilik memang besar dan luas. Wangi pulak tu. Tempat berdandan diletakkan di satu sudut terceruk sikit.

Yang ni aku tak berapa suka sebab jauh sangat nak pergi bersolek dan berdandan. Leceh nak gerak sana gerak sini.

Kat ceruk ni jugak disediakan hair dryer. Waa suka sangat ni. Boleh berlama-lama membelai rambut.

Strika pun disediakan tapi tak sempat snap terlupa sudaaa....










Bilik air pun luas dan ada hose serta keperluan lain. Aku cukup suka kalau dapat bilik yang ada bath up bole berendam lama tanpa gangguan. Ngeh-ngeh...




Staf baik walau pun servis agak slow. Internet laju macam kilat. Zaaazzzz gitew...!







Makanan kat coffee house pun tip top. Tak la nasi goreng semata. Ada la jugak western food kat sini. Mantop buk.








Aku rekomen korang stay hotel ni. Mewangi je bau harumnya. I like...



Ok kita sambung plak kisah budak demam ni.

Perjalanan ke airport hanya 30 minit sahaja. Tambangnya RP50,000.00.







Kerana masa masih awal lagi aku melepak je tak kuasa nak berjalan-jalan sebab badan tak berapa nak sihat.
















Setengah jam sebelum masuk ke balai berlepas, aku mengambil keputusan untuk makan dulu. So makan la nasi goreng panas RP60,000.00.










Flight jam 2.50 ptg. Nasib baik ada bas disediakan menuju kapalterbang. Tak laratnya rasa nak berjalan kat terminal tu. Kalau ada orang dukung macam dalam cerita Korea tu kan bagus. Hahaha...













Dalam flight pun aku selubung, tak makan, tak bercakap. Geng-geng snap gambar curi-curi. Ni la hasilnya muncung panjang boleh sangkut payung.

Sori auntie sebelah tak sempat nak bertegur sapa beriya. Dah loklak makan ubat.

Nanti korang ada ubi ada batas eh. Babap baru tau...

Adoyai bila la nak sampai ni. Fuh...




Flight landing di LCCT pada jam 3.45 ptg waktu Malaysia. Selepas ambil minum petang, aku bergerak balik ke Johor tapi sempat lagi singgah di MYDIN N9 yang baru dibuka dan katanya MYDIN terbesar.

Tapi hampeh sebab tak ramai pun orang datang. Jualan pun tak menarik. Walau pun demam aku tetap gagahkan jugak kaki untuk merayap.







Memang kalau dah kaki shopping, demam pun jadi baik. Dua helai baju kat patung depan aku tu pun aku sapu jugak. Murah beb RM59.90 jer sehelai.

Dapat rembat 7 helai baju kat situ muka terus ada senyum. Hehehe...




Sempat lagi makan mee utara yang memang jadi kemestian kalau singgah mana-mana Mydin. Sedap sangat nih...




Masuk je dalam kereta badan panas semula. Senyap je tak da mood nak berceloteh.

Akhirnya aku selamat tiba di Johor pada 11 malam dan terus ke klinik.

Pada mulanya staf kata klinik dah nak tutup tapi aku berkeras untuk berjumpa doktor kerana tak tahan demam dah 3 hari.

Alhamdulilah jumpa doktor yang biasa aku jumpa, siapa lagi kalau bukan Doktor Alwi....TQ Doktor....!!!

Pengalaman pertama jalan-jalan dalam keadaan badan yang tak sihat, demam katanyer, hehe...!!!


Hebat sangat ni..tak tau nak kata takut ke tak stay sini...


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai