/**/
Subscribe Twitter

Buka Puasa Di Alibaba Karaoke & Restaurant, Giant Tampoi, Johor Bahru


Makan ala-ala di padang pasir...


Semalam habis masa dipenuhi dengan penghantaran stok pada agen-agen sampai tak sempat nak masak. Apa lagi, call la satu tempat ni dan booking untuk buka puasa.




Alibaba Karaoke & Restaurant
B17 & 18, Lot 54, Jalan Skudai, Tampoi
Johor, 81200 Johor Bahru

Tel :+60 7-239 1888

Web: www.diva.com.my





Ini adalah tahun ke 2 aku berbuka puasa di sini. Mula-mula terfikir jugak eh ok ka nak buka puasa kat tempat macam ni? Maklum dah nama karaoke (tempat hiburan).

Tapi ya la apa yang penting adalah niat kita. Datang nak makan bukan nak karok. So lantak la apa orang nak fikir tentang benda negative ni.

Tambahan pulak tempat makan adalah di luar bilik karaoke bukannya bilik tu terpampang depan lalu lalang orang ramai.

Aku suka tempat ni sebab persekitaran ala-ala di padang pasir dan alunan muzik Arab tu yang memikat hati. Selain semua tersusun kemas, replika unta, pohon tamar, hiasan tembaga dan lampu-lampu yang gemerlapan begitu memukau kalbu. Cewah gitu Pn Blog berangan sampai ke Oasis padang pasir. Kih-kih..




Aku tak masuk pun tempat karaoke ni cuma dimaklumkan oleh staf pusat karaoke tu ada dua tingkat dan ada 52 bilik dengan 3 kategori standard. Juga tanpa hidangan alkohol sebab pemilik adalah orang islam.

Camna rupa bilik tu aku tak tau dan tak nak ambil tau sebab datang situ nak makan. Kalau korang nak detail bole la call or datang terus ke situ tinjau-tinjau tempat tu eh.

Harga ikut keluasan bilik dari serendah RM19.90 hingga RM109.90 bagi tempoh 1 - 3 jam. Buka dari jam 11 pg sampai 3 pg. Kalau korang nak oder makanan Asia Barat, Western dan Melayu boleh la kat situ ya. Jangan sampai tercekik sebab makan sambil menyanyi sudah la ya.




Ok meh aku citer bab makan plak sebab datang sini nak makan kan? Hari yang aku booking tu menunya adalah masakan melayu. Menu bertukar setiap hari. Jadi korang kena alert la ya.




Walau pun nampak lauk pauk macam biasa-biasa je tapi berbaloi la dengan bayarannya. Itu pun aku rasa murah sebab kalau korang ambil ikan bakar kat luar sekor ja dah berapa ringgit kan?




Patut ada ikan pari tapi masa tu ikan pari tak berapa elok katanya so diaorang tak keluarkan. Tak pa la janji ada ikan bakar. Ikan Caru bakar pun aku bedal sampai 2 ekor. Korang mampu makan macam aku ke, main telan semua benda? Hehehe.




Apa pun makanan memang sedap la. Lauk ayam, ikan, sayur semua boleh masuk kat tekak aku.







Mee hoon dan mee goreng kasar memang tip top. Sedap sangat sampai aku tambah 2 kali. Pelahap sangat nih. Hehehe...

Laksa Penang kurang wow dan ulam-ulam plak macam biasa aku tak sentuh. Kui-kui.










Tapi bubur kacang hijau dan kuih-muih sedap. Bertambah jugak aku makan bubur ni.







Buah-buahan pun manis. Cumanya yang sedikit ralat sebab tak da pencuci mulut macam puding yang aku suka tu. Uwaaaa..

Air teh panas, air blackcurrant dan air pandan. Yang klasiknya minum dalam cawan ayan. Teringat zaman kecik dulu makan dan minum dalam pinggan ayan sebab takut jatuh dan pecah.




Dari segi rasa masakan kat sini memang aku puji la. Terbaik dan korang tak kan menyesal. Suasana pun tenang je, tak bersesak-sesak. Nak makan pun rasa aman je.

Peralatan digunakan pun bersih. Takda sang lalat pun kerumun. Walau pun air basuh tangan diletakkan berdekatan tempat makan tu tapi tetap kemas dan teratur serta bersih. Salute la kat situ untuk owner.

Lupa plak nak citer, masa aku baru sampai tu semua staf berkumpul kat depan dan berbincang atau masing-masing dah di bagi tugas kot. Sebab tu agaknya licin dan lancar je pentadbiran kat situ.



Bila aku tanya pada staf dah makan ke belum? Diaorang bagitau makan berganti-ganti. Owh bagus, patutlah teratur ja korang handle buffet buka puasa ni.

Bila dah kenyang apa lagi, sesi bergambar seluruh pelusuk la plak. Memang best la makan kat sini. Suasana damai tu yang penting bagi aku la kalau bab-bab makan ni.
















Apa lagi korang, pergi la berbuka puasa kat Alibaba Karaoke & Restaurant ni. Gerenti tak menyesal punyer. Chow dulu. Daaa...!!!


Antara gelagat yang akan kita jumpa setiap kali bulan ramadan...







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak