Masa hantar barang pada agen tempohari, aku terpandang kan satu lori simen kat jalanraya.
Nak bagitau apa sebenarnya ni ek? Bagus sangat ke setakat lori simen je pun. Hahaha...
Bukan apa korang, ni menggamit kenangan lagi, zaman budak kecik katanyer.
Jom dengar kisah selanjutnya.
Arwah ayah (aku panggil BAK) merupakan seorang buruh binaan di Singapore. Kalau cuti sekolah aku dan adik beradik akan ikut bak duduk kat sana. Biasanya seminggu la.
Masa tu bak aku dah buatkan kami pasport asing-asing so bole pergi ke Singapore ikut suka kitaorang je.
Selalunya mak akan hantar kitaorang kat station bas Johor dan bak akan tunggu kat station bas Singapore. Woodland ja pun. Dekat sangat tu.
Kalau waktu jem, kitaorang akan berjalan kaki ikut orangramai yang rata-rata adalah pekerja kilang. Best woo berjalan sepanjang tambak Johor.
Kalau zaman sekarang memang tak la, aku nak biarkan anak-anak atau budak seusia kami dulu pergi sendiri, sebab bahaya. Dulu mana ada kes culik atau seangkatan dengannya ni semua.
Orang dulu baik-baik tau. Hehehe...
Aku ni kan jenis budak terejal @ kasar macam budak lelaki. Rambut memang tak pernah bela panjang melepasi bahu. Kalau panjang sikit ja mak akan gunting sebab dia kata nanti aku jadi nakal. Sampai macam tu sekali kan heroin dia sorang ni.
Tapi bukan Tomboy eh sebab aku still suka pakai baju gaun, skirt dan yang sepatutnya. Cuma agak kasar saja ya. Chief la kata kan. Huhu...
Satu hari tu kami adik beradik main kat kawasan kerja bak aku. Tengah panas terik tengahari bole main lagi kan. Hitam belegam jangan citer la muka masa kecik-kecik ni.
Kitaorang main sembunyi ibu. Masa tu aku dan adik sembunyi, akak tukang cari.
Adik aku sembunyi tang mana aku tak tau la. Yang pasti aku ada nampak satu lori simen ni tengah parking cantik je area kawasan pembinaan tu.
Aku tak tau tu lori bancuh simen. Aku ni memang ada satu perangai yang kurang memerhati. Main redah je segala benda.
Apa lagi, bila nampak tangga aku pun panjat la naik atas tu. Lepas tu dengan selambanya masuk dalam tong bulat besar tu.
Waaaa...bestnya bila masuk dalam tu. Sejuk je. Ntah macam mana aku terlelap sebab seronok rasa macam ada aircond.
Sedar-sedar bila aku dengar macam ada suara jerit panggil nama aku. Panik la sekejap sebab rasa macam suara bak aku ja tu.
Nak naik balik terkial-kial. Nasib baik boleh lepas naik semula. Masa tu aku nampak bak, adik, akak dan kekawan bak aku dah tunggu kat bawah jerit-jerit sambil melilau cari.
Aduh takutnya rasa nak turun takut kena belasah dengan bak aku nanti.
Tetiba dengar suara akak aku, panggil suruh bak aku tengok kat lori simen. Pucat muka wei tengok muka bak aku masa tu.
Dia jerit suruh turun. Sampai je depan dia, apa lagi, kena marah kaw-kaw la. Seb baik dia tak belasah aku depan orang. Kalau tak, tak mo kawan dengan bak lagi. Kih-kih...
Malam tu aku siap cerita dengan akak dan adik pengalaman duduk kat dalam lori tu. Best giler wa cakap lu. Sejuk bangat. Hahaha...
Sekarang ni kalau nampak ja lori simen lalu depan mata, terus terfikir. Kalau la masa tu ada simen dalam tu apa la jadi kat aku kan?
Kalau la masa aku duduk sembunyi kat situ, tiba-tiba orang letak simen dan tong tu berputar, mau aku jadi patung cendana kat dalam tu. Haish...
Bila ingat balik kenakalan sendiri memang kekadang apa yang aku buat tu memang tak masuk akal. Korang mampu buat macam aku tak? Hehehe...
Ok la nanti sembang lain kali plak eh.
Rindu zaman kecik...!!!