/**/
Subscribe Twitter

Bersiar-siar di Alamanda, Taman Warisan, Taman Botani dan Astaka Morocco, Putrajaya


Cutenya kereta ni...!


Check out dari hotel terus menuju ke destinasi jalan-jalan cari makan dulu. Kali ni tempat persinggahan adalah Alamanda Shopping Centre.


Alamanda Putrajaya Shopping Centre
Jalan Alamanda, Presint 1, Wilayah Perseketuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari dari 10pg - 9 mlm

Tel: +60 3-8888 9782





Berpusing cari makanan yang sedap tapi tak jumpa. Nak cari macam bubur je sebab tekak perit dan rasa nak demam je badan ni. Tapi non ado. Terpaksa lah pilih masakan Kelantan.




Ni lah rupanya kalau tak sihat tapi terpaksa telan makanan. Hmmm...

Tempat pertama nak jejak adalah tempat buah-buahan dan tanaman yang cantik.


Taman Warisan Pertanian
62150 Putrajaya, WP Putrajaya
Malaysia

Tel:+60 3-8887 7772

Waku operasi : Buka setiap hari dari 8.30 pg - 5.30 ptg





Katanya kat sini ada banyak makanan yang sedap-sedap. Tapi aku tak sempat rasa lah sebab dah kenyang. Lain kali aku singgah makan sini.





Kawasan ni luas ke dalam dan ada macam-macam pokok tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang kita boleh jumpa. Aku tak sempat nak masuk ke dalam sebab kejar masa nak ke tempat lain. Next time kot aku pergi lagi.

Setakat berposing kat luar kawasan ni jadi lah. At least dah sampai katanya. Korang boleh tengok kat blog lain dulu ya kalau nak melepak kat kawasan ni.













Lepas tu aku ke Taman bunga-bungaan. Nak berbau harum gamaknya. Meh la tuju ke destinasi seterusnya.


Taman Botani Putrajaya,
Presint 1, 62000 Putrajaya

Tel: +603-88877770, +603-88889090
Fax: +603-88875037

Web: www.purajaya.net.my

Emel: botani@ppj.gov

Waktu Operasi: 7pg - 7 mlm
(Dibuka setiap hari termasuk cuti umum)





Aku tak larat nak ke Taman tu sebab hari panas sangat. Walau pun ada basikal yang boleh disewa tapi aku malas nak membelengaskan diri dengan peluh, semata-mata nak tengok sekitar kawasan tu ja. Lagi pun aku bukan minah bunga atau peminat bunga. Kuang-kuang...!




Dapat gambar kat salah satu tempat yang ada tunjukkan tu adalah Taman Botani dah cukup dah bagi aku.

Bayaran kalau nak naik basikal seperti di bawah:




Harap dapat membantu korang sikit sebanyak maklumat yang aku dapat ni ya. Selamat bercycling...!

Setel kat situ aku terbang ke Morocco...eh...jauhnya? Astaka Morocco tau bukan main-main ni. Hehehe...



Moroccan Pavilion Putrajaya @ Taman Botani Putrajaya
Add: Precinct 1, 62000 Putrajaya.

Tel: +603-88877770
Fax: +603-88875037

Email: botani@ppj.gov.my

Bayaran: RM3 untuk masuk ke dalam bangunan.





Sebelah Taman Botani tu ada bangunan cantik, Astaka Morocco namanya. Masuk percuma ya. Siapa pun boleh datang sini. Silakan..silakan...







Memang kagum la bila datang sini dengan pintu masuk dan reka bentuk landskapnya yang cantik dan bercirikan senibina Morocco.




Kat sini pun aku hanya bersiar-siar dan snap gambar sekitar bangunan dan tasik tu ja. Tak masuk pun ke dalam bangunan sebab tak da rasa nak masuk. Boleh macam tu? Hehehe..










Kalau nak masuk dalam istana tu bayaran adalah RM3 untuk dewasa dam RM1 untuk kanak-kanak.

Murah je jadi masuk la ramai mana pun ok ja.




Kalau dari persekitaran bangunan tu aku rasa sangat molek dan sesuai untuk shoot gambar pre-wedding. Masa aku kat situ ada jugak beberapa model sedang menggayakan tudung dan jubah rekaan pereka masing-masing.

Realitinya tengok model semua tak lawa dan badan kuruih kering. Tapi bila dah tepek kat majalah, mak ai bukan main lawa lagi. Kulit muka tu yang paling tak tahan nampak glowing padahal hakikatnya sendiri yang nampak ja tau. Tu la kan, tak baik r korang ni tipu-tipu. Kui-kui...!

Eh melalut plak ke situ. Sambung balik kisah Istana ni cuma tangan ni gatal sikit nak jugak tulis kenyataan yang nampak depan mata. Jangan kecam aku..!







Dari segi binaan bangunan ni aku memang salute la. Teliti, halus dan nampak seninya. Siapa la yang buat bangunan ni agaknya ek? Mesti bukan buruh kasar yang macam sekarang ni. Mesti orang lama yang buat binaan ni sebab sempurna sangat tak nampak sikit pun cacat celanya. Kagum sekejap aku dibuatnya bila tengok hasil binaan ni.

Meh aku bagi sket gambar untuk korang tengok dan bole jadikan panduan untuk berposing kat area mana yang lebih sesuai. Aku pasti korang mesti akan berposing setiap ceruk la sebab bukan selalu sampai ke sini. Jadi jangan lepaskan peluang bergambar dengan sepuas-puasnya di tempat yang indah ini. Ingat tu...







Ok la sampai sini dulu citer jenjalan kali ni. Sambung lain kali plak ya. Tata titi tutu...!!!


Negeriku bakal ada Istana Impian...



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak